Thursday, May 16, 2013

Have U Play These Games ?



The Walking Dead
[2012]


'Best story of the year', rasanya boleh bagi kat game ni. Kita as player yang menentukan storyline. Game ni simple tapi memang kaw-kaw saspen. Rasa macam jadi pengarah filem pun ada bila main game ni. Ahaks~

Style game ni adalah point-and-click adventure. Ada 5 parts yang kena dihabiskan, just click this & that, dah setel. Cuma berhati-hati dengan pilihan anda sebab impak kepada story bergantung kepada pilihan tersebut. Bunyi macam serius je, macamlah nak menentukan jalan hidup mati dunia  :p

Story : 5 / 5
Gameplay : 4.5 / 5
Visual : 4 / 5
Satisfaction : 4 / 5
OVERALL : 4.5 / 5. Game untuk orang yang malas nak 'main' game.




Metal Gear Rising: Revengeance
[2013]


Action game yang fokus kepada cyborg ninja, Raiden dalam menentang private military company, Desperado Enterprise. Apa yang special dengan game ni adalah aksi potong-memotong, kau nak belah musuh dalam 100 pcs, dibolehkan dalam game ni. Many things boleh korang cut, termasuklah helikopter & peluru berpandu.

Aksi pun best, banyak skill yang stylo! Dengan satu pedang sebagai senjata & beberapa subweapons, banyak combo yang player boleh buat. Then, combo yang mantap akan dapat more points. Simple, kan?

Story : 3.5 / 5
Gameplay : 4 / 5
Visual : 4.5 / 5
Satisfaction : 4 / 5
OVERALL : 4 / 5. Kau nak asah bakat potong tembikai, boleh try game ni.




Dead Space 3
[2013]


Dead Space sentiasa 'hidup' dengan 'nilai-nilai' seram & saspennya yang tahap gaban! Kalau korang ni jenis yang mengeluarkan kata-kata makian yang sesungguhnya tidak sedap didengar bila korang terkejut, dinasihatkan untuk tidak mencuba game ni, bwahaha... Aku sepatutnya menasihati diri sendiri dulu. Walaupun seram, tapi disebabkan best, jiwa aku meronta-ronta untuk habiskan cepat.

Kita boleh craft pelbagai jenis senjata, bergantung dengan kesesuaian & minat korang. Upgrade & modify your suit & weapon untuk improve ketahanan, so tak adalah asyik-asyik mati :p. Musuh (aka Necromorphs) dalam game ni ada macam-macam gak, memang annoying habis. Gameplay tak banyak berubah dengan previous series, it is better kalau diorang buat perkembangan lain. Just said~

Story : 4 / 5
Gameplay : 4 / 5
Visual : 4.5 / 5
Satisfaction : 3.5 / 5
OVERALL : 4 / 5. Jangan tahan kencing waktu main game ni, nahas nanti!  :p




Tomb Raider
[2013]


First of all, terbaik! Aku tak expect yang game ni sangat tangkap layan. Dengan unexpected storyline, puzzles yang sometime simple tapi confusing, cabaran yang datang bertubi-tubi, adventure & survival action yang gempak, sudah cukup bagi high excitement. Senang cakap, it's about survival.

This is reboot game of Tomb Raider, so ia menampilkan origin Lara Croft yang mulanya tak berani & tak confident tetapi berubah kepada seorang survivor yang tak gentar menempuh pelbagai halangan. Ceh, ayat~ Disebabkan kehebatan game ni, sememangnya Lara Croft is the best survivor ever~

Story : 4.5 / 5
Gameplay : 4.5 / 5
Visual : 3.5 / 5
Satisfaction : 4 / 5
OVERALL : 4.5 / 5. Mari belajar tips untuk menjadi survivor paling berjaya.






Comments
2 Comments

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...