Wednesday, September 6, 2017

Trip Kerja Luar (2014-2017): Part 2


Berkesinambungan dari entri sebelum ni, Trip Kerja Luar (2014-2017): Part 1, outstation department aku dulu banyak ke negara jiran, Indonesia. Selain Jakarta & Solo, ada juga beberapa kali aku pijak kaki ke Semarang & Salatiga.

*********************

SALATIGA & SEMARANG, INDONESIA

Kilang-kilang supplier kitorang kat Salatiga, tapi dari KL kena turun kat airport Semarang. Kekadang turun kat airport Solo (Surakarta). Salatiga ni terletak di tengah antara Semarang & Solo. Lebih kurang 2 jam perjalanan ke Salatiga dari mana-mana airport.

Salatiga ni kawasan yang cool & relax, pekan kecil begitu. Disebabkan ia terletak kat kaki gunung, so pemandangan memang cantik, hijau, berbukit & bergunung.

21 Jun 2016: Dalam perjalanan dari Semarang ke Salatiga.
Aku: "Itu gunung apa ya?"
Driver: "Oh, itu namanya Gunung Ungaran..... TAPI sudah nggak aktif."
Terkedu & seram aku dengar perkataan 'Aktif' tu. Expect jawapan nama gunung ja, lol.


Salatiga.
Kalau la bukan kerja, boleh ambil gambar banyak & cantik. Tapi sebab kerja, snap dari kereta, view terhad, dapat hasil macam ni la, kurang memuaskan hati sendiri.


Sedikit menggusarkan jiwa waktu pergi Salatiga hujung bulan Ramadhan tahun 2016. Orang Indonesia balik kampung nak raya jugak, jadi melambung naik la harga tiket flight dari KL ke Semarang. Flight KL-Semarang pun bukan setiap hari ada.

Dipendekkan cerita, kena la ambil flight KL-Jakarta-Semarang. Dua kali terbang. Sabarlah, dugaan berpuasa masa tu. Waktu pergi 20-21/06/2016, tak risau sebab beza hari nak balik kampung jauh lagi.

20 Jun 2016: 4 jam menunggu second flight Jakarta-Semarang. Lepak kat restoran memang tak la, tengah puasa kan.

Then 28-29/06/2016 kena pergi kilang lain pulak kat Salatiga juga (nak tolak jangan harap sebab bukan aku yang boss kan hihi). Ni lebih merisaukan sebab flight aku pulang Sabah 01/07/2016. Beza 2 hari ja. Kalau tetiba nak return KL ada problem, hah habis, beraya la aku di Indonesia...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hehe...


20 Jun & 28 Jun 2016: Menginap kat Semarang. Baring menunggu waktu berbuka tu.

*********************

Jom beranjak ke setahun sebelum pula, 2015. Cerita beralih ke bahagian atas Asia Tenggara.


PHNOM PENH, CAMBODIA

Cambodia adalah negara 'mahal' sebab pakai USD, duit diorang tak laku sangat. Jadi kalau minum air kosong pun 1 USD paling murah, mahal ker tidak tu? Cari makan sangat susah. Lunch kat kilang makan KFC je sebab tu yang tahu halal & senang factory tolong belikan.

11 Jun 2015: Naik tuk-tuk cari dinner. Mencabar sebab susah communicate. Pastu balik hotel, tuk-tuk tak tahu pula hotel kat mana. Pusing-pusing, siap ikut jalan belakang, gelap. Takut kot!


Pernah sempat singgah Central Market Phnom Penh, lepas habis kerja. Pasar tu besar dan banyak jual pakaian. Round neck T-shirt sangat murah, jual 2 USD sehelai, 100% cotton lagi.

12 Jun 2015: Beli beberapa t-shirt masa tu. Buah hitam tu tak tau apa, try pun tak berani.


Apa yang dahsyat kat Cambodia adalah traffic condition. Fuuh... no rules applied! Jangan heran kalau kau bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan, itu perkara biasa terutama peak hour. Tapi so far aku tak nampak la accident.

Senang cakap, selagi ada ruang kosong, kau masuk je la walaupun jalan tu lawan arus. Alaa driver yang bawa kitorang pun drive lawan arus. Nasib baik jantung kami tak gugur.

8 Disember 2015: Macam ni la keadaannya lawan arus. 'Samseng' driver yang bawa kitorang ni. Ni jalan kampung, ok sikit. Kat jalan bandar lagi teruk lawan arus, tak sempat pula aku ambil gambar.

Bye bye Phnom Penh~ Nampak lapang tengok dari atas.

*********************

Okay akan ada sambungan bergantung kepada tahap kerajinan.
Thanks singgah sini.




Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...