Klik Untuk Tawaran Hebat!

Thursday, June 6, 2013

Padas River Rafting [25.05.2013]


Rafting di Sungai Padas, Sabah memang best! Tak puas merempuh arus deras. Ni second time aku join Padas River Rafting, first time pada 2 tahun lepas. Cukup mencabar, seriously!

Ringkasan perjalanan:
Kota Kinabalu >>> naik van >>> Stesen Keretapi Beaufort >>> naik keretapi >>> Pangi (starting point) >>> rafting sepanjang 10km >>> Rayoh (end point) - lunch >>> naik keretapi >>> Beaufort >>> naik van >>> balik ke Kota Kinabalu


The Last Train of Borneo


Naik keretapi klasik ni memang mewujudkan pelbagai emosi & perasaan:

Excited + tension + bila nak sampai ni??? + cantiknya pemandangan sungai sepanjang perjalanan + penatnya berdiri, bila turn mau duduk ni? + terasa macam dalam filem P. Ramlee or cerita Hindustan (tetiba pulak) + hurm, sampai bila nak kekalkan the last train ni? + tak nak majukan train-kah?

Hah, memang sangat pelbagai. Berangan pun ada gak :p


Rafting Time!!!

Sebelum rafting, kena dengar safety briefing dulu kat starting point, Pangi. Dengar briefing tu macam tengah tengok Raja Lawak. Brader yang bagi briefing tu kelakar! Buat lawak, memang spontan je...haha~

Ada 4 halangan arus utama, dikategorikan as level 3 to 4; Head Hunter, Cobra Point, Washing Machine & Snake House. Nama memang seganas 'serangannya'. Takper, paling teruk pun, bot akan terbalik.

1st boat of our team

Head Hunter tu adalah halangan yang pertama, serius menggerunkan. Siapa yang duduk bahagian depan bot, memang rasa thrill lebih. Bayangkan, arus lebih tinggi daripada manusia kot. Last 2 years, aku pernah jatuh kat situ, memang seram. Then, dapat 'minum' free gak.

Cobra Point was the second rapid challenge. Arus kat situ tak tinggi sangat tapi halangan dia panjang. Penat la sikit nak dayung. Dekat sini, bot kitorang terpusing, tapi tak terbalik. Masa terpusing tu, "gedebuk!", dua orang member jatuh kat aku, fuuh serius pinggang aku sakit, sampai tak larat nak dayung. Tapi kejap je la, then berkemampuan balik.

2nd boat of our team (ni bot aku)

Third, Washing Machine versi 'membasuh' orang. Tengok dari jauh dah nampak keganasannya. By the way, guide kitorang nama dia Ilir.

Brader Ilir: Arus depan tu nama dia Washing Machine. Kamu pilihlah, kamu mau lalu halangan tu kah, atau mau ikut laluan lain?

Kitorang: Apa bezanya?

Brader Ilir: Kalau kamu lalu Washing Machine tu, kemungkinan besar, bot akan capsize. Biasanya memang capsize. Itulah saya mau tanya kamu dulu. Kalau kamu tidak mau lalu situ, saya bawa pegi laluan lain yang kurang deras.

Kitorang: (Semua terdiam kejap, ada yang risau, ada yang excited).
(Akhirnya...) Lalu ikut Washing Machine la, barulah best!
Rugilah kalau tak lalu, bila lagi mau try.
(Meng-excited-kan diri di dalam ke-nervous-an)

Disebabkan semangat yang entah cukup berkobar ker atau tak, kitorang berjaya tempuh arus tu. Yeah!

Thrill tak tengok gambar ni? Tapi brader Ilir tu boleh ketawa pulak.
Nak tau apa berlaku, please continue read ye :)

The last but not least, Snake House!
OK, rumah ular ni berjaya makan kitorang!

Dalam hati, "Yes, peluang untuk masuk gambar!". Kenapa hati aku berkata demikian? Huhu...

Begini sebenarnya, cameraman ambil gambar at 3 points dan diorang snap sebanyak gambar yang mungkin at each point. Snake House was the last point. So, disebabkan masing-masing (termasuklah aku..haha...) merasakan yang dirinya belum cukup diabadikan dalam kamera, "This is the last chance! Jangan lepaskan peluang." Hati masing-masing memberontak  :p

OK, turn bot kitorang untuk di-snap, ber-hooray hooray la semua isi bot seolah-olah arus besar tu turut menyokong kegembiraan 'anak-anak kapal'. Kau tak dayung kuat, kau jatuh. Kalau kau tak dayung sebab happy sangat sampai angkat paddle, capsize la bot jawabnya. Finally, semua kalah kepada the Snake!

1st big rapid approached...
Semua happy pandang kamera, main angkat paddle je. 
All survived!
Nasib baik...

2nd big rapid came...
Dah angkat paddle, dah terlambat la nak dayung balik.

When the fierce rapid hit us...

The boat was nearly capsize...
Lihatlah wajah-wajah kitorang di kala ambang tenggelam...bhahaha~

Luckily, bro Ilir who absolutely pro knew how to balance back the boat.
Hurm, but unlucky for us...

Kitorang hilang dalam pandangan. Masa ni semua dah tenggelam.

Where were us?
Naik-naik je, dah kat bawah bot. Time ni, paling penting jangan panik. Kena relax.
By the way, brader Ilir ketawakan kitorang tau, based on gambar ni.
Diorang dah biasa tengok orang jatuh kot. Haha~

To be survived, do not panic.
Selamat keluar dari bawah bot. Brader Ilir datang selamatkan kitorang. Memang timbul tenggelam la time kat arus tu. After dah sampai ke kawasan air yang tenang sikit, semua berjaya naik bot balik.



Yeah! Sebenarnya memang lagi best kalau ada jatuh, serius. Experience berharga tu. Hehe...


BUSAT adalah agen yang bawa kitorang, thanks!



Our team.

Apapun, Padas River Rafting memang terbaik. Tak salah korang try, serius tak rugi!


p/s: Klik saja gambar untuk besarkan



Comments
6 Comments

6 comments:

  1. wah terbaek...tahun depan gua pegi sabah...panjat gunung...bulan lepas baru panjat brinchang...xpe bro.....len kali gua join.

    ReplyDelete
  2. @Noh Kodiang
    bagus2...sabah best! tp aku org Sabah pun x pernah lg naik gunung...haha...btw, rafting kt Sg. Padas mmg terbaek!

    ReplyDelete
  3. brangkat dari kk eh?gua tak tau brenang..nak rafting tu kempunan je lah.

    ReplyDelete
  4. @TUGAU GATES
    yup, brangkat dr KK...xpe kalo x reti berenang, ada life jacket la...xda masalah kalo x bole brenang...ramai je yg x reti berenang join rafting :)

    ReplyDelete
  5. Adventure nyerr, serious jelous nk join jugak!

    ReplyDelete
  6. @Teena Tna
    bole tahan gk adventure...jgn jeles2, cer cuba try join...hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu