Selamat Hari Malaysia 16 September!
Sempena Hari Malaysia ni, mari aku ceritakan sikit pasal one part of Malaysia. Tempat asal dan tempat aku membesar, SANDAKAN, Sabah.
Tapi aku story lebih kepada Bandar Sandakan dalam entri ni. Kalau cerita satu Bahagian Sandakan, 7 keturunan pun aku tak habis tulis. Next time cerita lagi kalau ada chance. Hari tu dah story pasal Sepilok Sandakan.
Okay, bandar Sandakan ni biasa je, tak besar pun, ala-ala pekan classic gitu, tapi cukup sifat untuk keperluan. Lokasi dekat tepi laut, nak cari makanan laut dan barang mentah lain senang saja. Murah!
Pandangan bandar Sandakan dari atas bukit. Nice view, kan? Siapa yang nak bunuh diri terjun dari bukit ni akan terkesima kejap. Tengok pemandangan laut tu yang best sebenarnya. Hehe~ |
Bangunan-bangunan sini tak tinggi. Spiderman confirm tak boleh nak hidup kat sini. |
Pasar Umum Sandakan. Tempat kalau nak cari ikan, udang, sotong, sayur, kerepek, etc. Souvenir, baju, keychain pun ada jual kat sini. |
Masjid Jamik. Ni masjid atas bukit kat bandar Sandakan. Biasa kalau lepak kat bandar, singgah solat kat masjid ni, termasuklah sembahyang Jumaat. Dah lama ni masjid ni, heritage site jugak la. |
Agnes Keith's House. Kenal tak Agnes Keith siapa? Dia seorang penulis (American) yang menulis buku Land Below the Wind. Tak silap Negeri di Bawah Bayu tu dapat nama daripada tajuk buku dia tu la. Rumah ni sekarang dijadikan pameran kepada pelancong. Dulu tak pernah datang sini. Aku baru pergi awal tahun ni dengan member, tapi dah petang sangat masa tu, so dah tutup. Jadi kitorang berlegar kat luar je la. Masa tu petang dah dekat maghrib, memang creepy kawasan rumah ni. Huhu... Boleh pulak time tu macam fefeeling nak benda ghaib muncul~ Haha... Nauzubillah. |
Nah, guide untuk korang, mana la tau tetiba sampai ke Sandakan. |
Pasar Sim-Sim. Singgah pasar ni kalau nak makan ikan bakar sedap. |
Proud to be orang Sandakan.
Nak dibanggakan sangat tu tidaklah, yang penting aku dah membesar dengan baik kat situ.
Sesiapa yang nanti nak pegi Sandakan, aku ucapkan Selamat Datang!