Sempena raya ni, rumah aku pun meriah dengan riuh-rendahnya burung MERPATI di atas bumbung rumah. Jangan terkejut kenapa ada burung merpati atas rumah kami. Actually, cucu cicit merpati ni x tau asal usul dorang. Dorang x tau yang dorang ni menumpang ja di atas rumah ni. Biar aku ceritalah, nenek moyang burung2 ni dulu sesuka hati dorang ja menginap & duduk tetap atas bumbung rumah, sedangkan rumah dorang dah disediakan dalam taman sekolah. Ohya, lupa gtau, burung2 ni hak milik sekolah & kami tinggal dalam kawasan sekolah rendah. Korang kenalkah MERPATI?
~Inilah burung merpati~
~Yang ni lagi cantik~
~Yang ni pun merpati gak. Sapa percaya tu maksudnya waras la tu. Hehe~ Ni ayam jiran kami sebenarnya, dia minta masukkan sekali dalam post ni, dia mau promote yang dia ada bela ayam.
Ok, sambung cerita balik, dulu lagi 'best' sebab merpati2 ni berak sukati di tangga rumah. Penat owh bersihkan tangga tiap2 minggu. Tapi anggap ja la itu cabaran hidup. Lepas dah pasang pagar di bumbung, dah x lagilah. So, skang xtau la mana dorang membuang. Suda ada toilet sendiri mungkin.
Selepas lama hidup bersama merpati ni, kami dah biasalah dengan bunyi2 'salakan' merpati ni. Kira berjiranlah katakan. Merpati di atas, kami di bawah. Tapi best gak lah, hari2 dapat tengok makhluk Allah yang cantik & sometimes memang dapat tengok merpati yang sangat cantik. Subahanallah~
Merpati ni sangat berguna sebenarnya. Dulu, masa xda telefon, pos laju & teknologi2 baru, manusia pakai merpati untuk urusan2 penghantaran utusan, contohnya surat, ubat-ubatan & barang-barang tertentu. Ni semua orang tahukan. Dalam perang pun merpati ni penting, contohnya merpati dipakaikan kamera untuk peninjauan udara. Merpati utusan ni boleh bawa muatan sehingga seberat 75 g & terbang sejauh 160 km perjalanan pulang balik. Hebatkan!
~Merpati kamera Jerman waktu WW1~
By da way, kita puji orang pun, pakai merpati juga, "bagai merpati dua sejoli". Tapi, xfaham lah dengan peribahasa ni, macam menipu ja. Jarang gila tengok merpati ni berdua2, biasa stay in group. Pastu, kalau nampak berdua pun, x la nampak sepadan. Jangan cakaplah peribahasa ni dengan orang, nanti kita jadi penipu pula. Haha~ juz joke. Indahnya bahasa Malaysia~ :)
~Ketua merpati ajak bersuka-ria~
~Ni mungkin merpati sejoli, kanak2 dilarang tiru aksi ni. Yang belum kahwin pun x boleh~
Tambahan, ada gak pencak silat yang dinamakan Merpati Putih, muncul sekitar tahun 1550-an di Indonesia. Itulah aku cakap, merpati ni hebat, sampai boleh diilhamkan jadi silat. Hehe~ Sebenarnya, 'Merpati Putih' ni singkatan daripada bahasa Jawa; Mersudi Patitising Tindak Pusakane Titising Hening yang dalam bahasa Indonesia bererti "Mencari sampai mendapat Kebenaran dengan Ketenangan".
~Bersilat sambil terbang~
Kalau mau terbang bersama merpati, ada yang boleh, ada yang x. Kalau mau terbang bersama merpati atas rumah aku ni, awal2 aku cakap orang tu x siuman (cakap dia GILA, kasar pula). Kalau betul2 mau juga, pergilah Indonesia, terbang bersama Merpati Nusantara Airlines. Huhu... jadi promoter pula sempena raya ni. :p
~Merpati gergasi~
Lastly, kalau mau lagi feel cerita pasal merpati ni, better kamu dengar lagu kumpulan OAG tu, apa tu tajuknya? Aku lupalah. Lirik dia ada, "kau umpama Merpati Putih, patah sayapnya di udara~". Hah, yang nilah. Mana tau kamu mau bermimpi pasal merpati malam ni, dengarlah lagu ni. Have a sweet dream!
P/s: Sebelum kami pindah di rumah ni iaitu tahun 1993, burung2 merpati ni memang dah ada atas bumbung rumah. So, mungkin kami yang sedang menumpang sekarang. Entah??? Haha~