Tuesday, July 3, 2012

Prometheus [2012]



Pernah tonton filem Alien (1979)? Mungkin ramai tak pernah, yela ada yang belum lahir lagi time tu, kan? Dunia pun tak nampak lagi, ni kan pula nak tengok Alien. LOL~

Filem ni memang sangat popular dulu, sampai dah ada macam-macam sambungan termasuklah 2 filem Alien VS Predators (2004 & 2007). Aku pernah tengok filem Alien ni tapi sikit-sikit je, dulu kecik-kecik rasa takut giler nak tonton.


Tahun ni diorang cerita macam mana Alien tu wujud, melalui filem Prometheus. So, Prometheus ni adalah prequel kepada Alien franchise. Tema filem of course-lah mengekalkan tema yang lama iaitu science fiction horror.


Berlatar masa penghujung abad ke-21, sekumpulan peneroka telah menjumpai klu (star map) tentang manusia purba yang menghuni Bumi. Elizabeth Shaw & Charlie Holloway mengandaikan klu tersebut adalah jemputan 'awal' daripada manusia purba yang diorang gelarkan "Engineers", kepada manusia zaman kini.


Peter Weyland kemudiannya melabur duit untuk pembuatan kapal angkasa Prometheus yang digunakan untuk menjejaki sebuah planet berdasarkan klu tersebut. Kiranya camni, manusia purba ni memang ada kecanggihan teknologi sendiri & diorang telah berhijrah ke planet lain yang seakan Bumi.


Cerita ni memfokuskan penjelajahan & kajian krew-krew Prometheus kat planet misteri tu demi untuk mencari koloni manusia purba. Malangnya, apa yang diorang jumpa adalah satu ancaman kepada diorang & juga seluruh populasi manusia. Jadi, diorang kena halang ancaman tu demi keselamatan manusia sejagat. 


Macam mana rupa manusia purba tu? Apa ancaman yang krew Prometheus hadapi? Apa yang diorang jumpa kat planet tu? Soalan-soalan ni tak masuk exam pun, so nak tonton atau tak nak tiada masalah.


Cerita ni menimbulkan beberapa persoalan & misteri kepada penonton, macam cerita science fiction horror yang lain. Tapi taklah complicated sangat, senang je nak faham sebenarnya. Ada beberapa persoalan yang tidak dijawab terus dalam filem ni, maybe jawapan tu ada dalam filem Alien ataupun dalam sequel filem ni sendiri. For sure, jawapan takde dalam buku rujukan sains. :p


Satu yang aku sangat teruja tengok adalah visual effect/graphic filem ni. Bagi aku, pemandangan fiksyen (fiction scenery) filem ni sangat cantik, ala-ala macam filem Avatar (Avatar lagi gempak la sebenarnya). Tempat-tempat yang menjadi latar filem ni (mostly semua rekaan) memang cun! Kagum sangat dengan rekaan pemandangan, rekaan teknologi futuristik, dan lain-lain lagi yang berkaitan graphic design untuk filem ni. Nak cakap lebih pun tak mampu sebab aku bukan tau sangat pasal grafik ni, tapi yang aku tau, ia smart!


Babak saspen & seram memang ada, tapi tak banyak sebenarnya. Babak yang sangat meloyakan pun ada. Kalau adegan-adegan camni dibanyakkan, mesti lagi best. Mesti satu panggung akan gempar. 


Lagi satu, plot filem ni lambat sikit berkembang, misteri diorang tu ambil masa yang panjang untuk dihuraikan. Tapi kena tonton terus gak, kalau tak nanti blur. Actually still ok lagi, masih boleh layan tanpa tidur.


Overall, aku memang enjoy tonton Prometheus ni. Penat diorang menjelajah dari satu planet ke planet lain, dari satu bintang ke bintang lain. Dah jauh penjelajahan, mestilah nak bintang lebih, kan? Jadi, aku bagi Prometheus 8/10 bintang.






Comments
5 Comments

5 comments:

  1. oh, inilah alien yang di maksud kn tu..hehe

    ReplyDelete
  2. oh, inilah alien yang di maksud kn tu..hehe

    ReplyDelete
  3. alien mula-mula dulu ni arahan ridley scott tu kn

    ReplyDelete
  4. nmpk best..tp sy x minat..huhu~ hebatla..stiap filem ada markah :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...