Assalamualaikum & salam sejahtera~
Isnin depan aku officially tamat belajar di UMS. Tiga tahun belajar sungguh singkat rupanya, x sedar dah habis. Hidup di universiti memang enjoy, kalau dimanfaatkan dengan betul. Kalau bersuka-ria jak kerja, x juga enjoy. Kalau memanjang study 24 jam pun x juga enjoy.
Remember, ilmu bukan hanya daripada kertas. Jika kita mau improve ourselves, jangan hanya dengan satu jalan & jangan hanya daripada 'hitam-putih' yang ada depan kita. Know what I meant, right? Masuk universiti ni, banyak peluang kita boleh ambil & rebutlah peluang tu sebaiknya, as long as you can balance everything ok. Kita study ini & itu, buat ini, itu, join benda ni, benda tu, communicate dengan orang tu, orang ni, semua tu boleh jadi peluang kita untuk mantapkan diri kita. Tapi apa yang aku maksudkan di sini buat perkara-perkara baik, bukan sebaliknya ya. Apa yang kita peroleh dari situ juga adalah ilmu cuma x dinilai secara sistematik oleh sistem manusia. That's why ada orang yang x masuk universiti pun, bahkan x pernah bersekolah boleh berjaya lebih bagus dengan hanya ada pengalaman apa yang dia telah lalui. So, pengalaman itulah ilmu yang telah membawa kejayaan kepada individu-individu tersebut. Simply said, knowledge is everywhere, written or unwritten, concrete or abstract, everything can be knowledge as long as you can grab it and applied in a good way.
Convocation is just an end of a piece of my journey. Aku pun x tau sejauh mana aku dah pergi, setinggi mana aku dah naik sebab aku masih rasa aku kerdil di dunia ni. Masih banyak yang aku belum pelajari & perolehi. Masih banyak yang perlu dicari & diambil. Apa yang aku harapkan adalah peluang itu sentiasa ada & aku percaya, selagi kita di jalan yang betul, peluang itu tetap akan ada. InsyaAllah.
Konvokesyen memang special tapi ia bukan benda paling berharga di universiti. Apa yang berharga sebenarnya adalah ilmu, pengalaman & kenangan yang telah aku peroleh. Memang sangat berharga, bersama pensyarah, sahabat, rakan-rakan, senior, junior, pegawai & semuanya. Segala yang aku pelajari, hadapi, & jalani sesungguhnya sedikit sebanyak merubah aku kepada insan yang InsyaAllah lebih baik daripada sebelumnya. Syukur Alhamdulillah~ Thanks a lot for everything~