Tuesday, December 18, 2012

Siput Bakau: Tangkap, Rebus & Makan


Korang suka makan siput sedut, kan? Member aku cakap sedutan tu lagi nikmat daripada isinya. Aku pun suka gak makan siput, dengan cengkerangnya sekali. Dasar pelahap! :p

Tapi, aku lagi suka cari & tangkap siput, bagi aku tu lagi nikmat berbanding makan siput. Adventure sikit, tu pun masa kecik-kecik, time zaman sekolah rendah.

Sebelum ni aku ada story pasal kampung & rumah arwah atuk aku, kat Suan Lamba Kinabatangan, Sabah; Menjejak Suan Lamba.

Rumah arwah atuk sekarang dah roboh, tapi kenangan dulu tetap teguh 

Aktiviti yang best bila pergi rumah arwah atuk aku ni adalah aktiviti mencari siput kat hutan bakau. Serius enjoy! Kitorang adik-beradik (masa tu semua kecik-kecik lagi la) memang excited. 

Dengar je bapa, nenek, mak cik atau pak cik aku nak pergi cari siput, dengan semangatnya kitorang, "Mau ikut, mau ikut!". Padahal antara tujuan lain adalah nak mandi berenang di kawasan sekitar bakau. Kalau kat sekeliling rumah, mak aku jarang bagi berenang-renang ni. So, kira rebut peluang la ni. Haha~

Ni hutan bakau sekitar kawasan Buang Sayang.
Kitorang cari siput kat dalam hutan-hutan tu.

Sebelum merempuh hutan bakau (ayat macam adventure sangat), mak aku akan suruh makan dulu, alas perut. Hutan-hutan bakau tu tak ada la jauh sangat dari rumah, tapi of course-la kena naik perahu sampan untuk ke sana.

Ada sekali tu masa kat atas sampan, air yang tenang tiba-tiba splash, nasib baik benda tu tak dekat dengan kitorang. Aku takut gak, tapi bukan buaya kot. Rasanya ikan besar. Tapi still menakutkan gak. Huhu...

Ok, berbalik kepada cerita siput. Siput yang kitorang tangkap dalam lebih kurang 3-4 jenis. Aku pun tak tau la nama siput-siput tu, yang aku tau sedap bila dah rebus. Aku paling suka cari adalah siput bulat sebab ia paling sedap! Siput-siput ni kebanyakannya melekat kat batang, dahan & akar pokok bakau. 

Siput sedut tu aku tak suka makan sangat sebab rasa dia pahit.

Inilah siput bulat which is my feveret! Actually tak bulat pun, suka hati je aku bagi nama.
1-Fresh baru cabut daripada batang pokok
2-Cengkerang dia aku suka tengok, style!
3-Dia dah mula 'malu-malu' tengok aku
4-So, cepat-cepat dia masuk cengkerang, aku pun terasa hati. LOL

Satu jenis siput yang aku geli sikit nak tangkap & makan adalah siput besar (cengkerang dia bentuk kon & sangat keras). Kadang bila tangkap, tetiba keluar kaki, rupanya umang-umang kat dalam cengkerang. Disebabkan kadang meragui itu umang-umang atau siput, so aku pun tak berani nak tangkap. Haha~

Biasa la, umang-umang ni memang mencari cengkerang kosong. Bila siput dah mati, cengkerang tu umang-umang yang rampas. Aku memang anti umang-umang, geli tengok kaki dia. Hurm~

Siput-siput dimakan selepas direbus ya, bukan dimakan on the spot. LOL

Kadang siput ni melekat atas batu.

Biasanya kat tiang rumah memang ada.

Ok, saat dinanti-nanti adalah swimming time. Jumpa kawasan yang cetek sikit, terus bagitau bapa aku yang kitorang mau berenang. Kadang dibenarkan, kadang No Way!

Btw, ada satu cerita yang agak mencemaskan. Ada sekali tu kitorang lima orang atas sampan (aku, abang, adik pompuan, mak sedara & nenek aku). Time tu pergi memancing ikan, so just 'parking' tepi pokok bakau. Sampan tu tidak la sempurna, banyak lubang yang hanya bertampalkan gabus.

