Tuesday, May 1, 2012

Kultur Bakteria



Semua orang kenal bakteria, kan? Ada bakteria baik, ada yang jahat, itu apa yang TV cakaplah. Memang betul pun, cuma tengok keadaanlah, ada yang bahaya kepada manusia tapi berguna kepada perkara lain. Itulah namanya keseimbangan alam.

Aku nak share pasal 'pemeliharaan' bakteria, actually ni adalah perkara paling asas untuk sesiapa yang study atau berada dalam bidang Bioteknologi, Mikrobiologi, Perubatan, & bidang Biologi yang lain. Tapi takper, share benda simple pun bermanfaat juga, kan? Yes, thank you sebab setuju.

Apabila buat sesuatu kajian yang memerlukan penggunaan suatu spesies bakteria, bakteria tersebut akan dikulturkan dahulu dalam satu medium/media. Medium/media ni kenalah bersesuaian dengan keperluan bakteria tersebut, barulah bakteria tu boleh hidup & membiak banyak-banyak. Complicated ke apa yang aku tulis?

Ok, begini, anggap bakteria tu adalah 'pokok/benih' dan media tu adalah 'tanah'. Pokok perlukan tanah untuk tumbuh membesar, kan? Jadi, nak tumbuhkan pokok, kena ada tanah yang subur.

Senang je prosedur nak biakkan bakteria ni, tapi yang penting kena hati-hati sebab mostly bakteria adalah bahaya. Kalau tak bahaya pun, bakteria ni anytime boleh bermutasi menjadi bahaya, who knows kan?

Bakteria Pseudomonas aeruginosa.
Gambar disumbangkan oleh Mr. Google

Bakteria Salmonella sp.
Gambar disumbangkan oleh Mr. Google

Dalam gambar tu, korang boleh nampak bentuk zig-zag dan dot-dot bulat, kan? Ok, semua tu adalah bakteria. Bakteria ni membahagi banyak-banyak sehingga kita boleh lihat jelas koloni atau komuniti bakteria tu.

Zig-zag tu adalah teknik untuk pengkulturan bakteria, kena buat macam tu untuk dapatkan single colony bakteria. Kalau tak faham sangat, takper, abaikan yang ni. Hehe~

Dalam analisis, satu dot atau tompok bulat tu dianggap sebagai satu bakteria walaupun sebenarnya ia adalah longgokan beratus ribu hingga berjuta (maybe) sel bakteria. Kenapa dianggap sebagai satu bakteria? Sebab kesemua tu terhasil daripada pembahagian satu sel bakteria sahaja, dan selepas membahagi, ciri-ciri diorang tetap 100% sama. So, satu dot dianggap sebagai satu bakteria.

Media ni ada macam-macam warna, dan spesies bakteria pun ada warna masing-masing. So, jadilah macam-macam colour bila biakkan sesuatu bakteria.

Yang ni aku buat masa awal-awal study dulu (20/01/2009). Cara aku buat ni tak betul sangat sebenarnya. Haha~
Bila banyak dot-dot yang timbul, itu barulah terbaik sebenarnya. 





Comments
5 Comments

5 comments:

  1. penerangan mudah difahami even ada certain parts yg Hana x faham... but I love Biology! :D belajar pasal benda hidup n organisms lain mmg best :)

    ReplyDelete
  2. pnh wat eksperimen nie time diploma dlu....

    ReplyDelete
  3. ho yeahhh.. saya suka bacteria culture. cantik gile hehe. hari2 dok buat menatang ni :)


    http://kasihdani.blogspot.com/2012/04/aku-berjaya-genggam-segulung-diploma.html

    ReplyDelete
  4. Haruno Hana: sory kalau ade ayat yg complicated..hehe~ apapun, Biologi mmg best, kan? blajr psal bnda brnyawa ni mmg syok...

    Ayuni: baguslah, awk dah ada pengalaman 'menternak' bakteria... hehe~

    Miss Imakasihdani: yup, bacteria culture mmg cantik, awk msti dah pro kn, sbb dah slalu buat... :)

    ReplyDelete
  5. wah menarik...byk info yg saya x tahu...good entry!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...