Showing posts with label Kinabatangan Sabah. Show all posts
Showing posts with label Kinabatangan Sabah. Show all posts

Monday, August 24, 2015

Agop Batu Tulug, Kinabatangan


Dulu masa kecik, selalu rasa seram bila lalu Agop Batu Tulug dalam perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu. Satu sebabnya bentuk batu tu yang tinggi dan nampak menakutkan (paham la budak kecik) & satu lagi dengar-dengar cerita orang tua yang tempat tu keras.

Jujurnya, aku tak tahu pun Agop Batu Tulug ni open to public. Tanggal 25/07/2015, family aku bawa masuk situ. Aku macam, "Eh, tempat yang dulu aku takut ni sebenarnya site museum!" Okay, memang rasa loser kejap! Sebenarnya, Agop Batu Tulug dibuka kepada awam pada 06/07/1996.


Apa yang ada kat situ? Ia sebenarnya bukit batu kapur yang mempunyai 3 gua utama. Agop maksudnya gua dalam bahasa kaum Sungai Kinabatangan. Tempat ni adalah tapak pengkebumian keranda kayu balak dari 500 hingga 900 tahun dahulu. Itu zaman dulu la, sekarang tinggal keranda-keranda kosong ja.

Hah, seram la jugak kan. Jom terjah!

Daily opening hours : 9.00am - 5.00pm
Bayaran masuk seorang = RM 2


Baca info lanjut tentang Agop Batu Tulug di sini.

Agop Lintanga - Gua terbesar di situ. Lebih dari 41 keranda kayu balak yang lengkap & 25 bahagian penutup atau badan dan serpihan telah ditemui di gua ini. Kebanyakan keranda di situ dibuat daripada kayu belian & tidak mempunyai hiasan (Sumber: Muzium Sabah).

"I am watching you!" Dua lubang besar tu seolah sepasang mata sedang memerhati anda! Pintu masuk Agop Lintanga adalah lubang yang sebelah kiri. Tinggi lubang lebih kurang 3 meter lebih. Laluan masuk sempit, kalau tak muat, sila buat lompat bergalah melalui bahagian atas tu. 

Gua ni dipenuhi kelawar. Tompok-tompok hitam kat atas tu adalah kumpulan kelawar. Kalau nak fe-feeling Batman, boleh la menempel kat gua ni.

"Dush!" Jatuh seekor anak kelawar. "Ho-hem-geee!" Tekezutt! Mana tak terkejut beruk, tengah rilek ambik-ambik gambar, tetiba jatuh betul-betul depan aku. Haha~ Tak boleh terbang lagi, jadi mengengsot la dia kat bawah. Kesian tengok tapi tak tau nak buat apa.

Ni antara beberapa keranda kayu balak yang masih disimpan dalam gua.

Tak cukup Dark Knight laa, tu gaya Power Rangers! lol

Agop Limunduk - Gua yang terletak di lereng berhampiran puncak bukit. Gua ni kecik tapi padat dengan keranda.

Ada pelbagai bentuk keranda. Makin besar saiz keranda dan saiz tanduk kerbau pada keranda tu, kononnya makin besar pangkat orang yang dikebumikan tu. Tapi ni keranda-keranda kosong ok.

Di satu area, ada orang buat (demo) dan jual kraftangan Sabah. Yang datang dari jauh, singgah & beli la.

Untuk ke puncak bukit, kena melalui tangga-tangga kayu. Penat la sikit, cuaca panas lagi. Nasib baik dikelilingi pokok, so kurang sikit tahap bahang.

Bila dah sampai puncak, pemandangan ni la yang dapat dilihat dari atas. Nampak kawasan-kawasan sekitar daerah Kinabatangan.

Pemandangan di sudut yang lain. Bukit jauh tu dah dekat dengan kawasan Lahad Datu.

Sebelah sudut yang lain pula boleh nampak Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah & kedua terpanjang di Malaysia.

Di sudut yang lain juga boleh baring & tidur di siang hari. Perosak! Tempat duduk kau jadikan tempat tidur!

Sebelum balik, jumpa pula mainan batang kayu ni. Pernah main? Mainan tradisional bah ni. Kitorang dulu tempat pijak tu pakai tin susu (yang gambar tu pakai batang kayu). Waktu kecik dulu boleh jalan pakai benda tu, sekarang aku nak seimbangkan berdiri pun tak mampu. Huhu... kecewa!

Chow la kita. Lepas ni tak rasa seram dah kalau limpas Agop Batu Tulug. Huahaha... Tambirang!


Thursday, August 6, 2015

Gua Gomantong, Sandakan


Sejak kecik lagi aku selalu terfikir 'ada apa dengan Gua Gomantong?'. Ya betul kaya dengan sarang burung, tapi banyak story pasal gua ni. Bukanlah cerita pasal gua ada penunggu, gua tempat tinggal cannibal, bukan bukan.

Waktu kecik dulu, mak aku selalu cerita pasal sejarah penemuan gua ni, tentang Datuk Pengiran Galpam yang menjadi pemilik Gua Gomantong, cerita tentang orang kampung pungut sarang burung, cerita tentang arwah atuk aku dan saudara-mara lain (suku kaum Sungai) yang pernah bekerja kat situ. Aku macam tertarik gila dengan Gua Gomantong melalui semua tu. Apakan daya, masa kecik dulu, bukan senang-senang nak masuk gua tu.


Well itu dulu, gua dimilik, diwarisi dan menjadi hak keluarga kaum Sungai. Sekarang gua ni dah jadi milik kerajaan dan berada di bawah jagaan Jabatan Hidupan Liar Sabah. Penuaian sarang burung pun adalah menerusi tender, tak macam dulu-dulu yang menjadi aktiviti orang kampung sekitar.

Sejarah penemuan Gua Gomantong ni hanya menjadi cerita turun-temurun dan mulut ke mulut ja la. Apa yang kita jumpa 'terbuku' adalah sejarah setelah diambil-alih oleh kerajaan Sabah. Untuk info lanjut tentang Gua Gomantong, korang boleh buka link ni: Gua Gomantong - Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Terbaik di dunia tuu, harga sekilo sarang burung cecah ribuan ringgit. Tidakkah kaya orang yang join penuaian sarang burung ni.

Replika sarang burung.
Gambar kiri - Sarang jenis putih. 
Gambar kanan - Sarang jenis hitam.

Gambar daripada banner yang dipamerkan.
Gua ni dihuni oleh burung Swiftlet dengan sarangnya, kelawar yang mengisi gua di siang hari, dan lipas-lipas yang memenuhi gua. Excited tak bila dengar 'lipas'?

________________________________________________________

Jom mengembara masuk ke dalam Simud Hitam (Black Cave) yang menjadi sumber kepada sarang jenis hitam. Kitorang tak masuk ke Simud Putih (White Cave) sebab nak ke situ sukar sikit, kena mendaki bukit & perlu dapatkan kebenaran.

Kitorang pergi bukan pada waktu menuai, jadi tiada aktiviti kat situ. Kitorang cuma jalan-jalan masuk gua ja, macam abang long melawat kawasan. Hehe...

Opening hours :
Isnin-Khamis, Sabtu-Ahad = Pagi: 8.00am - 1.00pm & Petang: 2.00pm - 5.00pm
Jumaat = Pagi: 8.00am - 11.30pm & Petang: 2.00pm - 5.00pm

Bayaran masuk seorang
= RM 5 (dewasa)
= RM 2 (umur bawah 18 tahun)

Jom masuk gua!
Suruh masuk, dia duduk pulak...

Harus melepasi hutan sikit sebelum menemui Gua Gomantong.

Wei, tidak payah la tengok map, gua tu di belakangmu ja bah!

Yeah, jumpa pun Gua Gomantong! Ceh, padahal jalan dah disediakan. Susah lagi nak cari toilet dalam shopping mall.

Bahagian tepi gua. Masuk dalam gua ni hanya terus melalui jambatan tu. 

View sejurus masuk ke dalam gua. Luas gila Gua Gomantong ni.

Ni dah masuk separuh bahagian gua. Family aku kat sana nun dah sebesar jari je, hah luas tak luas gua ni.

Simud Putih terletak kat bahagian lubang atas tu, jadi situ bahaya sikit. That's why bukan senang nak masuk Simud Putih. Nak ke situ, ada laluan lain, kena daki bukit dalam 30 minit lebih.

Kalau anda nak bermanja-manja dengan lipas, di sini la tempat yang sesuai. Lipas ni ada je di sepanjang laluan & kat dinding gua. Kadang terpijak tak perasan.

Tompok-tompok hitam dalam gambar ni adalah sarang burung jenis hitam. Jauh kan, tak nampak jelas. Tapi itulah sarang yang terdekat kitorang jumpa. Gambar pun tak clear, maklum la camera biasa je.

Bahagian hujung gua. Cantik kawasan ni. Boleh bertapa nak jadi kebal kat sini. Lol~

Okay, dah selesai tawaf dalam gua. Laluan jambatan tu memang bagi kita pusing seluruh gua.

Keluar semula ke tempat asal. Kalau hilang dalam gua nasib laa... Haha~

Selesai, jom balik! Kita trekking sikit. Ber-peace la dulu kamu...

