Spider-Man kembali membuat sarang di seluruh dunia. Tapi lupakan Spider-Man yang lama & fokus kepada hero Spidey yang baru. Mesti korang dah tahu yang filem The Amazing Spider-Man ni bukan sambungan kepada trilogi Spider-Man sebelum ni, ianya adalah reboot dengan jalan cerita yang berlainan.
Agak menyedihkan jugak sebab aku memang minat gila-gila dengan Spider-Man lama tu, serius minat. Yalah, Spider-Man "Tobey Maguire" franchise tu memang best & dah famous habis, pastu tetiba stop & ganti dengan cerita baru. Mungkin ramai peminat Spider-Man "Tobey" kecewa (termasuk aku) & expect yang filem baru ni tak sehebat yang lama. Tapi after dah tonton, kekecewaan aku dah kurang sebab the new Spidey ni memang ada style tersendiri!
Ceritanya camni, Peter Parker ditinggalkan oleh mak ayahnya kepada Uncle Ben & Aunt May masa dia kecik. Ayah dia seorang saintis & parents dia pergi dengan meninggalkan satu misteri kepada Peter. Lepas tu, Peter yang dah membesar remaja (dia memang nerdy time ni) telah menjumpai beberapa dokumen ayahnya, yang mendedahkan kajian ayah dia dengan seorang saintis lain, iaitu Dr. Curt Connors.
Peter try untuk bertemu Dr. Connors kat Oscorp & time inilah dia menyelinap masuk ke sebuah lab yang menempatkan banyak genetically-modified spiders. Salah satu spider telah bite Peter and then, dia pun dapat abiliti super-spider. Di sekolah, nasib Peter turut berubah lepas tu. Pembuli Peter, iaitu Flash Thompson dah tak berani kacau dia & Peter pula makin dekat dengan Gwen Stacy, gadis idamannya.
Konflik utama mula berkembang apabila Peter memberikan Dr. Connors formula "decay rate algorithm" yang ditemui dalam fail ayah dia. Melalui eksperimen, Dr. Connors tanpa niat telah berubah menjadi Lizard yang ganas & yang paling teruk, dia ada tujuan besar untuk dunia. So, Spider-Man harus berhempas-pulas menghalang Lizard & pada masa yang sama, harus menjaga hubungannya dengan Gwen Stacy.
Aku puas hati dengan filem Spider-Man ni, memang ada kelainan & cara yang tersendiri. Walaupun plot berkembang agak slow sikit (maybe sebab pengenalan untuk the new Spidey), tapi perkembangan plot cerita ni agak baik. Cerita & pengisian pun tak berat, so boleh follow dengan mudah.
Adegan humor pun banyak & yang pasti, si Spidey baru ni lebih kelakar. Masa dia mula-mula dapat abiliti spider tu pun agak lawak, dengan gaya dia yang blur-blur tu, memang aku tergelak.
Babak drama yang menyentuh emosi ada diselitkan especially di penghujung cerita, honestly aku suka kalau part-part ni disentuh dengan lebih mendalam lagi. Btw, aku suka part drama masa ending cerita.
Aksi mantap, Spider VS Lizard. Serius super-stylo cara diorang fight, paling giler style adalah waktu aksi klimaks, awesome!
Hero & heroin pun best, aku suka tengok diorang berlakon sejak dalam filem-filem diorang yang sebelum ni.
Peter Parker / Spider-Man dilakonkan oleh Andrew Garfield [Boy A (2007) & The Social Network, (2010)]. Dia memang pandai bawa watak nerd & blur-blur, so agak sesuai sebagai Peter Parker. Before ni, dalam Boy A dan Never Let Me Go (2010), watak dia pun budak yang lurus bendul jugak.
Peter Parker / Spider-Man dilakonkan oleh Andrew Garfield [Boy A (2007) & The Social Network, (2010)]. Dia memang pandai bawa watak nerd & blur-blur, so agak sesuai sebagai Peter Parker. Before ni, dalam Boy A dan Never Let Me Go (2010), watak dia pun budak yang lurus bendul jugak.
Gwen Stacy pula dilakonkan oleh Emma Stone (Zombieland, 2009 & Easy A, 2010). Since dia memang best berlakon, cantik & senyumannya menawan (macam lirik lagu pula), so layaklah sebagai awek Spidey. Paling best tengok lakonan dia dalam Easy A, awek ni ada sense of humor yang tinggi sebenarnya, kalau nak tau.
Aku tengok diorang dua ni ada best chemistry, memang padan & sangat sesuai digandingkan. Kira macam best couple-lah gitu.
Aku tengok diorang dua ni ada best chemistry, memang padan & sangat sesuai digandingkan. Kira macam best couple-lah gitu.
Overall, aku bagi bintang 8/10 untuk filem ni. Smart!
huu, panjang ulasan ye..best ye? leh la tengok nanti..hehe~ :)
ReplyDeleteok best..baru lepas tengok semalam..hehe.tapi avengers lagi best kot =p
ReplyDeletefeveret nih spiderman!!!! I love u spiderrrmannnn....hahahaha
ReplyDeletemcm best je....nk p tgk la esok..hikhik..
ReplyDeletemcm best je..filem baru ke ni?huhu..maaf,buta filem sikit..=P
ReplyDeletemacam best je citer nie..skunk tak sempat tengok movie, busy gile
ReplyDeletex menyempat lagi nak tgk.. tp ramai kata best! ulasan yg bagus! =)
ReplyDeletemak dah pegi tgk.. not bad jugak cerita ni.. tp entah le kenapa mak lagi suka yg lama punya spiderman hehehehe
ReplyDeletedah tgk,tp macam kurang best la. yg lama lagi best kot.. :D
ReplyDeleteyup, kalau compare dgn previous Spiderman movie, yg lama tu jauh lagi best.. For stand-alone movie, yg ni pun kira ok-lah. Kalau ada sequel lepas ni, harap2 ia lebih best setanding dgn yg lama... :)
ReplyDeleteWah....ni memang totally a new story for Spiderman....best best...nak try tgk la nanti huuhuhuhu
ReplyDelete