Klik Untuk Tawaran Hebat!

Sunday, May 19, 2013

Sem 6 - Picnic @ Sungai Kibunut [11.05.2011]


Ni adalah special picnic sebab ia adalah last reunion of our batch before tamat study & split. Adat pertemuan, pasti ada perpisahan, so kenalah abadikan ia dengan kenangan indah (ayat macam jiwang pulak). Nak sangat kenangan indah, kenalah cari tempat yang indah gak.

Banyak kawasan Sabah ni yang orang tak tahu sangat, aku pun tak tahu kewujudan Sungai Kibunut sehinggalah masa tu. Tengok sungai tu for the first time, timbul rasa kagum, Subhanallah. View yang cantik, air yang sedap untuk mandi, seriously cooool~ 


Cantik tak? Ya, ciptaan Allah memang cantik, selagi manusia tak rosakkannya. So elakkan buat pembedahan plastik, eh? Tetiba tersasul  :p

Kitorang booked tempat ni for fully 1 day, penjajahan sementara. Orang lain masuk dihalau serta-merta, "Nyah kau dari sini!" Ibarat menghalau penceroboh Sulu keluar.

Actually tiada orang lain pun, cuma orang-orang kampung situ yang datang & showed bakat terjunan diorang setinggi 4-6 meter, I guess. Tapi gila seram tengok, tinggi kot, dengan tebing-tebing batu dekat tepi, huhu... nasib baik diorang dah biasa. Kitorang tak berani try. Nahas nanti.

Hurm, ni mesti bajet yang kononnya ni adalah posing ter-hensem dalam sejarah Sungai Kibunut  :p

Relax sungguh. Datang awal pagi, breakfast dulu, sandwich time. Tengahari pula BBQ. After mandi-manda, rehat-rehat jap sebelum continued to the next swimming round.

Ok, mandi-manda time. Air sungai ni sangat sejuk & cantik.

Splash! Splash! Splash!
Suka diorang ni ambil gambar lompat-lompat dalam air.
Macam paus belajar berenang pun ada, bwahaha....

Ni saja tempat tertinggi kitorang boleh lompat, ketinggian 2 meter rasanya.
Bak pepatah orang Cannibal Amazon, "Ibarat tarzan jumpa air".


Ada orang memancing time tu. Mesti pak cik ni bengang dengan kitorang yang lompat sana, lompat sini. Ikan pun blah.  Sorry pak cik, kitorang pun manusia gak, ada hati & perasaan yang excited tak boleh nak kawal. Hehe~ Nasib baik dia tak swing mata kail tu kat kitorang, pancing sorang-sorang sebagai ganti  :p
Ala, actually pak cik ni baik & ok je time tu.

Ada certain sides yang batu-batu sungai bersaiz besar. So, kawasan kat situ deras mau mampus (hiperbola sangat ayat). Ni kerja gila la ni nak melawan arus, pastu tersangkut di situ. Yang lain datang tolong selamatkan, lepas tu semua tergelak-gelak. Normal la tu, korang tengok kawan korang jatuh, gelak dulu baru tolong kan, lepas tolong sambung gelak balik. Haha~ BTW, after that, kitorang pun conquered kawasan ni, best gak main hanyut-hanyut oleh arus deras.

Ada certain sides pula yang sangat dalam. Boleh nampak banyak ikan kat kawasan tu.

Bila dah sangat kesejukan, naik atas jap. Nasib baik masih kenal rasa sejuk & penat, kan? Haha...

Memang best! Enjoy to the fullest!

Posing maut dulu sebelum chow balik.

Since ni adalah last aktiviti before semua split & mencari hala tuju dunia masing-masing, ada sesi bertukar hadiah & bermaaf-maafan. Senang cakap, touchy session.  Huhu...


Jangan risau semua, ada masa, boleh jumpa lagi & lepak-lepak sekali.
All the best untuk kitorang semua!
Semoga semua sentiasa berjaya. Amin~




Comments
2 Comments

2 comments:

  1. wahh.bestnya mandi sungai.
    dah sem 6 mesti sedih kan nak berpisah dengan kawan2,

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la sedih..zaman study mmg waktu yg sgt best!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu