Sunday, October 22, 2017

Trip Kerja Luar (2014-2017): Part 3


Berkesinambungan dari entri Trip Kerja Luar (2014-2017): Part 1 dan Part 2, ni aku sambung cerita ke tempat yang jauh sikit, dan tempat-tempat yang mencabar cari makan.

Supplier bukan muslim, diorang tak tahu sangat apa yang muslim tak boleh makan. Restoran halal diorang tak tahu kat mana (itupun kalau ada halal restaurant). Lepas tu masa pun terhad nak cari tempat makan lagi. Agak-agak okay tu, kitorang masuk je.

*********************

KARUR, INDIA


Bila pergi India, mesti akan expect kawasan kau pergi tu kotor. Tapi expectation meleset bila sampai Karur. Daerah situ tahap kebersihannya boleh dikatakan okay. Sampah-sarap takde la berlonggok & tak terbendung macam kita tengok dalam media.

11-14 Mei 2015: First time sampai Karur. Memula rasa macam kat Malaysia pun ada. Karur ni pekan kecil sebenarnya, takda tempat nak jalan-jalan. Nasib baik 4 hari je, kalau lebih bakal aku mereput berkulat. 

30 Mei - 2 Jun 2016: Second time ke Karur. Sebenarnya antara benda paling mencabar kat situ adalah melintas jalan. Betul tak tipu. Seberang hotel ada kedai aiskrim Ibaco, nak makan aiskrim pastikan kau mampu merentas 'liku-liku' jalan.

Sesetengah orang sana berkaki ayam je, kat luar tak berselipar & dalam kedai pun ada. Perkara biasa la sana, diorang rasa lebih selesa kot. Cuma kalau nampak orang kencing di tempat yang tak berapa nak tertutup sangat tu kau tutup mata je la.

Bab makan, makan telur & sayur je. Ayam tak boleh la makan, bukan sembelih. Aku 'terpikat' dengan sesetengah manisan sana. Hehe... aku suka makan manis-manis ni.

30 Mei - 2 Jun 2016: Eh banyak pula gambar makanan, tadi cakap susah makan, lol. Carrot Halwa (warna oren) tu dah jadi feveret aku, mengena betul di tekak aku. By the way, sedap tau aiskrim Ibaco tu, banyak gila flavour, confuse nak pilih.

The Chennai Silks - Kedai kain & pakaian, especially kain saree. Dah alang-alang datang Karur, kedai ni pulak sebelah hotel je, memang borong la beli saree. Murah sangat! Belikan untuk mak, kakak, adik dan seangkatannya.

2 Jun 2016: Bergerak awal pagi ke Trichy Airport. Dekat 3 jam perjalanan dari Karur ke airport tu. Sepanjang jalan banyak jumpa kereta lembu. Slow sikit 'trafik' bila bertembung lembu. Moo moo...

*********************

QUANZHOU, CHINA

Kilang supplier kitorang kat Quanzhou terletak betul-betul dalam kotaraya. Nak ke Quanzhou, kena terbang dari KL ke Xiamen, lepas tu dalam 2 jam lebih perjalanan kereta ke Quanzhou.

Di Quanzhou & Xiamen ada ramai orang kaya. Bila sebut orang kaya China, maksudnya kaya sangat ok. Kedua-dua bandar ni terletak dalam Fujian Province, China. Kedua-dua adalah zon industri, maka ramai la businessman menetap situ.

5 - 7 Disember 2016: Quanzhou - Masa pergi ni, cuaca sana tak sejuk sangat. Biasa-biasa ja.

5 - 7 Disember 2016: Quanzhou ni pun kurang sesak. Kurang jammed la. Bangunan tinggi-tinggi & bergemerlapan waktu malam. Gambar bawah sekali tu adalah masjid, tapi tak sempat singgah. Tengok dari jauh je. 

6 Disember 2016: Makan seafoods je kat sana. Minta diorang masak jangan campur benda-benda lain, khuatir gitu. Ada juga makan seafoods yang tak masak, boleh la hadam tapi tak puas la, macam makan sushi. Itu salamander tak boleh makan ye. Kalau boleh pun, memang aku takkan makan.

