Thursday, May 30, 2013

Fast & Furious 6 [2013]


Fast & Furious 6 meneruskan kecemerlangan siri The Fast & The Furious. Tak rugi tengok, memang berbaloi! Bagi yang memang dah follow siri filem ni, better korang jangan lepaskan yang ke-6 ni, kena tonton gak!



SINOPSIS

Agen Diplomatic Security Service (DSS), Luke Hoobs (Dwayne Johnson) menjalankan penyiasatan terhadap serangan ke atas konvoi ketenteraan Rusia yang didalangi oleh bekas tentera UK Special Forces, Owen Shaw (Luke Evans) & his crew. Namun, agen Hoobs memerlukan pertolongan Dominic Toretto (Vin Diesel) dan geng dia untuk membanteras Shaw. Hoobs meyakinkan Dom dengan cara menunjukkan gambar Letty Ortiz (Michelle Rodriguez), ex-girlfriend Dom yang selama ni diingatkan dah mati, tapi sebenarnya masih hidup & ada bersama dengan Shaw.


Dominic mengumpulkan geng dia, termasuklah teman rapat yang juga adik ipar dia, Brian O'Conner (Paul Walker). Dom & the gang bersetuju untuk menerima misi tersebut dengan syarat diorang harus diberikan pengampunan penuh terhadap jenayah yang diorang lakukan sebelum ni. Agen Hoobs bersetuju dengan syarat tersebut, dan di situlah bermulanya aksi pertempuran di antara Dom & the gang dengan Shaw & his crew.



STORYLINE - Cerita ni berkesinambungan from the 4th & 5th movies. Watak lama, Letty dihidupkan kembali & memainkan peranan besar dalam Fast 6 ni. Kelainan besar dalam filem ni adalah musuh yang Dom & the gang hadapi. Kalau sebelum ni musuh diorang lebih kepada jenayah & sindiket dadah, kali ni musuh diorang advance sikit, terlibat dalam serangan terhadap ketenteraan. Itu yang membuatkan filem ke-6 ni berbeza dengan previous filem. Bila ada kelainan, sudah tentu kita pun takkan merasa suatu 'kebiasaan' semasa menonton.



ACTION - Jangan cakap pasal aksi, a word can describe it, "Superb!!!". Kalau sebelum ni diorang buat aksi Car VS Fuel Tanker, Car VS Train, dan sebagainya, kali ni diorang buat kelainan dengan aksi Car VS Tank & Large Aircraft. Aku tak expect yang aksi filem ni sampai ke tahap tu... Memang serius kreatif & mantap!


Aksi man VS man pun best! Setiap geng hero & musuh tu ada ada rival masing-masing. Oh by the way, setiap aksi jangan ditiru di tempat anda ok. Aksi korang memang takkan masuk panggung, tapi jangan sampai la pulak 'aksi' tu masuk Buletin Utama sebagai ganti. Huhu... :p



HUMOR - Humor diselitkan dalam beberapa watak, especially si Roman (Tyrese Gibson), yang memanjang buat something yang 'bodoh'. Dia slumber jer... Dwayne 'The Rock' pula buat lawak dalam keseriusan. Dialog diorang memang kelakar. Haha~



SATISFACTION - Dah namanya pun cerita rekaan, of course la benda-benda yang "Tak mungkin ia berlaku di dunia sebenar" ada dalam filem. Cuma bila banyak perkara yang 'mudah dipersoalkan' atau 'very lucky' diwujudkan hanya demi untuk melicinkan jalan cerita, kita akan terdetik, "Eh, begitu je benda tu jadi?". Tu juga menyebabkan kita kurang 'melekat' to the whole story. Tapi bagi aku itu bukan masalah besar pun dalam melengkapkan suatu cerita. Plot tak tejejas & still best!



RATING - Aksi semestinya elemen penguat utama The Fast & The Furious series, termasuklah latest movie ni. Excited sepanjang tengok filem ni! Fans confirm akan terus melekat dengan film series ni & tertunggu-tunggu next movie. Kelajuan maksima diorang mampu mencecah 8/10 bintang. Superb!






Comments
3 Comments

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...