Inilah tempat kejadian mencemaskan berlaku. Hehe~

Maybe aku agak keboringan time tu, aku pun meneliti apa benda gabus tu sebenarnya. Aku rasa macam agak annoying benda tu, so aku just cabut. Sampan bocor & air masuk. Aku sebenarnya panik tapi senyap, cepat-cepat sumbat balik gabus tu. Berjaya! Nasib baik aku tak buang gabus tu masuk laut.

Tapi, adik aku ni ikut apa yang aku buat, cabut gabus tu tanpa menyumbatkannya balik. So, air masuk banyak. Mak sedara & nenek aku memang marahlah, "Sumbat balik cepat!" Nanti tak pasal-pasal kitorang tenggelam. Aku senyap je la masa tu, tanpa diorang mengetahui sebenarnya aku yang start buat perangai tu. Haha~ Masa tu memang rasa panik, risau & buat-buat rasa tak bersalah :p

Buang Sayang (view 2012). Nice!





Wednesday, December 12, 2012

QA/IPQC : 13/12/11 - 12/12/12


Assalamualaikum & salam sejahtera~

Alhamdulillah, ucap syukur dulu. Sedar tak sedar aku dah cukup 1 tahun for my 1st job of this lifetime. Baru setahun jagung, kan? Yup, pengalaman still tak banyak lagi.

Kadang memang terlintas gak, "Apa yang aku buat sepanjang tahun ni?". So, kena recall balik la, as a way for us to not lose ourselves, juga untuk membuat penilaian terhadap kita, sejauh mana dah improve. Setuju? Eh, tak payah angkat tangan, just jawab "setuju" dalam hati  :p

Hurm, dah berapa banyak butir nasi aku makan setahun ni???

Actually, kerja aku ni memang out of bidang, hanya berkaitan sikit dengan apa yang aku belajar time kat UMS dulu. But treat that as a challenge guys! Maybe pemikiran aku lain sikit daripada kebanyakan orang, tapi memang begitulah cara aku berfikir.


Aku tak rasa rugi walaupun apa yang aku study kat U tak banyak applied di tempat kerja sekarang, sebabnya belajar adalah untuk menimba ilmu, kan? Bila berada di sesuatu tempat, try to absorb ilmu sebanyak mungkin, bukan just apa yang tertulis di atas sistem. Know what I meant? 

Kalau dah masuk U, jangan tumpukan ilmu atas kertas semata-mata, di sekeliling kita sendiri adanya ilmu, just bergantung bagaimana kita nak absorb & apply it in the best way.

Search knowledge out of the book

Dulu study Biotechnology, tapi kerja tak Bio sangat pun. So bila aku tak boleh nak apply Bio-knowledge di situ, aku kena menggunakan ilmu lain yang aku dah berjaya absorb time zaman study dulu. Ilmu lain yang kita ada, jangan risau, maybe ada peluang untuk kita gunakan habis-habisan next time. Yang penting usaha + doa.

Ni zaman study, motif betul nak tunjuk apa aku buat dulu. Haha~

Study memang takkan ada had, ilmu Allah kan luas. Hanya kita je yang sanggup nak cari atau tak. Jadi, masa dah bekerjaya pun, kita still kena belajar banyak benda, seriously~ 

Aku pun tak mau la cerita apa kerja aku buat (ceh, bunyi macam rahsia kerajaan jer), cuma aku sangat bersyukur sebab aku dapat beberapa pengalaman berharga (bagi aku). Satu yang aku rasa gembira ialah dapat menyumbangkan tenaga dalam set up a Laboratory for a new factory.

Lab tak besar mana pun, tapi banyak benda kena consider

Bila start from zero, wah memang banyak aku belajar! Belajar pasal equipment & apparatus specification, which equipment is the best for lab test. Belajar how to deal with supplier (sikitlah) & orang lain. Belajar how to arrange many things for a compact lab. Belajar macam mana nak handle & treat orang yang bekerja dengan kita, dan macam-macamlah. Semua pun atas bantuan superior, senior & member lain, thanks to them. It's such an awesome experience! Alhamdulillah~

Sebenarnya masih banyak tak cukup untuk Lab ni

By the way, aku start bekerja kat Top Glove pada 13.12.11 dan aku genap setahun hari ni, 12.12.12. Hurm, nice numbers! :)






Sunday, December 9, 2012

Gua Tempurung 2012


Assalamualaikum & salam sejahtera~

Hari tu, 02/12/12, 1st time dalam hidup aku menjejak masuk gua, iaitu Gua Tempurung, Perak. Aku pergi dengan officemates since sorang tu duduk asal kat Tapah Perak. Member ni ajak kitorang balik kampung dia, so sempatlah menjamah buah-buahan yang tumbuh 'berkeliaran' di dusun. Erm, kenyang makan durian!

Nyum, nyum, nyum, makan sampai muntah. Nasib baik aku bukan 'hantu durian'.

Ok, berbalik kepada cerita Gua Tempurung, masuk gua ni sebenarnya ada 4 pakej. Pakej 1 hingga 4 dikira berdasarkan kepada jauhnya perjalanan masuk ke gua, Pakej 4 paling jauh (siap ada rafting lagi). Tapi Pakej 3 dan 4 kena datang pagi, pukul 9am. Kalau lambat macam kitorang hari tu, terpaksalah ambil Pakej 2.

Laluan masuk.

Air mengalir keluar dari gua.

Manusia 'mengalir' masuk ke gua.

Kawasan gua yang dapat cahaya matahari.

Pemandangan dalam gua yang cantik. Subhanallah~
Korang nampak tak cahaya lampu-lampu bulat tu? Itulah tangga laluan untuk pengunjung.

Ni kawasan sedikit berair. Ke dalam sikit ada kawasan berangin.
Angin kat situ memang sedap, kira tempat berhenti rehat mendapatkan angin since kitorang dah penat berjalan & kepanasan.

Dinding gua yang smart!

Ni laluan masuk gua tadi. Gambar aku ambil masa nak keluar balik.
Ni pemandangan Gua Tempurung yang aku suka. Colorful, kan? Subhanallah~

Badang versi moden.
Aku cuba angkat batu ni, tapi tak mampu. Batu hanya tergerak sedikit je.
Haha~ Nampak sangat menipu!

Satu kekurangan masuk ke gua ni ialah kurangnya sebaran informasi. I wonder why diorang tak buat information boards dalam gua tu? Aku rasa bolehlah. Dah la tak ada guide, main jalan sendiri jer. Kalau ada sorang guide yang boleh explain this & that pasal gua tu, mesti lagi best. 

Kita 1st time masuk gua, memang mau tau apa benda & bentuk dalam gua tu. Kalau dulu belajar dari buku ja, mana cukup. Sebenarnya ada guide juga masa tu, tapi diorang just cakap di mana kita patut berhenti. "Pakej korang sampai sini je, turun bawah lagi, tu dah pakej lain". Whatdaa~ Itu je yang abang nak sampaikan???

Ni aku layan Blues dalam gua. Hehe~

Rombongan masuk Gua Tempurung. Bukti yang kitorang dah masuk gua tu. LOL



Thursday, November 29, 2012

Relax @ Air Terjun Sungai Gabai


Assalamualaikum & salam sejahtera~

Untuk pengetahuan korang (kalau nak tau la), aku ni jenis manusia yang suka aktiviti berenang. So bila housemate aku ajak pergi bercuti kat sungai, dalam masa kurang dari sesaat, aku terus jawab, "OK! No prob!". Agak pantas respon aku di situ.

Kitorang plan buat BBQ kat Air Terjun Sungai Gabai. 'Kitorang' tu maksudnya aku & geng Top Glove, tempat kerja aku, mostly my housemates. Di pagi 25/11/12, kitorang semangat gerak awal, mau 'booking' tempat cepat. Sampai sana dalam pukul 10 pagi. Still tak ramai lagi, yes!

Dah namanya air terjun, so kena mendaki untuk naik ke kawasan atas yang lagi best.
Memang penat naik, dengan membawa segala kelengkapan "pengisian perut".
Padahal, aku angkat pinggan polystyrene jer pun. Adoi, malas sungguh aku ni~

"Introducing Air Terjun Gabai!" Ceh, macam la kawasan ni baru buka nak kena intro-intro.
Tadi naik melalui tangga, turun pula WAJIB melalui air terjun ni. Extreme, kan?
Haha, tak pasal-pasal nanti air terjun tukar jadi color merah.

Yeah, berjaya mendaki sampai ke puncak! Ni orang-orang yang berjaya.
3 hari 3 malam perjalanan untuk sampai ke sini. Serius tak tipu! :p

Ni kawasan air kat level atas. Nasib baik sampai awal, so dapat gak tempat yang strategik untuk stay.

Ada kekeliruan di situ tentang tujuan sebenar outing kitorang ni, samada nak BBQ atau baca Newspaper.
Membaca amalan mulia, kita kena update dengan berita semasa. Berita samada arang dah membara atau belum, itu perkara kedua. Haha~ Inilah dikatakan santai hujung minggu

Ok, BBQ time! Sambil bakar, sambil tu makan, sambil tu gak mandi berenang.
Hah, anda mampu?! :p

Teknik bakar ayam yang dipelajari sewaktu belajar Kemahiran Hidup Tingkatan 3 dahulu (silibus tak rasmi)

After dah makan kenyang (maybe), kitorang pun mendaki ke level yang lagi atas, yang orang lain dah tak naik. Saja, nak kembara yang adventure sikit.

Bila dah naik tinggi, kitorang buat apa? Kitorang ambil gambar seolah-olah berjaya jumpa punca air.
Takde la, saja snap untuk memenuhi fungsi kamera. Hehe~

Ni boleh kira aktiviti gila sikit. Terjun kat tempat yang sangat dalam & deras,
lepas tu try timbul & dihanyutkan air.
Best! Tapi kadang merisaukan gak. Dont try it at home, try it here! :p

Nampak tak air terjun kecik tu? Tu adalah gelongsor terjun (dengan suka hati aku namakan sendiri).
Kat situ jadi tempat gelongsor & roller coaster. Yipee~ Best!
Oh, btw, please ignore budak baju biru tu.

Sebelum balik, waijb tangkap gambar! Wajib! Untuk memenuhi fungsi kamera.

Ni muka-muka tadi gak. Harap tak boring tengok wajah orang-orang ni.




Friday, November 16, 2012

Sinister [2012]



Dah tengok Sinister? Fuuuh, 1st komen aku - SERAM! Aku berminat tengok movie ni sebab produser dia adalah produser filem paling horror tahun lepas, Insidious. Dan, nasib baik filem ni tak mengecewakan, puas hati gak aku tengok.


Ellison Oswalt, novelis true-crime berpindah ke sebuah rumah baru bersama dengan isteri, Tracy dan dua orang anaknya. Rumah tu adalah kawasan jenayah yang mana keluarga sebelum ni telah mati dibunuh kejam, kecuali Stephanie, anak bongsu keluarga tersebut yang hilang selepas kejadian. Ellison nak jadikan kes pembunuhan tu sebagai bahan untuk novel barunya, di samping berharap agar kajiannya boleh menemukan Stephanie.

Memang pelik tetiba ada satu je kotak kat loteng rumah.

Time pindah tu, Ellison jumpa sebuah kotak kat loteng rumah yang berisi sebuah projektor dan beberapa gulungan rakaman video. Tajuk video-video tu ok je, tapi bila dimainkan, macam-macam kes bunuh ditunjukkan melalui rakaman tersebut. Ada satu part tu, Ellison perasan ada muka pelik yang bukan berwajah manusia. So, bermulalah misteri - Kenapa kotak tu ada kat loteng? Siapa yang rakam semua video tu? Siapa yang bunuh family-family tu? Siapakah insan dengan wajah menakutkan tu? Huhu....

Jadi novelis jenayah ni agak susah gak rupanya, kena buat kajian sendiri.

Tak macam cerita hantu tipikal yang lain, 'mangsa mati atau hilang secara misteri, then lepas tu jadi hantu ganggu manusia'. Filem ni tak straight-to-the-point, ia penuh dengan misteri yang secara asasnya kita tak tahu samada berpunca daripada jenayah manusia atau supernatural being. 

Huhu, babak seram. Siapa yang turn on projector tu???

Sepanjang kita nak tahu rungkaian misteri tu, sepanjang tu jugalah kita dikejutkan dengan scenes yang meremangkan segala bulu roma. Aku boleh cakap yang rasa seram tu bercampur-baur, seram terhadap betapa kejamnya jenayah dibuat & seram terhadap benda supernatural. Btw, filem ni ganas gak sebab agak 'kreatif' pembunuhan yang dilakukan.

Nah, ambik kau, memang aku terkejut time ni. Btw, ni budak lelaki ye
(ker aku sorang je yang tertipu ingatkan ni pompuan?)

Cara diorang olah misteri tu memang mantap sebab susah nak teka apa yang berlaku seterusnya, dan hebat cara diorang twist cerita ni. Aku tak expect ending Sinister macam tu, serius tak jangka.

Terpaksa bekerjasama dengan sorang polis ni.

Ada sikit unsur humor diselitkan, tapi sikit je la. Nanti lebih-lebih dah tak horror pula. Takde la juga korang memanjang je tutup mata sepanjang cerita. Hehe~

Another thing, nilai kekeluargaan begitu ditekan dalam filem ni. Nilai dan konflik keluarga tu berkait rapat gak dengan real life. Pengajaran, jangan busy sangat dengan kerja sampai lupa family. Family first!

Makin hari, kejadian makin pelik berlaku.

Aku cuma rasa kureng sikit dari segi feel seram at the climax. Kenapa? Klimaks cerita ni tak berapa jelas tau. "Eh, dah dekat ending?" Time tu aku baru nak feel the most horror part, tapi terus habis macam tu je. So impak seram tu tak berapa dirasai, bagi akulah. Kalau mau compare, Insidious is better on that horror aspect.

Lukisan yang mencurigakan.

Apapun, bagi aku, Sinister adalah antara cerita horror terbaik tahun ni. Rasanya ia berjaya membuat sesetengah orang terbayang-bayang keseramannya apabila duk sendirian. Aku bagi bintang 7.5/10. Nice twist!



P/S: Time tengok kat panggung hari tu, mamat duk sebelah aku memang takut habis. Siap tutup mata & telinga lagi. Hurm macam tu, baik tak payah masuk tengok. Aku tutup mulut je, sebab nanti risau tetiba spontan sebut "s**t!" dengan kuat waktu babak-babak saspen. Haha~




Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434



Salam Maal Hijrah 1434 kepada semua muslimin muslimat sekalian. Sempena tahun baru Islam ni, better kita sama-sama menghayati kembali detik-detik kita di tahun yang sudah. Sejauh mana kita dah melangkah ke depan sebagai umat Islam? 

Sebenarnya susah kita nak ukur tahap kita di mana sebab sebagai manusia, kita sememangnya tak sempurna. So rezeki masa yang Allah berikan, harus dimanfaatkan sebaiknya untuk improve diri kita yang tak seberapa ni.

Selagi ada masa, selagi itulah kita kena berubah ke arah yang lebih baik. Kalau setiap hari ulangi benda yang tak baik, apa gunanya masa yang dah lepas-lepas tu, kan? Sayang kita biarkan masa yang berharga tu berlalu pergi.
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian".


Raihan - Demi Masa


Kekadang kita rasa menyesal, kenapa dari dulu tak buat macam ni, macam tu? Dah kira ok la tu, still ada kesedaran. Tapi nak laksanakan apa yang kita dah sedar tu, itu yang kadang susah. Betulkan? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lagi tepat, di mana ada kemahuan yang berlandaskan iman, di situ ada jalan yang terbaik untuk kita. Btw, jauhilah jalan-jalan yang membawa ke lembah maksiat ok. Huh, nauzubillah, aku pun wajib take note!

Kalau rasa down habis, jangan risau, Allah SWT ada bersama kita. "Allah is always by our side". InsyaAllah kita akan jumpa jalan jika kita berhijrah ke arah kebaikan. Amin~


Maher Zain - InsyaAllah


Hijrah itu perpindahan, hijrah itu juga persaudaraan yang membentuk perpaduan. Tapi bukanlah maksudnya time hijrah ja kita kena berpadu, setiap hari perpaduan itu harus wujud, setuju? Kita perlu tingkatkan perpaduan di kalangan masyarakat kita Malaysia. Tidak perlu bertengkar dan bertikam antara satu sama lain, apatah lagi seangkatan agama Islam.

