Salah 1 aktiviti extreme di Sabah adalah rafting. Rafting di Sungai Padas boleh tahan mencabar, derasnya sungai tu boleh dikategorikan sehingga Level 3 & 4. Kalau hujan lebat sangat, kederasan boleh mencecah Level 5 & di tahap tu, aktiviti rafting kena stop dulu. Ini berdasarkan info from rafting agent.
Ada empangan kat sungai ni, empangan tutup pun, arus still deras lagi, apatah lagi kalau dibuka. Huhu... Btw, pemandangan pun cantik, kan? |
Apa yang best sebenarnya? :
1 - Naik bas from Kota Kinabalu to Stesen Keretapi Tenom. So, sempatlah menikmati bukit & gaung di tepi-tepi jalan. Bunyi macam seram pulak...wahaha~
2 - Then naik keretapi lama yang classic. Laluan keretapi pun best, bukit-bukau & sungai kat tepi laluan.
3 - Of course rafting yang dinantikan. Time ni adalah kali pertama aku rafting, bersama geng UMS. Masa tu hujan, so air sungai sedikit deras. Mula-mula tengok arus sungai tu, "Mak aih, boleh lepaskah ni?" Deras giler tau~
Classic...memang best naik keretapi ni. Korang janganlah harap servis macam komuter pulak. |
Tapi kitorang jeles dengan diorang ni, sebab naik keretapi jenis tu lagi best! Owh ni group lain, but still UMS students. |
Ringkasan perjalanan:
Kota Kinabalu >>> naik bas >>> Stesen Keretapi Tenom >>> naik keretapi >>> Pangi (starting point) >>> rafting sepanjang 10km >>> Rayoh (middle checkpoint) - lunch >>> rafting sepanjang 9km >>> Halogilat (end point) >>> naik keretapi >>> Beaufort >>> naik bas >>> Kota Kinabalu
Indahnya pemandangan. Siap masuk terowong lagi. |
Kitorang rafting sejauh 19 km, gila kan? Lebih kurang 3 jam lebih atas bot. Tapi rasa kejap je, yela arus deras kan... Tapi sekarang (tahun 2013 ni) route dah lain, rasanya rafting hanya 10km, dan time banyak kat atas keretapi. Ni based on survey aku baru-baru ni.
Team kitorang dibahagikan kepada 4 boats (8 orang per boat), tapi aku tak simpan picture untuk the 4th one. Jom tengok setiap team berhempas pulas untuk lepas daripada halangan. Halangan pun ada macam-macam tau, siap ada nama lagi; Head Hunter, Big Cobra, Washing Machine, Big Momma, etc.
Nak selamat, kena dayung sekuat hati dan seiringan dengan semua member dalam bot. Main-main kat atas bot tu, akan jatuhlah korang ke dalam sungai, tak pun paling mantap, bot akan terbalik. Enjoy, enjoy juga ya, tapi kena serius & paling penting, teamwork.
1st boat (bot aku):
Ni di saat permulaan, masih fresh lagi. |
Menempuh salah satu cabaran, semua muka kencang. Ambik kau! Belajar daripada pengalaman tadi, kena kayuh kuat, so kitorang pun berjaya lepas. |
Victory is ours, yeah!!! |
2nd boat:
Wah, happy-nya diorang. Sebelum start halangan. |
Tengok sequence gambar ni, memang best! First, arus besar datang, so kena dayung sekuat tenaga. Dayung lagi, dayung lagi, lagi & lagi, akhirnya lepas. Bot diorang berjaya naik balik. |
Huhu...besarnya arus tu... |
3rd boat:
Di awal waktu sebelum masing-masing berpecah. Cerita diorang ni pun best gak. |
Basah tu sudah pasti, tak payah nak takut-takut air time ni. Sejuk tu pun memang pasti, apatah lagi kalau time tu hari hujan. |
Setelah selesai:
Sampai ke end-point, bersihkan badan kejap & bersantai menunggu keretapi. |
Yeah, sampai pun si naga besi. Jadi, apa lagi chow la~ |
Kenangan rafting ni memang best! Full of excitement & challenges~
Alhamdulillah...
pergh... mesti best punya nie... tak luka2 ke masa hanyut?... aku dok banyang kaki kena batu... adoiyaiii... tak pernah nie :P
ReplyDeletebestnyer..
ReplyDeletetp cam gerun plak..
hehehe
Macam best...!! nak jugak join..!
ReplyDeleteAssalamualaikum. Subhanallah. bestnya. teringin nak buat water rafting ni. tapi agak ngeri lah tengok air deras gitu. heee syabas semua :)
ReplyDeletemcm best je...daerah mne tu?? sb sye pun org sbah...heee
ReplyDelete@! Arjunakirana !tak luka pun...sungai ni dalam, so takkan kena batu2 yg ada kt dasar...try la, tp jauhla nk pg sabah :)
ReplyDelete@Sheila SalimWalaikumussalam...mmg best & mencabar...xpe, ok je sbnarnya, yg pnting kena berani... :)
ReplyDelete@Nurakmanizammg best, x rugi try...Sungai Padas ni kt daerah Tenom...
ReplyDeleteCukup lah sekali wan. Seriau naik satu bot dgn org x reti berenang, dh tu ckp besar
ReplyDeleteCukup lah sekali wan. Seriau naik satu bot dgn org x reti berenang, dh tu ckp besar
ReplyDeleteBest gilaaaaa! Tapi macam menakutkan je. Dah la tak pandai berenang. Huehue~
ReplyDelete@Wais Karmanhaha...wais, mmg nasib ko hari tu hanyut dgn org yg mcm tu...aku tgok ko pn time tu mmg dah pucat habis...xpe, experience.. :)
ReplyDelete@Aida IsmailBest! It's ok, selagi korang tak panik, mesti boleh punya.. :)
ReplyDeleteMemang menarik isu nie... saya banyak membaca mengenai hal nie...
ReplyDeletetahniah, artikel awak memang menepati maksudnya...
memang menarik.. :)
My homepage ... Jubah Murah
thanks singgah sini... :)
Delete