6 Disember 2016: Bersama dengan businessman China.

7 Disember 2016: Awal pagi dah gerak ke Xiamen Airport.

Ada sikit cerita masa balik tu. Aku balik Malaysia sorang-sorang sebab colleague fly ke tempat lain. Driver teksi China yang aku naik tu tak faham & tak reti cakap English. Sepanjang perjalanan dari Quanzhou ke Xiamen dalam 2 jam lebih masing-masing senyap.

Dah masuk bandar Xiamen, jalan sedikit sesak. Sampai satu traffic light, tetiba driver tu panggil aku yang duduk kat belakang. Dia nak tanya flight aku pukul berapa tapi tak reti cakap. Jadi dia tunjuk jam tangan, pastu buat gaya burung (goyang dua-dua tangan, lol), pastu buat gaya tangan kanan ke atas (maksud terbang ke atas), dengan sound effect sekali. Adoi tergelak aku. Aku jawab la sambil tunjuk jari nak bagitau departure time.

Aku kena turun kat Terminal 3 (T3) Xiamen Airport. Staf hotel dah bagitau siap-siap kat driver teksi tu supaya hantar aku ke T3. Dah dekat airport, boleh pula driver tu masuk jalan ikut signboard T4. Tak keruan la aku, berdebar, mampus kalau salah terminal. Aku bagitau la dia kena pergi ke T3, tunjuk 3 jari. Entah dia fahamkah tidak, sebab dia kira balik pakai jari dia. Adoi haha...

Dan akhirnya jalan yang dia ikut tu tembus ke T3 jugak. Lega aku bila nampak signboard T3. Pengajarannya, jangan pandang rendah pada driver teksi, diorang tahu nak ke mana! :)


*********************

HO CHI MINH, VIETNAM

Ni last oversea business trip aku sebelum gua said bye bye to employer! Awal tahun baru 2017 masa tu, maka terang-benderang la bandar Ho Chi Minh.

9 Januari 2017: Bandar Ho Chi Minh - Cantik suasana masa tu.

Supplier kitorang tu adalah company Jepun, maka ramai stafnya adalah Japanese. Aku dari Malaysia pun dengan manager Japanese. Sampai Ho Chi Minh dah petang, malam tu dinner dengan semua orang Jepun. Diorang sembang dalam Jepun, sekali-sekala cakap dengan aku. Awkward rasanya, banyak masa aku duduk diam.

9 Januari 2017: Cantik konsep restoran.

9 Januari 2017: Design lampu menarik.

9 Januari 2017: Nasi dalam lotus, tak silap nak bagi nasi tu wangi. Jadi vege aku masa ni.

Lepas dinner, suppliers bawa kitorang tengok night market. Alaa market yang ramai orang kita beli tudung Nealofa & jual kat Malaysia. Waktu tu pun ramai Malaysian tengah cari tudung. Aku perhatikan je gelagat diorang. Tapi betul la murah tudung kat sana.

9 Januari 2017: Night Market - Aku pun beli la beberapa tudung untuk family. Aku pilih ja ikut suka hati.

*********************

Berakhirlah trip kerja luar aku ke tempat asing. Walaupun kebanyakan trip sekejap-sekejap, tapi sedikit-sebanyak banyak budaya dan cara hidup orang lain yang boleh dipelajari dan difahami (ayat karangan SPM gitu).

Okay la, thanks sudi singgah sini.



Wednesday, September 6, 2017

Trip Kerja Luar (2014-2017): Part 2


Berkesinambungan dari entri sebelum ni, Trip Kerja Luar (2014-2017): Part 1, outstation department aku dulu banyak ke negara jiran, Indonesia. Selain Jakarta & Solo, ada juga beberapa kali aku pijak kaki ke Semarang & Salatiga.

*********************

SALATIGA & SEMARANG, INDONESIA

Kilang-kilang supplier kitorang kat Salatiga, tapi dari KL kena turun kat airport Semarang. Kekadang turun kat airport Solo (Surakarta). Salatiga ni terletak di tengah antara Semarang & Solo. Lebih kurang 2 jam perjalanan ke Salatiga dari mana-mana airport.

Salatiga ni kawasan yang cool & relax, pekan kecil begitu. Disebabkan ia terletak kat kaki gunung, so pemandangan memang cantik, hijau, berbukit & bergunung.

21 Jun 2016: Dalam perjalanan dari Semarang ke Salatiga.
Aku: "Itu gunung apa ya?"
Driver: "Oh, itu namanya Gunung Ungaran..... TAPI sudah nggak aktif."
Terkedu & seram aku dengar perkataan 'Aktif' tu. Expect jawapan nama gunung ja, lol.


Salatiga.
Kalau la bukan kerja, boleh ambil gambar banyak & cantik. Tapi sebab kerja, snap dari kereta, view terhad, dapat hasil macam ni la, kurang memuaskan hati sendiri.


Sedikit menggusarkan jiwa waktu pergi Salatiga hujung bulan Ramadhan tahun 2016. Orang Indonesia balik kampung nak raya jugak, jadi melambung naik la harga tiket flight dari KL ke Semarang. Flight KL-Semarang pun bukan setiap hari ada.

Dipendekkan cerita, kena la ambil flight KL-Jakarta-Semarang. Dua kali terbang. Sabarlah, dugaan berpuasa masa tu. Waktu pergi 20-21/06/2016, tak risau sebab beza hari nak balik kampung jauh lagi.

20 Jun 2016: 4 jam menunggu second flight Jakarta-Semarang. Lepak kat restoran memang tak la, tengah puasa kan.

Then 28-29/06/2016 kena pergi kilang lain pulak kat Salatiga juga (nak tolak jangan harap sebab bukan aku yang boss kan hihi). Ni lebih merisaukan sebab flight aku pulang Sabah 01/07/2016. Beza 2 hari ja. Kalau tetiba nak return KL ada problem, hah habis, beraya la aku di Indonesia...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hehe...


20 Jun & 28 Jun 2016: Menginap kat Semarang. Baring menunggu waktu berbuka tu.

*********************

Jom beranjak ke setahun sebelum pula, 2015. Cerita beralih ke bahagian atas Asia Tenggara.


PHNOM PENH, CAMBODIA

Cambodia adalah negara 'mahal' sebab pakai USD, duit diorang tak laku sangat. Jadi kalau minum air kosong pun 1 USD paling murah, mahal ker tidak tu? Cari makan sangat susah. Lunch kat kilang makan KFC je sebab tu yang tahu halal & senang factory tolong belikan.

11 Jun 2015: Naik tuk-tuk cari dinner. Mencabar sebab susah communicate. Pastu balik hotel, tuk-tuk tak tahu pula hotel kat mana. Pusing-pusing, siap ikut jalan belakang, gelap. Takut kot!


Pernah sempat singgah Central Market Phnom Penh, lepas habis kerja. Pasar tu besar dan banyak jual pakaian. Round neck T-shirt sangat murah, jual 2 USD sehelai, 100% cotton lagi.

12 Jun 2015: Beli beberapa t-shirt masa tu. Buah hitam tu tak tau apa, try pun tak berani.


Apa yang dahsyat kat Cambodia adalah traffic condition. Fuuh... no rules applied! Jangan heran kalau kau bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan, itu perkara biasa terutama peak hour. Tapi so far aku tak nampak la accident.

Senang cakap, selagi ada ruang kosong, kau masuk je la walaupun jalan tu lawan arus. Alaa driver yang bawa kitorang pun drive lawan arus. Nasib baik jantung kami tak gugur.

8 Disember 2015: Macam ni la keadaannya lawan arus. 'Samseng' driver yang bawa kitorang ni. Ni jalan kampung, ok sikit. Kat jalan bandar lagi teruk lawan arus, tak sempat pula aku ambil gambar.

Bye bye Phnom Penh~ Nampak lapang tengok dari atas.

*********************

Okay akan ada sambungan bergantung kepada tahap kerajinan.
Thanks singgah sini.




Monday, September 4, 2017

Trip Kerja Luar (2014-2017): Part 1


Kerja duduk office lama menyakitkan bontot & menepukan otak. Bila kerja ke luar dapatlah chance relakskan minda walaupun penatkan sikit badan, yang penting mata tak menghadap sangat skrin lappy...eh laptop.

Outstation dulu selalu gerak awal pagi; pukul 3-4 pagi kena bangun, pastu drive sendiri ke airport (untuk kes short trip 2 hari je), cari parking, check-in, berjalan ke depature hall & berbaris nak masuk flight. Dah duduk dalam kapal, relaks tu start mari. Kau sambung la tidur (walaupun selalunya tak dapat tidur).

Sampai destinasi, supplier datang pick up bawa pergi kilang. Dalam perjalanan best jugak, boleh cuci mata especially kat tempat baru. Tengok pemandangan luar atau memerhati budaya & kehidupan orang negara lain.