Alhamdulillah, dah lama hidup di Sandakan, 25/07/2015 hari tu baru dapat chance masuk Gua Gomantong. InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku nak tengok aktiviti menuai sarang burung pulak.




Tuesday, December 18, 2012

Siput Bakau: Tangkap, Rebus & Makan


Korang suka makan siput sedut, kan? Member aku cakap sedutan tu lagi nikmat daripada isinya. Aku pun suka gak makan siput, dengan cengkerangnya sekali. Dasar pelahap! :p

Tapi, aku lagi suka cari & tangkap siput, bagi aku tu lagi nikmat berbanding makan siput. Adventure sikit, tu pun masa kecik-kecik, time zaman sekolah rendah.

Sebelum ni aku ada story pasal kampung & rumah arwah atuk aku, kat Suan Lamba Kinabatangan, Sabah; Menjejak Suan Lamba.

Rumah arwah atuk sekarang dah roboh, tapi kenangan dulu tetap teguh 

Aktiviti yang best bila pergi rumah arwah atuk aku ni adalah aktiviti mencari siput kat hutan bakau. Serius enjoy! Kitorang adik-beradik (masa tu semua kecik-kecik lagi la) memang excited. 

Dengar je bapa, nenek, mak cik atau pak cik aku nak pergi cari siput, dengan semangatnya kitorang, "Mau ikut, mau ikut!". Padahal antara tujuan lain adalah nak mandi berenang di kawasan sekitar bakau. Kalau kat sekeliling rumah, mak aku jarang bagi berenang-renang ni. So, kira rebut peluang la ni. Haha~

Ni hutan bakau sekitar kawasan Buang Sayang.
Kitorang cari siput kat dalam hutan-hutan tu.

Sebelum merempuh hutan bakau (ayat macam adventure sangat), mak aku akan suruh makan dulu, alas perut. Hutan-hutan bakau tu tak ada la jauh sangat dari rumah, tapi of course-la kena naik perahu sampan untuk ke sana.

Ada sekali tu masa kat atas sampan, air yang tenang tiba-tiba splash, nasib baik benda tu tak dekat dengan kitorang. Aku takut gak, tapi bukan buaya kot. Rasanya ikan besar. Tapi still menakutkan gak. Huhu...

Ok, berbalik kepada cerita siput. Siput yang kitorang tangkap dalam lebih kurang 3-4 jenis. Aku pun tak tau la nama siput-siput tu, yang aku tau sedap bila dah rebus. Aku paling suka cari adalah siput bulat sebab ia paling sedap! Siput-siput ni kebanyakannya melekat kat batang, dahan & akar pokok bakau. 

Siput sedut tu aku tak suka makan sangat sebab rasa dia pahit.

Inilah siput bulat which is my feveret! Actually tak bulat pun, suka hati je aku bagi nama.
1-Fresh baru cabut daripada batang pokok
2-Cengkerang dia aku suka tengok, style!
3-Dia dah mula 'malu-malu' tengok aku
4-So, cepat-cepat dia masuk cengkerang, aku pun terasa hati. LOL

Satu jenis siput yang aku geli sikit nak tangkap & makan adalah siput besar (cengkerang dia bentuk kon & sangat keras). Kadang bila tangkap, tetiba keluar kaki, rupanya umang-umang kat dalam cengkerang. Disebabkan kadang meragui itu umang-umang atau siput, so aku pun tak berani nak tangkap. Haha~

Biasa la, umang-umang ni memang mencari cengkerang kosong. Bila siput dah mati, cengkerang tu umang-umang yang rampas. Aku memang anti umang-umang, geli tengok kaki dia. Hurm~

Siput-siput dimakan selepas direbus ya, bukan dimakan on the spot. LOL

Kadang siput ni melekat atas batu.

Biasanya kat tiang rumah memang ada.

Ok, saat dinanti-nanti adalah swimming time. Jumpa kawasan yang cetek sikit, terus bagitau bapa aku yang kitorang mau berenang. Kadang dibenarkan, kadang No Way!

Btw, ada satu cerita yang agak mencemaskan. Ada sekali tu kitorang lima orang atas sampan (aku, abang, adik pompuan, mak sedara & nenek aku). Time tu pergi memancing ikan, so just 'parking' tepi pokok bakau. Sampan tu tidak la sempurna, banyak lubang yang hanya bertampalkan gabus.

Inilah tempat kejadian mencemaskan berlaku. Hehe~

Maybe aku agak keboringan time tu, aku pun meneliti apa benda gabus tu sebenarnya. Aku rasa macam agak annoying benda tu, so aku just cabut. Sampan bocor & air masuk. Aku sebenarnya panik tapi senyap, cepat-cepat sumbat balik gabus tu. Berjaya! Nasib baik aku tak buang gabus tu masuk laut.

Tapi, adik aku ni ikut apa yang aku buat, cabut gabus tu tanpa menyumbatkannya balik. So, air masuk banyak. Mak sedara & nenek aku memang marahlah, "Sumbat balik cepat!" Nanti tak pasal-pasal kitorang tenggelam. Aku senyap je la masa tu, tanpa diorang mengetahui sebenarnya aku yang start buat perangai tu. Haha~ Masa tu memang rasa panik, risau & buat-buat rasa tak bersalah :p

Buang Sayang (view 2012). Nice!





Sunday, October 7, 2012

Aidilfitri 2012: Menjejak Suan Lamba, Sabah


Assalamualaikum & salam sejahtera

Guys, izinkan aku undurkan masa untuk story pasal Raya Aidilfitri yang lepas. Time Raya Ke-4 hari tu, kitorang se-family balik kampung kat Suan Lamba, Kinabatangan, Sabah. Kubur kedua-dua arwah atuk aku (sebelah mak & ayah) kat situ, jadi setiap Aidilfitri, kitorang akan pergi ziarah. Lebih spesifik lagi, nama tempat tu adalah Kg. Buang Sayang (Tapi aku masih tak tahu secara sahih kenapa nama kampung tu begitu).

Rumah arwah atuk aku (sebelah mak) dulu kat situ tapi sekarang dah roboh since tiada orang yang duduk. Kitorang sekeluarga pula duduk kat Suan Lamba ni hanya sampai umur aku 5 tahun, then kitorang berpindah ke kampung yang sekarang, iaitu kat Sandakan.

Balik ke Suan Lamba ni memang best time raya, kena lagi satu family dapat kumpul semua, sempatlah mengimbau kenangan-kenangan masa kecik, cuma keadaan di situ dah berubah habis. Yela, mana ada benda yang kekal, kan? Time has changed everything. Anyway, Buang Sayang memang cantik, yeah! :)

Time aku snap gambar ni, aku tengah berdiri kat jeti Buang Sayang. Seberang tu dikenali sebagai Manggis, kat situlah kubur arwah kedua-dua atuk aku. Dulu ada banyak rumah kat situ termasuklah rumah arwah atuk, sekarang tinggal satu rumah je bertahan.

Kawasan sekeliling adalah hutan bakau. Dulu time kecik, kitorang adik-beradik selalu join nenek & ayahku masuk hutan bakau cari siput. Memang excited kalau pergi cari siput, best! Next time aku story pula pasal 'misi menjejaki siput' ye.

Ni kawasan seberang iaitu Manggis dari jarak dekat. Snap gambar dari atas bot.

Ok, dah sampai seberang. Lepas ziarah kubur, kitorang round-round pula kawasan yang dulu meninggalkan banyak kenangan. Ceh, sentimental pulak.

Hah, inilah rumah arwah atuk aku. Dah roboh habis tau.

Ni pula kawasan belakang rumah tu. Erm, belakang rumah yang dah roboh pun nak posing, ish3. Dulu time rumah ni ada, tak sempat nak ambik gambar kat sini, so this was the right time. Haha~

Tiang-tiang kayu tu dulunya adalah jambatan yang menghubungkan satu rumah ke rumah yang lain. Kadang ianya dijadikan tempat untuk mengasah bakat bidang terjun & kadang dijadikan tempat ala-ala balapan. LOL

Ni pula masjid yang dah terbiar. Sayang gak, kan?

Penat budak-budak ni posing atas kayu balak, aku ambik la gambar diorang. Nanti ada yang merajuk masuk bakau taknak balik. 

Balik! Balik! Nak bye-bye boleh, goyang-goyang bot tak boleh.

Ni 2nd trip balik, since satu bot tak muat semua orang sekali.

Antara rumah kat Buang Sayang. Btw, bendera tu yang mahal sebenarnya. Hehe~



Jom undur masa ke 17 tahun lepas pula, tahun 1995. Ni gambar raya kat rumah arwah atuk aku tu. Time tu kitorang sambut raya kat situ.

Me, my uncle, bro, sis & cousins. Masa ni umur aku 7 tahun.

Ni ruang tamu rumah tu dulu. Tetiba rindu pula kenangan masa kecik, masa zaman-zaman innocent. :D

Ambik gambar di hujung jambatan depan rumah. Time ni aku berbangga dapat bergambar di hujung jambatan. Antara pencapaian terbaik masa umur 7 tahun. Haha~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...