Hurm, suasana politik di negara kita ni tak berkembang sangat ke arah kebaikan (sorry to say). Even saudara seagama pun mau bercakaran sehingga tak sedar nilai asas Islam pun dah ke tahap zero! Harap semuanya dapat menghayati lagi nilai Islam sebenar untuk yang terbaik buat semua. InsyaAllah~


Al Ajiba - Maal Hijrah


Harus kita hayati gak perjuangan Rasullulah SAW dan umat Islam terdahulu dalam memperjuangkan Islam. Jika dihayati dengan betul, mesti kita sedar betapa pentingnya untuk kita menjaga agama & nilai Islam yang dinaikkan oleh Rasulullah SAW yang kita cintai.

Tahun baru tak bermakna tanpa perubahan, dan tiada perubahan, mungkin boleh dikatakan agak rugi perjalanan kita sebagai manusia yang sepatutnya mencari redha Allah. Mari sama-sama kita renungkan.

Nasihat ni aku nak tujukan kepada diri sendiri jugak yang kekadang memang lalai. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk kita hidup dan memberi peringatan dan nasihat antara satu sama lain.


Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1434 semua!




Monday, October 22, 2012

BBQ In Da' House!


Assalamualaikum & salam sejahtera

Aku duduk rumah bujang, provided by company. Kekadang hujung minggu tak ada benda mau buat, kalau rajin, masuk kerja ambil OT (kalau rajin ok, biasanya memang tak rajin, sayang owh nak musnahkan hujung minggu). Nak kata study, zaman belajar dah habis. Ceh, macamlah time zaman belajar jer kena study & macamlah time zaman belajar dulu, aku akan study kalau ada masa lapang  :p

Muncullah idea daripada segelintir penghuni yang selalu memikirkan pasal makan, "Jom buat BBQ!". Orang-orang yang arif dalam hal-hal M.A.K.A.N pun mengiyakan, "Ok ok, best gak tu!". Rasanya aku tergolong dalam kumpulan yang arif tu. Haha~

Kitorang buat BBQ dalam rumah je, saja mau buat asap bagi jiran-jiran sebelah (huh, jahat sungguh, makanan tak bagi pulak). Sebenarnya ni planning awal, 1st buat kat rumah dulu, next time buat dekat luar pula. Memang misi utama ni nak buat BBQ round 1 Malaysia, 'Jalan-jalan Buat BBQ'. LOL.

Kawasan depan rumah. Motor & kereta dialihkan untuk memberi laluan kepada pembakaran ayam terbuka. 

Dengan bantuan 4 orang pekerja + 1 tenaga mesin (kipas), terhasillah ayam-ayam yang tak sure-lah dah masak ker belum. Aku jadi cameraman + mandur dalam situasi ini, "Angkat-angkat, ayam dah hangus!". Bukan nak tolong, kan?

Dah siap! Macam-macam ada! Ayam, ikan, udang, sotong dan lain-lagi yang korang boleh lihat dengan mata kasar. Rasa pun macam-macam, manis, masin, masam, pahit, pedas, hangit & hangus, yeah!

Tadi gambar makanan, gambar ni pula menunjukkan si tukang-tukang makan.
Ok, it's time untuk tengok final bola, ATM VS Kelantan.

Nampak cool jer! Bajet candid...  :p

Nampak tak betapa excited + cemasnya diorang tengok bola. Kakaka~

Saja letak gambar ni, nak tunjukkan signboard tu, nampak tak?
"Tolong Jaga Kebersihan Tempat Ini".
Dalam rumah pun kitorang letak tau. Siapa jadi penghuni & tetamu, itulah syaratnya.
Nak cakap kepada tetamu, "Buatlah macam rumah sendiri" memang tak boleh, nanti lain jadinya.
Huh, pessimistic betul terhadap tetamu. Haha~

Tengok bola, tengok gak, tapi makanan kena abiskan!

Happy budak Kelate dengan kemenangan Kelantan, jelas terserlah di wajah diorang.
Anyway, tahniah Kelantan!


p/s: Korang ada cadangan tempat untuk buat BBQ?? :p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...