Saturday, July 21, 2012

Batman: The Dark Knight Rises [2012]



Batman berjaya mengekalkan impak kekuatannya sehingga filem ketiga, The Dark Knight Rises. The latest film ni boleh tahan hebatnya dengan filem-filem Batman sebelum ni (The Dark Knight trilogy). Aku bukan cakap sebab aku minat Batman, tapi aku cakap sebagai penonton yang tak jemu duduk menonton selama 2 jam lebih. I'm neutral ok~


As previous movies, filem ni tak tipikal & not straight to the point macam cerita superhero yang lain. Budak-budak pun sukar sikit nak faham sebab the plot is a bit complicated. It's not for you kids, you can watch the Batman cartoon only. Haha~ Gurau je ya adik-adik, but seriously yang ia sedikit berat untuk bebudak fahamkan. Since ia boleh dikategorikan as 'matured film', so of course aku sangat enjoy tonton.


Filem ni adalah 8 tahun lanjutan selepas filem The Dark Knight (2008). Masa ni, Gotham City dah berada dalam keadaan aman damai. Walaupun Commissioner Jim Gordon (Gary Oldman) berjaya mengurangkan jenayah di bawah Akta Dent, dia tetap rasa bersalah terhadap penipuannya tentang jenayah Harvey Dent (rujuk The Dark Knight).


Batman (Christian Bale) pula telah menghilangkan diri selama 8 tahun, manakala Bruce Wayne pula hanya mengurungkan diri dalam Wayne Manor (dia rasa bersalah atas insiden dalam The Dark Knight). Walaupun Batman diburu oleh polis, namun seorang polis muda, John Blake (Joseph Gordon-Levitt) percaya yang Batman telah menyelamatkan Gotham City & khidmat Batman diperlukan.


Kemunculan sekumpulan pengganas, diketuai oleh Bane (Tom Hardy) yang mengancam ketenteraman Gotham City telah memotivasikan Batman untuk muncul semula menyelamatkan keadaan. Dengan mengharapkan bantuan daripada cat burglar, Selina Kyle (Anne Hathaway), Batman berusaha sedaya-upaya untuk menghalang Bane. So, mampukah Batman berhadapan dengan pelbagai halangan: Masalah dalamannya, polis yang tak henti memburunya & ancaman pengganas terhadap Gotham City? Korang follow-lah sendiri ye, bukan korang bagi aku duit pun kalau aku story. Ok, just joke~


Filem ni banyak berkesinambungan dengan 1st & 2nd films, so korang kena buat revision sebelum tengok. Ada gak flashback untuk part-part sebelum ni tapi lambat sikitlah korang nak tangkap & terpaksa memerah otak untuk ingat balik. So, tahap best tu akan lagi tinggi bila korang dah pernah tonton kedua-dua filem sebelum ni & ingat sepenuhnya. Masa tonton pun, aku ingat-lupa juga cerita filem yang lama.


The film is full of conflict, macam-macam konflik timbul. Konflik dalaman karekter (terutamanya Batman) & konflik antara karekter diwujudkan dengan bagus. As I said, filem ni berkesinambungan, so beberapa konflik adalah lanjutan dari filem-filem sebelum ni, terutama masalah dalaman Bruce Wayne after the 2nd movie. Another thing, filem ni memang serious drama, takder nak joke-joke ya~


Then, setiap karekter difokuskan, I mean pendirian, sifat & landasan kepada tindakan karekter dihuraikan secara jelas dalam filem. "Kenapa dia buat macam tu? Kenapa motif dia begitu?" Jangan risau, jawapan kepada persoalan-persoalan ni takkan tergantung tanpa sebab kukuh. Boleh feel pendirian & pegangan karekter-karekter filem ni. That's another reason why I like Batman movies.


Genre filem adalah action thriller, so agak cemas juga tengok especially after half time. Aksi pun mantap; ada 2 kategori aksi utama: 1st-Aksi tumbuk terajang antara normal persons. Batman & Bane bukan ada superpower pun, they just normal human beings with high-skill of physical. Bane memang best, brutal habislah! Ciri-ciri dark Batman pula ditonjolkan dengan stylo melalui cara kemunculannya & pemilihan muzik yang sesuai untuk bagi kita lebih feel aura kegelapannya. 2nd-Aksi dengan kecanggihan teknologi kenderaan Batman, seriously yang ni pun sangat style!


Ada certain parts yang aku rasa tak puas sikit. Batman kurang muncul jika dibandingkan dengan Bruce Wayne, sebelum sampai part klimaks. Faham maksud aku, kan? Kadang time tonton, bermain-main gak di fikiran, "Bila Batman nak muncul lagi ni?" Lagi satu, Batman ni kan popular dengan gadget-gadget canggih, tapi dalam filem ni, gadget dia tak banyak ditunjukkan. 


Part klimaks memang membuatkan aku shock habis! Tak boleh cakap kat sini, nanti spoil. Btw, I love the ending. Pengolahan ending cerita membuatkan kita tertunggu-tunggu & tak sabar untuk tonton sequel-nya. Itupun kalau ada sebab dalam planning production, filem ketiga ni adalah conclusion kepada franchise ni. Haiya, please, please make a sequel for this Batman, tengok betapa terujanya aku. Laa, over pula~


Overall, aku berpuas hati dengan hero kelawar ni. Dengan cerita yang penuh konflik & plot penceritaan yang best, filem The Dark Knight Rises ni telah melengkapkan sebuah trilogi filem yang hebat! Filem The Dark Knight [2008] telah membuat rekod sendiri apabila menjadi filem dengan pungutan tertinggi dunia tahun 2008 ($ 1.002 billion), nasib filem ketiga ni pula macam mana? But it's not the point, yang penting cerita ni still best & deserve untuk aku bagi score 9.5/10. Nice work Batman!





Comments
13 Comments

13 comments:

  1. aku rasa nak p tgk la..
    aku rasa nie movie english paling lama kot masanya ..hahaha 2 jam lebih....hahah

    ReplyDelete
  2. @Silent Note
    sebelum ni Lord of The Rings & King Kong dekat 3 jam...lebi kurang la..haha~

    ReplyDelete
  3. macam best ja...huhu...nti la g tgk.... tq info :)
    salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  4. siyes best.berebut nak bli tiket

    ReplyDelete
  5. teringat berita yg org kne tembak tuuu..

    ReplyDelete
  6. yup, kejadian berdarah kat Colorado US tym tonton citer Batman ni...

    try buka link ni utk tengok berita tu:

    http://www.illustrasiaku.com/tayangan-batman-jadi-lokasi-bunuh/

    http://mynewshub.my/eng/2012/07/gunman-kills-12-injures-60-at-us-batman-screening/

    ReplyDelete
  7. rasanya ada smbungan lagi ni..hmm,i give 3.5/5 stars :)

    ReplyDelete
  8. Alahai... aku tak minat la pulak... :(

    ReplyDelete
  9. the dark knight rises ..batman rupa nya :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...