Klik Untuk Tawaran Hebat!

Friday, September 9, 2011

Raya = Reunion

 

  Assalamualaikum & salam sejahtera~

Sekarang kita masih lagi dalam bulan Syawal, so x terlambatlah untuk ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua. Cam skema ja. Hehe~ Tahun ni sambutan raya tempatku macam biasa juga as previous years, mungkin kebanyakan orang pun camtu juga kan... Tapi apa yang aku rasa best hari raya ni sebenarnya, bagi aku ia boleh dianggap sebagai reunion geng SPM & boleh gak untuk geng STPM. Plan ni memang saban tahun dibuat since 2004, kalo ndak silaplah. Cuma tahun ni x seramai tahun2 sudah. Mungkin ada yang time raya tu kalendarnya masih lagi bulan Ramadhan. Hehe... Just joke ba~

Bila jumpa balik setiap tahun time waktu2 raya ni, bolehlah share pengalaman hidup sepanjang tahun, gelak2 ketawa sambil makan kuih & juadah raya. Tapi syukurlah time makan minum tu teda juga yang termuntah kuih balik, terpancut air keluar dari mulut sebab ketawa x ingat dunia. Sekarang ni masing2 dah ada haluan sendirikan, jadi banyak jugalah benda2 boleh dikongsikan.

~Di rumah 'akak garang'~


~Di rumah Budak-17~


~Di rumah Doktor Gum-Gum~


Tapi ada satu perkara best yg memang x kena plan dalam plan raya tahun ni. Melawat sekolah menengah lama yang kami cintai, SMK Gum-Gum, tapi x masuklah, just ambil gambar di main gate jak. Mesti ada yang fikir, "apa yang best lawat sekolah lama?" Bagi kami best, sebab sekolah tu terletak dalam 'sikit' dari kampung utama, sekolah luar bandarlah katakan, so bukan hari2 dilalui, bukan hari2 kami tatapi. Maybe ada yang lihat setahun sekali, setahun dua kali, paling teruk mungkin 3-5 tahun sekali. Tapi, mungkin juga berkaitan since tahun ni Merdeka Raya-kan, jadi lawatlah skola lama yang mengajar kita erti kemerdekaan negara. Hehe...ada kaitankah??? Kasi YA jak bah...

Lagi satu, honestly aku rasa sangat best sebab dapat ambil gambar depan sekolah tu. Sepanjang aku skola di sana, seriously, x pernah ambil gambar di main gate tu, samada sorang2 atau dengan member2. Kesian kan...haha~ Dulu, time 2001-2005, time aku skola menengah ni, bukan zaman yang mana orang ada handphone berkamera, kamera digital & kamera yang pakai film tu pun jarang2 orang ada time tu. Lebih2 lagi sekolah luar bandarkan. Teknologi x berapa 'masuk' dulu. Lagi satu, aku ni pun dulu bukan orang yang selalu looking ahead of certain things, so dulu pasal gambar2 ni x kisah sangat, jadi tu sebab x banyak gambar2 kenangan time skola dulu... Menyesal gak la. Haha~





~Inilah antara gambar yang x berapa gila di main gate skola~


Apa-apapun, gambar bukan perkara utama (yalah tu~ haha), yang penting langkah kita ke hadapan bah. Selamat menempuh alam dewasa kepada rakan-rakanku semua. Aku baru maw start. Hehe~



Comments
2 Comments

2 comments:

  1. huhu best kn reunion.... geng kta bla la dpt tu?

    ReplyDelete
  2. geng kita ada gak masa dia tu tapi kena plan betul2 la, jauh2 kan semua....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu