Saturday, September 1, 2012

Ringkasan Cerita Aidilfitri 2012


Assalamualaikum semua~

Sebelum ni, kita semua busy dengan Hari Raya Aidilfitri kan? That's why la aku pun tak update blog. Ya aku tau, bukannya korang kisah pun aku update atau tak. Banyak gak aku nak story pasal raya ni tapi nanti-nantilah aku post pasal raya secara 'detail'. 

Raya tahun ni memang sangat efficient bagi aku (entah betulkah term efficient aku pakai dalam ayat ni). Kenapa aku cakap efficient, sebab banyak tempat jauh aku pergi. First, of course-lah aku berhari raya di kampung halaman aku, iaitu Sandakan, Sabah. Pergi beraya ke rumah saudara-mara & kawan-kawan sekampung as usual. Apa yang best-nya, tahun ni kitorang 1 family dapat kumpul semua sekali. Tahun-tahun sebelum ni ada yang tak balik kampung. Tahun ni aku yang paling lambat pulang kampung, raya pertama baru balik kampung tau.


Then, kitorang 1 family ada pergi ke kampung Suan Lamba, Kinabatangan Sabah. Tempat ni lebih kurang 1 jam perjalanan dari rumah. Ni antara tempat yang membesarkan aku sebelum berpindah ke kampung yang sekarang. Di sini, kitorang menziarah kubur arwah atuk di samping berkunjung ke rumah saudara-mara gak. Actually tiap tahun pun memang ke sini. Pergi sini, mesti terkenang & rindu kenangan time kecik dulu. Best!


Lepas tu, aku ada pergi ke Kota Kinabalu (KK), Sabah untuk meminta duit raya kepada kawan-kawan di sana. Still tak dapat gak, haha~ Takdelah, aku saja jalan-jalan dan jumpa member masa study kat UMS dulu. Perjalanan dari rumahku ke KK ambil masa 5-6 jam. Di KK ni, aku dengan member-member keluar, jumpa, bual, makan, nyanyi, tonton movie dan berhari raya ke Papar, Sabah. Kiranya buat simple reunion-lah.


Next, parent aku bawa pergi ke Pitas Kudat, Sabah. Ni tempat saudara-mara sebelah mak aku, aku tak berapa kenal sangat. Yang aku kenal sangat, mak cik aku je. Last time aku pergi kampung tu adalah pada tahun 2001, yalah dulu jalan ke sana sangat jauh & tak berapa ok, sekarang ni ada jalan baru, dalam 4-5 jam saja perjalanan dari rumah. Actually parent aku selalu pergi cuma aku yang sebelum-sebelum ni tak berkesempatan ikut. 


Aku puas hati dengan hari raya tahun ni. Lagi satu sebab dah berbulan aku tak jumpa family sejak kerja kat Semenanjung. Harap lepas ni ada peluang balik ke Sabah selalu.

Anyway, selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin :)



Comments
4 Comments

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...