Klik Untuk Tawaran Hebat!

Saturday, March 29, 2014

Captain America: The Winter Soldier [2014]


Selepas Marvel superhero bersatu dalam cerita The Avengers [2012], setiap superhero masing-masing muncul dengan cerita sendiri sebelum diorang bersatu semula dalam The Avengers: Age of Ultron [2015]

Kita dah tengok Iron Man menentang organisasi terrorist, AIM (Advanced Idea Mechanics) dalam Iron Man 3 [2013]. Then, Thor pula muncul menentang Dark Elf Malekith dan tenteranya dalam filem Thor: The Dark World [2013]. Kali ni, kita bagi chance pula untuk Captain America beraksi. Filem Captain America: The Winter Soldier sememangnya antara filem yang ditunggu-tunggu tahun ni.


Selepas peristiwa dalam cerita The Avengers (2012), Steve Rogers aka Captain America (Chris Evans) menetap di Washington dan terus bekerja sebagai agen SHIELD. Tapi Steve masih terasa sukar untuk membiasakan diri hidup dalam masyarakat moden.


Suatu hari selepas jumpa dan berkenalan dengan Sam Wilson aka Falcon (Anthony Mackie), seorang veteran perang dan kaunselor PTSD waktu jogging pagi, Steve dipanggil untuk misi menyelamatkan kapal SHIELD yang ditawan oleh lanun Algeria, bersama dengan Natasha Romanoff aka Black Widow (Scarlett Johansson).


Namun misi tersebut berakhir dengan goyahnya kepercayaan Steve terhadap SHIELD apabila mendapat tahu misi sebenar Natasha atas arahan Nick Fury (Samuel L. Jackson) adalah berlainan dengan arahan asal yang diberikan kepada Steve.


Kemudian, kemunculan seorang assassin misteri, Winter Soldier (Sebastian Stan) yang cuba membunuh Nick Fury mula menimbulkan persoalan kepada Steve tentang siapa dan apa tujuan musuh tu.


Persoalan semakin memuncak apabila senior leader SHIELD, Alexander Pierce (Robert Redford) telah menjadikan Steve sebagai buruan organisasi tersebut atas sebab yang tak berapa jelas. Konflik dalaman SHIELD yang tetiba terjadi ni menyebabkan Steve tak percaya kat sesiapa.


So, apa yang berlaku dalam organisasi SHIELD sebenarnya? Camner pula nasib Steve setelah menjadi buruan SHIELD? Siapakah Winter Soldier tersebut? Jom layan kat pawagam!


Unexpected story! Aku tak jangka yang second film ni sangat best! Better than expected. Aku bukan cakap sebab aku minat Captain America since the first film, tapi cerita ni memang punya plot yang baik. Berkesinambungan daripada filem pertama tapi konflik pada skala yang lagi besar. Sangkut paut dengan filem pertama disusun dengan teratur untuk memberi lebih impak kepada apa yang berlaku dalam filem kedua ni.


Apa yang best-nya, Captain America berhadapan dengan musuh yang tak dijangka. Siapa sangka SHIELD sebagai organisasi yang sepatutnya memberi perlindungan telah bertindak sebaliknya. Persoalan kenapa organisasi ni bertindak sebaliknya, itu korang kena tengok sendiri ok. Steve yang tetiba menjadi buruan terpaksa berhadapan dengan SHIELD dalam keadaan yang tak fully prepared. Idea ni telah menjadikan cerita ni diisi dengan saspen yang berkesan.


Dari segi aksi, kalau Iron Man mengutamakan kuasa teknologi dan Thor pula mengutamakan kuasa magis, filem ni lebih mengutamakan hand-to-hand combat, which is serius terbaik dan realistik! Tumbuk, tendang, sepak, terajang dengan skil dan teknik yang stylo. Memang mantap la fighting action dalam cerita ni!



Driving action pun best sebab adegan kejar-mengejar dengan kereta tak banyak menggunakan superficial technology. Aksi ala-ala old-school gituu. Hehe... Ada juga aksi menentang jet pejuang, yang ni pun smart! Excited masa tengok tau!



Nilai persahabatan dalam cerita ni cukup beremosi dan mendalam. Berjaya bagi feel kepada yang menonton, rasa touching pun ada jugak. Tetiba pula nak touching kan...Haha~ Plot yang menyentuh persahabatan dan kesetiaan ni menambah perisa lagi terhadap misteri dalam cerita. Good!



Filem kedua ni lebih baik daripada filem pertama, dari segi banyak aspek. Aku sure kekuatan cerita ni mampu menambah lagi bilangan peminat superhero dengan perisai kebal ni. Aku bagi 9/10 bintang. Amazing!









Comments
8 Comments

8 comments:

  1. Memang dah lama tunggu cerita ni... Tp x sempat nak pergi tengok lagi...
    Tiket asyik sold out jer... Hehehe...

    *Menabung INTI

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe slow2... biasa la tu, citer2 best mcm ni mesti cpat sold out on d 1st week tyangan... usaha tangga kejayaan... hehe ~

      Delete
  2. tgk dh, mmg unexpected sbb winter soldier tu Bucky then mesti ada sambungan sbb nak cari Bucky...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap sambungan citer ni best mcm yg ni jugak...

      Delete
  3. Salam.
    Memang best Captain America kali ni. Nak pula dapat tengok 3D hari tu. Hehe.

    Tapi mana agen2 Shield yang lain macam HawkEye? Kalau dia ada lagi style. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... kalo jenis budak kacamata mcm aku ni x selesa sgt tgok 3D...haha

      agent2 shield yg lain ade misi lain kot masa tu...haha... maybe, kalo ramai sgt wtak superhero, lg susa nti nk atur story... kita tunggu time Avengers 2 next year~

      Delete
  4. bila ntah nak g tengok citer ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu