Sunday, November 3, 2013

Thor: The Dark World [2013]


Selepas filem The Avengers, kita dah tengok Iron Man 3 sebagai first individual movie after Avengers, dan kali ni pula cerita Thor: The Dark World. Kedua-dua filem Thor dan Iron Man ni akan menuju ke next film The Avengers: Age of Ultron.


Dalam Thor: The Dark World, Loki (Tom Hiddleston) telah dibawa pulang semula ke Asgard dan dipenjara atas kesalahannya (dalam Thor 2011 & The Avengers 2012). Tapi kali ni, Asgard berhadapan dengan ancaman yang lebih besar, iaitu tentangan daripada Dark Elves, yang diketuai oleh Malekith.


Beberapa Eon dahulu, Dark Elves yang cuba menggunakan suatu sumber kuasa besar, iaitu Aether telah berjaya dikalahkan oleh Bor, ayah kepada Odin (Anthony Hopkins). Aether tu kemudian disimpan di suatu tempat yang Malekith pun tak tau.


Sementara itu, dalam present time, Darcy Lewis telah membawa Jane Foster (Natalie Portman), ahli pengkaji astrofizik ke satu kilang usang, yang mana prinsip fizik dah jadi tak betul. Bila objek dibuang dari tingkat atas, ia akan hilang di tingkat bawah dan muncul semula dari atas, ataupun objek tu akan hilang terus. Semasa diorang menyiasat tempat tu, Jane Foster tetiba diserap masuk ke satu tempat di mana Aether tu berada. Aether tu kemudiannya masuk ke dalam badan Jane.


Di Asgard pula, the Asgardians mendapati yang kosmik Nine Realms telah membentuk satu jajaran pelik. Kawasan di mana Realms tu bersentuhan telah membentuk satu laluan antara Realms tersebut. Itulah yang menjelaskan apa yang berlaku kat kilang usang tadi.


Jane yang menjadi vessel kepada Aether tak mampu menampung kuasa tersebut. Then, Thor (Chris Hemsworth) membawa Jane ke Asgard demi untuk menyembuhkan Jane, tapi physician Asgard pun tak mampu untuk membuang Aether tu. Malekith yang sebenarnya masih hidup dapat merasakan kuasa Aether dalam badan Jane. Melalui perancangan Malekith, the Dark Elves telah menyerbu & menyerang Asgard.


Mampukah Thor mempertahankan Asgard dan menumpaskan Malekith? Apa yang terjadi kepada Jane Foster yang 'memegang' the Aether? Macam mana pula keadaan Bumi selepas terbentuknya jajaran pelik antara the Nine Realms? Semuanya terjawab kalau korang tengok sendiri ye...


Cerita ni memberi fokus lebih kepada kredibiliti dan kekuatan Thor sebagai Prince of Asgard, bagaimana Thor handle ancaman the Dark Elves terhadap Asgard dan mengalahkan Malekith yang cuba menggunakan kuasa Aether. Cerita ni pun menunjukkan betapa kuatnya cinta Thor therhadap Jane Foster. Haha... Aku rasa ni antara cerita superhero yang dalam sikit jiwangnya...


Elemen aksi dan fantasi diseiringkan dalam filem ni, yang mana mampu memberi kita another excitement feeling sebagai penonton. Jika dibandingkan dengan first movie, aksi kali ni lagi banyak variasi dan range-nya lagi luas. Airship action cerita ni ternyata tak mengecewakan.


Humor sangat menjadi dalam beberapa scene, memang tergelak tengok. Selitan humor tu pun sesuai, dalam pada ko tengah tegang menonton, tetiba pula jadi kelakar. Memang bengong!


Antara yang best lagi, cerita ni ada beberapa tricky yang kita takkan sangka-sangka, especially dengan adanya watak Loki tu. Kita yang menonton pun berjaya tertipu tau. Aku suka kalau kita tertipu dalam filem. Tapi dalam filem je la, dalam realiti, awas! Haha...


Thor: The Dark World sebenarnya tak menghampakan walaupun skop cerita ni tak banyak beza dengan first Thor movie. Dengan elemen aksi/fantasi yang baik, filem ni mewujudkan satu identiti sendiri. Aku berpuas hati dengan filem ni, so aku bagi 8/10 bintang. Best!





Comments
5 Comments

5 comments:

  1. plan nak tengok rabu ni nanti.. ramai yg kata best. :)

    ReplyDelete
  2. yes...best sgt cerita ni..knakalan Loki tu buat satu panggung gelak..rse mcm nk tgok lagi skli plak..=)

    ReplyDelete
  3. wah, nk tgok lg skali? jom, jom, belanja sy skali...haha...

    ReplyDelete
  4. Fiza tak minat cite cm nie.. tp org sume ckp best..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...