Wednesday, June 27, 2012

Batman: The Dark Knight Rises - Preview



The Avengers dah selamatkan Bumi daripada ancaman makhluk asing. Tapi dengar khabar lepas ni ada pula ancaman Terrorists kat Malaysia, eh silap, Gotham City. Sorry boss~ Untunglah kita, Gotham City je yang kena serang, jangan risau ya semua.

The Avengers kenalah rehat, benda simple camni hero lain boleh settle-kan. Nak harapkan Cicakman memang tak mampu, cicak je kot, so terpaksa mendapatkan pertolongan Batman The Dark Knight. Yes, Batman-kan cool, kali ni dia tak pakai spender kat luar, mungkin juga tak pakai langsung. Entahlah, kan... Haha~ Yang penting costume dia smart!


Aku follow trilogi Batman ni dari 1st movie lagi, Batman Begins (2005). Tapi yang sangat best adalah 2nd movie, The Dark Knight (2008). Kalau tak, masakan boleh jadi filem dengan pungutan tertinggi seluruh dunia pada 2008 ($1001.9 billion), sekaligus jadi 1st superhero movie yang mencecah pungutan billion dollar. Mantap!


Aku ni pun dah jadi peminat setia Batman. Actually time aku budak kecik lagi dah minat, dulu cartoon dia dalam TV memang aku tak mau lepaskan. Oh btw, jangan salah faham pula, minat-minat pun, aku tak pernah jahit & pakai costume Batman sambil lari keliling kampung. Hurm, spender pun aku tak ikut pakai kat luar.

The 3rd movie, The Dark Knight Rises akan release kat panggung 20 Julai ni, jom tonton!


Cerita ni adalah 8 tahun selepas 2nd movie, Joker tiada kali ni, musuh Batman (Christian Bale) adalah Bane (Tom Hardy), penjenayah yang nak musnahkan Gotham City. Heroin cun, Catwoman (Anne Hathaway) pun ada gak. Semua pelakon best! Ada Tom Hardy & Anne Hathaway sekali~ 


Batman a.k.a Bruce Wayne.
Billioanaire socialite yang berdedikasi melindungi Gotham City dari segala jenayah.
Superhero yang awesome!


Catwoman a.k.a. Selina Kyle.
'Sekutu' kepada Bane. Wanita misteri.
Dalam sejarah Batman, awek ni la jadi wife Batman.


Bane.
Ketua kumpulan baru terrorist yang mengancam Gotham City.
Rival Batman ni pun cool gak. Gila brutal!




Comments
1 Comments

1 comments:

  1. Tak sabar nak tengok.. Mesti gempaq kebaboom nih! Hoho! ^o^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...