Kilang orang tak buat dekat dengan bandar, kebanyakan jauh dari bandar utama & jauh jugalah dari airport. Jadi dapatlah tengok keadaan celah-celah kampung atau pekan situ. Kalau dekat, 40 minit hingga 1 jam dari airport. Kalau jauh, 2 hingga 4 jam dari airport! Dah habis termenung, menghayal & mengenang nasib diri sambil merenung ke luar pun masih tak sampai.

*********************

Outstation ni atas kerja audit ataupun items inspection kat textile factories. Since Malaysia terhad untuk produk tekstil dari banyak segi, jadi negara-negara seperti Indonesia, Cambodia, Vietnam dan lain-lainlah yang jadi pilihan.

Dari check measurement & buat inspection kat t-shirt, business shirt, sampai la ke sports bra & panties! Ahakz.. jangan terkejut, awal-awal awkward, lama-lama tu biasa dah ler...


*********************

JAKARTA, INDONESIA

First business trip aku ke negara luar adalah Jakarta. Excited masa tu sebab tak pernah tengok Jakarta. Yang aku tahu Jakarta tu bandar sesak gila & ternyata memang macet bangat!!! Supplier kitorang pula jenis sangat friendly, puas dengar cerita pasal isu-isu dalaman Jakarta & Indonesia keseluruhannya.

29 Oktober 2014: First trip ke Jakarta. First time jugak makan itik a.k.a. bebek!

21 Mei 2015, 8 pagi: Penerbangan dari KL ke Jakarta. Cantik sangat view awan masa tu.

2 Oktober 2015: Dinner kat Saoenk Kito, walking distance je dari hotel. Sedap juga makanan situ. Konsep kedai makan Indonesia, disediakan banyak ruang duduk bersila. Eh baru perasan di belakang aku ada penampakan la...

2 Oktober 2015: Batik in the making. Ada demo waktu kitorang melawat kawasan.

*********************

SOLO, INDONESIA

Solo adalah tempat yang tenang & peaceful sikit. Kawasan Solo pun cantik sebenarnya, boleh cakap sedap mata memandang la.

29-30 September 2015: Solo, Indonesia.

Ada 2 cerita waktu pertama kali ke Solo (hujung September 2015).


Cerita #1:

Dalam flight dari KL ke Solo, sebelah aku duduk perempuan Indonesia. Ni cerita dah terbang atas dah. Dia senyum, aku senyum. Dia tanya aku orang Indonesia-kah? Aku jawablah bukan. Lepas tu ada la sikit conversation. 

Pastu memasing buat hal sendiri. Aku keluarkan handphone & earphone, nak dengar lagu. Baru nak hidupkan handphone & set flight mode, terus laju dia tegur aku. "Tidak boleh buka telefon!", sambil besarkan mata. Dia punya reaksi tegur aku, macam aku ni nak hidupkan bom, serius! Kalau 10 tahun lepas, relevan la sikit teguran kau tu.

Aku cakap la yang aku set ke flight mode, uish tak paham bahasa dia. Dia main isyarat tangan pulak, melambai tangan tanda 'No', lepas tu tunjuk ke arah stewardess, konon macam nak report kat stewardess la aku nak pakai phone. Whatdaa~

Aku pun malas layan, aku try la tidur.....tapi tak dapat!

Last last aku pergi toilet, hidupkan phone, cucuk earphone, masukkan phone dalam poket, sembunyikan wayar earphone dalam baju, then duduk balik dengar lagu. Earphone kat telinga aku cover supaya perempuan zaman batu tu tak nampak. Berusaha betul aku nak dengar lagu, kan.

Sampailah mendarat, memang tak tegur dah perempuan tu.


Cerita #2:

Kenal kan biskut Gery bersalut cheese tu? Ni nak cerita sikit (walaupun cerita tak menarik). Setiap kali ke Indonesia, wajib aku beli banyak biskut bawa balik Malaysia. Biskut sana banyak jenis, murah dan sedap! Ya, aku suka makan biskut.

Waktu ke Solo tu, aku masuk satu supermarket. Bertingkat-tingkat dekat cashier counter timbunan biskut Gery cheese & Gery chocolate. Masa tu baru keluar pasaran & dalam fasa promosi.

Aku makan, sedapnya tu terus naik melekat sampai otak! Apa lagi, aku beli la banyak. Murah lagi masa tu, tak sampai RM2 per pek. Sampai Malaysia, bagi family & kawan makan, semua cakap sedap, macam ketagih pun ada.



Selalulah aku beli, sampailah satu masa bila pergi Indonesia, biskut Gery cheese tu selalu sold out kat beberapa supermarket (biar betul orang Indonesia ni?), yang tinggal chocolate ja. Cari-cari, jumpa juga kat store kecil (Alfamart & Indomaret), tu pun tinggal beberapa pek. Huhu...

Dalam pertengahan 2016 barulah biskut tu viral (especially kat Sabah) & start 'merebak' dalam Malaysia. Tapi time tu aku dah tak mencari la, deria rasa aku pun pandai boring jugak kalau dah selalu telan. Patut 2015 tu aku beli berkotak-kotak jual dalam Malaysia, boleh jadi jutawan! lol

Motif cerita, saja nak bagitau yang aku makan dulu biskut tu baru korang berebut bwahaha... *pang!!!* aduh, siapa lempang dari belakang ni?


Dinner kat Solo. Niagara Sushi memang terbaik!

*********************

Okay nanti sambung cerita lagi, ciao!





Tuesday, June 13, 2017

Sewa, Accident & Takut Menyelubungi


19 April 2017

Kereta Axia disewa oleh regular customer. 'Special' sikit customer ni, aku suspek dia pakai kereta buat Grab since sewaan sebelum ni lagi, sebab mileage naik baaanyak. Cuma aku malas nak tanya lebih, yang penting duit sewa dibayar.

Dijadikan cerita, petang 19hb tu dapat whatsapp & call dari penyewa yang kereta kena langgar dari belakang, kat tol KLIA. Dia nak ke KLIA hantar pak cik dia, katanya laa. Tiga kereta terlibat accident.


Kereta Axia aku tu paling depan. Bonet & bumper belakang kemek, lampu kiri belakang pecah sikit, dan no. plat pecah. Kes senang la untuk aku, buat police report then repair pakai insurance kereta yang bersalah, iaitu kereta paling belakang. Apa punca sebenarnya accident berlaku, aku tak tau sangat. Mungkin main handphone masa que kat tol, entah.

Apapun itu bukan main story di sini.

Accident berlaku lebih kurang pukul 4.10 petang. Aku cakap kepada penyewa, "Ok abang datang ambil saya dulu kat Petaling, pastu kita pegi buat police report sama-sama." Report kena buat kat IPD Sepang. Dia jawab, "Okay okay nanti saya datang!".

Aku bajet dalam pukul 5 petang tu dah sampai tempat aku la. Tapi ternyata menguji kesabaran. 

Kereta tu ada GPS Tracker, dah pasang, jadi boleh la detect kereta ada kat mana. Pakai handphone app je. Fuh panas hati bila check boleh pula dia berlegar-legar kat area bandar KL. Beberapa kali aku 'track' dia, tak nampak pun nak menuju ke tempat aku. Bila aku mesej tanya kat mana, jawapan tak sama dengan exact location. Mesti tengah ber-Grab lagi la tu dengan bonet belakang kereta yang kemek. Huhu sabar ja la...

GPS Tracker app. Senang nak track lokasi kereta.

Dalam pukul 6.30 petang camtu akhirnya sampai tempat aku. Alasan beribu tapi aku pekak kan la telinga. 

Petang tu hujan, peak hour sebab orang balik kerja lagi, nak ke Sepang pulak, for sure la lebih sejam baru sampai ke IPD Sepang. Dalam perjalanan tu aku tanya dia buat Grab ke? Mengaku jugak la, dia buat Grab Hitch. *sigh*

Okay yang next ni aku rasa lawak sendiri.

Kitorang ikut pintasan Dengkil nak ke IPD Sepang. Dia yang drive & bukak Waze sebab nak tengok jalan mana yang cepat & kurang jammed.

Alkisahnya dari jalan besar, Waze bawa masuk pula ke jalan kawasan kampung Dengkil & ladang kelapa sawit. Mula-mula tu aku okay la tapi bila makin masuk ke jalan yang sempit & sunyi, hati dah tak sedap.

Bayangkan waktu tu dah maghrib, hujan sederhana lebat, lalu kawasan kelapa sawit yang laluan jalannya muat satu kereta je, jalan bersimpang siur, gelap & jauh macam takda jalan keluar. Bersama dengan orang, badan besar dari kau, yang kau tak kenal sangat. Baik, jahat kau tak tau.

Fuh macam-macam la aku fikir. "Ini kereta aku, tapi bukan aku yang drive, lagi masuk kawasan yang aku sendiri pun tak tau mana. Ni kalau dia buat jahat ni, memang senang je laa!".

"Perlukah aku buka handphone, record video senyap-senyap? Perlukah mesej family bagitau aku ada di mana sekarang? Perlukah ini, itu.....", ligat otak berfikir waktu tu. Haha... tu la, banyak sangat tengok movie!

gambar hiasan

Dah la dari kecik selalu dengar kes orang kena bunuh, kena buang, bla bla bla dalam kawasan kelapa sawit, lagi la buat aku meremang masa tu. Haha... rasa lawak tapi serius menakutkan. Dalam kereta masa tu aku banyak berdoa moga tiada benda buruk jadi. Tangan sentiasa standby nak unfasten seat belt! Kikiki...

Lebih kurang 15 minit jugak melalui ladang sawit tu, penat jantung aku bersenam. Bila dah lalu beberapa rumah kampung, baru aku lega sikit. Lepas keluar ke jalan besar, hilang rasa gusar gunda gulana semua tu. Lol. Fokus berbalik semula kepada buat police report!

Sampai pun akhirnya di IPD Sepang!

Alhamdulillah buat police report selesai dengan mudah sebab ketiga-tiga kereta yang accident kebetulan ada sekali dalam balai polis.

Kes repair kereta selepas tu pun senang sebab claim insurance kereta yang salah. Alhamdulillah kurang seminggu dah siap sebab rosak pun tak teruk.

Penyewa tu tanya, "Kereta dah siap repair ke? Nak sewa lagi". Aku dah tak layan lepas tu. Kenapa?

Di sini aku belajar, kena pilih customer yang berkualiti dalam bisnes kereta sewa. Dan harus tegas.

Pasal kereta accident aku tak kisah pun, bukan salah penyewa. Tapi bila penyewa tipu itu ini, minta selesaikan kes cepat tapi boleh ke sana sini lagi, dan bila last PAYMENT tak bayar habis sampai la kereta dipulangkan, "Okay that's it, tak boleh tolerate lagi."

Bagi betis, nak paha. Nanti dah dapat paha, takkan nak satu badan. Eh pelik maksudnya tu. Ok la baiii. Salam 1 Malaysia! #tetiba


Kalau korang mencari kereta sewa Axia atau Myvi kat area Lembah Klang, boleh rujuk FB link ni: https://web.facebook.com/mohezcrs/





Sunday, June 11, 2017

Mohez Car Rental Services (Kereta Sewa)


Salam hormat semua.

Jika korang nak cari kereta sewa jenis hatchback, Perodua Axia atau Perodua Myvi kat area Lembah Klang, boleh klik link di bawah ni untuk maklumat lanjut. Tolong LIKE page sekali ya. Thanks!

KLIK & LIKE SINI >>> Mohez Car Rental Services



Ini harga sewaan untuk rujukan korang.
Contact number di bawah untuk pertanyaan & booking.



Jangan risau, kereta yang disewakan sentiasa berada dalam keadaan baik & bersih!

Rent Them Fast!
Thanks! :)




Monday, May 1, 2017

Bahana Baca Lepas Tu Tonton

Lately ni tetiba aku pupuk minat membaca. Baca apa tu?

Comic !!

Baru nak puji kan, padahal bukan berilmiah pun. Ahakz...

Sepanjang aku bernyawa tak pernah baca komik omputeh. Manga Jepun ja aku layan. Jadi agak buang tabiat di situ bila tetiba baca komik Marvel.



Waktu nonton Guardian of the Galaxy Vol. 2, aku cuba recall kisah dalam first movie. Recall punya recall, terselit masuk pula cerita versi komik dalam kepala aku. Universe dalam komik yang lagi luasss mengganggu memori aku. Dah aku serabut. Tak pasal-pasal. Lol.

Review sikit, filem GotG Vol. 2 tak sehebat filem pertama. Cliche sikit la plot cerita dia. Hubungan kekeluargaan dititkberatkan tapi feeling-nya agak kurang kepada penonton. Apapun, cerita tak boring sebab macam biasa, action, humor & lagu-lagu diorang best! Rating aku bagi 7/10.

**********

Oh Marvel comic!

Nasib baik la aku HANYA layan manga je dulu.

Dan nasib baiklah aku DAH TENGOK berdozen Marvel movies baru baca komik.

Kenapa?


No offense to die-hard fans komik Marvel ya, tapi baca komik Marvel memang sangat memeningkan. Watak superhero tersangaaattlaaah banyak (big universe la katakan) & memanjang ada crossover antara komik ni dengan komik tu. Kalau movies pun dah berkait sana-sini, apatah lagi komik asal, kan?

Korang yang otai komik Marvel tak rasa serabut la kot. Tapi untuk newbie macam aku, seolah-olah baca buku rujukan Genetics, macam zaman study dulu. Sulit & sukar.

Berbeza dengan manga. Satu manga, satu cerita, no canon crossover antara comics walaupun di bawah publisher yang sama. Aku prefer konsep macam ni. Jadi rasanya aku di landasan yang betul sejak kecil lagi. Muahaha~

Bukan nak condemn Marvel sebab aku pun dah layan komik diorang jugak (a few la aku layan). Aku cuma kurang berkenan part crossover sana sini tu, putus neuron-neuron otakku. Mungkin marketing strategy, supaya orang baca semua komik.

Erk apapun, last-last aku sangkut jugak dengan Marvel comics bawah ni!


#1 - Civil War II
Perbalahan antara 2 factions; satu diketuai oleh Iron Man dan satu lagi diketuai Captain Marvel.

#2 - Captain America: Steve Rogers
Sejarah Capt. America diubah oleh satu cosmic cube membuatkan dia percaya dia sebenarnya adalah Agent Hydra selama ni. Steve Rogers buat planning jahat dia memang terbaik!

#3 - Guardians of the Galaxy (2015)
Ni cerita pasal Star-Lord, Gamora, Rocket, Drax, Groot dan ada member lain yang rasanya takkan wujud dalam Marvel movie - Kitty Pryde (X-Men), Grimm (Fantastic 4), Venom (nemesis of Spider-Man) & Angela (Thor's sister). Cerita ni baru tamat bulan lepas.

#4 - The Unworthy Thor
Thor Odinson dah tak layak pegang tukulnya, jadi dia cari tukul lain. Tukul dia sebelum tu dah pergi kepada Jane Foster, awek dia. Thor sekarang perempuan kalau korang tak tau. Lepas ni akan ada Thor ke-3. Ok that's it, seluruh citer Thor malas aku nak follow dah. Haha~

#5 - Spider-Man (2016)
Ini bukan Spider-Man versi Peter Parker ya. Sekarang orang labah-labah banyak dalam komik. Ini Spider-Man versi Miles Morales. Miles ni black, dan komik ni best!

#6 - Secret Empire
Ini baru sangat, Chapter 1 pun tak release lagi. Baru ada Chapter 0. Komik ni berkesinambungan daripada Civil War II dan Captain America: Steve Rogers. Main villain adalah Steve Rogers. Smart & cool bila dia jadi Agent Hydra! Tak sabar~


Lepas ni akan berbisiklah hati bila tengok movie, "Eh tak sama la dengan komik."
Haha... ok ciao!



Saturday, January 7, 2017

Ekonomi China Sekarang


Waktu pergi ke Quanzhou, China hari tu, sempat berborak dengan supplier kitorang. Factory ni buat innerwear, top & bottom. Jangan tanya aku buat inspection barang apa ok. lol

Dah berborak tu, aku berminat nak tanya businessman China sendiri tentang keadaan ekonomi China sekarang ni. Aku bukanlah tahu sangat bab-bab ekonomi tapi adalah ambik tau sikit-sikit, kekadang tu rajin aku baca la magazine ekonomi atau investment & bajet la macam mengerti seluruh isi. Haha... 

China sangat berpengaruh dari segi ekonomi. Perubahan ekonomi China akan merubah keadaan ekonomi serantau termasuklah Malaysia, samada langsung atau tak. Jadi kita kenalah ambil tahu juga kan...

Media massa sentiasa menyentuh cerita ekonomi China tapi tak semua cukup transparent & boleh dipercayai sepenuhnya. Sesetengah media suka fokus kisah negatif, takut-takutkan public, dan buat assumption yang berlebihan. That's why aku suka nak dengar cerita daripada orang yang sememangnya berada dalam keadaan tu, lagi jelas pengetahuan diperoleh.

Quanzhou, China (06/12/2016)

Di bawah ni adalah sharing from the supplier (5 Disember 2016) :

China ditadbir oleh Communist Party of China, yang memegang kuasa mutlak. Oleh sebab tu, proses membuat keputusan dalam hal-hal negara agak cepat tanpa ada banyak proses perbahasan, birokrasi, bantahan setuju atau tak. Communist Party is the sole governing party, jadi dia kata buat begini, terus la buat begitu.

Tu salah satu sebab kenapa China cepat membangun dari segi ekonomi, pentadbiran by sole party membolehkan banyak benda berjalan dengan cepat dan lancar.

Menurut supplier tu, ekonomi China sekarang agak teruk, apatah lagi businessman macam diorang ni yang ada kilang sendiri, lagi terasa kesannya. Apa yang dapat ku 'terjemahkan' daripada dia adalah China's economy sekarang agak slow sedikit, tak serancak seperti previous years, dan usaha pentadbir China untuk menaikkan semula ekonomi masih belum jelas hasilnya.


Berikut apa yang dia share lagi:

TAK BERAPA DULU

1- Kerajaan China sebelum ni fokus kepada 3 kategori untuk bangunkan ekonomi China, tu yang ekonomi diorang naik cepat previous years:
 a) Housing. Populasi tinggi. Dibuatnya la banyak rumah, apartment pun tinggi-tinggi.
 b) Public needs seperti jalan raya, highway, railway station, etc.
 c) Export. Kerajaan galakkan kilang-kilang untuk eksport barang ke luar negara.

2- Usaha-usaha tu berjaya dan ekonomi China naik pesat. Di samping tu, projek-projek buat rumah, highway semua tu meningkatkan sumber pendapatan negara jugak. Banyak projek, banyak income of conractors, banyak la pendapatan negara.

3- Maka pelbagai kemajuan wujud di China. Kat Xiamen & Quanzhou tu pun bangunan tinggi & cantik. Kata Mr. Tony, ramai orang kaya menetap kat Xiamen & Quanzhou. Kenapa?
 a) Quanzhou is industrial area, banyak kilang dibuka situ. Jadi, ramai businessman yang menetap situ.
 b) Xiamen adalah pulau, antara tempat yang naik membangun. Xiamen adalah industrial zone, turut famous dengan financial services & foreign investment, Xiamen pun adalah zon eksport, jadi kat sini ada pelabuhan yang besar.


SEKARANG

4- Ekonomi China sekarang slow down sebab sekarang ni rumah dah banyak, ramai orang dah ada rumah, so demand berkurang, takkan nak tambah rumah lagi kan. Kemudahan awam pun dah banyak siap, so projek-projek pun berkurang. Kegiatan eksport masih support negara lagi tapi tak semantap dulu.

5- Kerajaan China perlu ikhtiarkan sesuatu. Antara target sekarang adalah nak galakkan rakyat mengambil life insurance demi untuk majukan ekonomi negara. Macam mana tu?

6- Rakyat China ni kaya, banyak duit, tapi dari zaman dulu, culture diorang ni suka simpan duit. Dapat duit income, semua disimpan untuk hari tua, untuk keluarga. Takut nanti bila jadi apa-apa kat diorang, duit simpanan ada untuk support. Disebabkan tu, ramai diorang ni tak belanjakan sangat duit. Bila wang semua simpan, dah macam mana duit nak rolling dalam negara kan. Bayangkan apa jadi kalau 1 billion orang tak spend their money?

7- Awareness tentang life insurance masih kurang kat China. Kerajaan nak galakkan rakyatnya yang takut nak belanja duit tu untuk ambil life protection plan instead of simpan duit semata. Bila diri dah protected, diorang akan ada keyakinan untuk spend their money.

8- Bila ramai rakyat berani untuk spend duit, beli barang & servis dalam negara, then pendapatan negara akan meningkat & seterusnya ekonomi akan naik seiring. Jadi itu antara usaha kerajaan China naikkan semula ekonomi diorang sekarang. #ayatberitasangat

********************

Apapun, itu adalah random talk between us okay, jangan ambil sebagai official pulak. Sekadar aku ingin tahu dan dapatkan info semasa. Sahih sepenuhnya atau tak, hanya dia dan Tuhan je yang tahu. lol :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...