Friday, August 16, 2013

The Conjuring [2013]


Sebelum menjelang Raya hari tu, aku tertunggu-tunggu bila la The Conjuring nak keluar panggung yang berdekatan, tapi ibarat menunggu pokok pisang berbuah dua kali (over sangat perumpamaan). Hanya beberapa panggung yang dah buat tayangan awal, tapi jauh! Jadi...alkisahnya~

Aku ni kaki download movie (boleh laa), tapi aku pilih filem berdasarkan rating & file type. Aku cuma download BRRip 720p & WEB-DL 720p. Spesies DVDRip, CAM, R6 & seangkatannya memang aku tak layan. Hurm, dah la buat 'kerja haram', nak demand lagi. Haha... Tapi disebabkan aku dah penat menunggu The Conjuring yang lambat keluar panggung, tetiba pula time tu ada VODRip file (entah apa type ni tapi visual macam DVDRip & nasib baik gambar pun cantik), so aku terpaksa melanggar prinsip men-download aku (ceh prinsip tuuu...) demi The Conjuring! Ciss man!

Note: Apa benda la yang aku mengarut ni kan? Sila SKIP perenggan pertama & kedua...Huahaha...anda dah terlambat! :p



The Conjuring [2013] diadaptasi daripada kisah benar. Pada 1971, Carolyn & Rogger Perron bersama 5 orang anak perempuan diorang telah berpindah ke sebuah farmhouse yang sedikit usang, kat Harrisville, Rhode Island. Sejak hari pertama diorang bermalam, beberapa kejadian paranormal berlaku, sehinggalah satu malam kejadian tersebut memuncak.


Carolyn menemui & meminta pertolongan daripada penyiasat paranormal, Ed & Lorraine Warren. The Warrens bersetuju untuk membantu & melakukan penyiasatan terhadap rumah tersebut. Satu demi satu perkara berjaya diketahui & didedahkan, sehingga satu tahap gangguan tersebut makin melarat ke keluarga The Perrons & The Warrens. Kisah selanjutnya boleh diketahui dengan mengunjungi rumah puaka tersebut sendiri! Ahakz~


Cerita filem ni best sebab tak fokus semata-mata kepada scenes seram. Kekadang filem horror, seram je lebih tapi jalan cerita hampeh. The Conjuring punyai storyline yang bagus, plot tersusun yang membolehkan kita follow the story dengan mudah. Di samping stick to the main story, beberapa side stories turut diselitkan dengan baik untuk menyokong lagi perjalanan keseluruhan cerita.

Bagi aku, posisi The Conjuring based on 'storyline'
dibandingkan dengan beberapa recent horror movies:
(low ---> high)


Horror scenes filem ni tak berlebih-lebihan, tapi dah cukup kuat untuk menggeletarkan lutut korang time menonton. Apa yang aku maksudkan adalah keseraman yang natural. Tak ada diorang nak buat hantu muncul 100 kali atau hantu 'mengejar' orang sehingga ke lubang cacing, demi untuk menjadikan cerita ni lagi angker. Simple je cara diorang olah keseraman tu, pun tak mengarut sangat. Cool~

Bagi aku, posisi The Conjuring based on 'eeriness' (kengerian):
(low ---> high)


Nilai kekeluargaan, especially kasih sayang ibu kepada anak adalah antara elemen yang diperkuatkan dalam filem ni. Keakraban sebuah keluarga yang bahagia berjaya ditonjolkan kepada penonton.

Then, ada jugak sedikit humor 'tersesat' (sikit je la) dalam cerita ni yang bikin geli hati. Jadi takde la korang tegang sangat sepanjang menonton. Senyum-senyum sikit k...  :p


Bagi aku The Conjuring adalah antara horror film yang penyampaian ceritanya agak bagus, tidak tipikal dan tidak sempit kepada satu point. Senang cakap, ada kewujudan 'cerita' dalam filem. Secara total-nya, aku bagi The Conjuring 8/10 bintang. Smart!






Comments
13 Comments

13 comments:

  1. thanks sudi singgah ke sini...dah tinggalkan komen kt entri zamani jgk..all d best! moga brjaya menang! :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the movie review. Bagus la awak dah buat saya terasa nak tengok citer nie. Btw, follow blog awak. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sudi baca review ni & follow my blog... kalau minat crita horror, try la tgok movie ni... :)

      Delete
  3. movie spt menarik...huhuhu..nak dload tp x reti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada software khas mcm IDM, then lepas tu bole donlod thru any website yg available pakai IDM tu...kalo direct donlod tanpa software pn bole tp lambat la..

      Delete
  4. Tak sempat nak skip perenggan 1 dengan dua cies

    ReplyDelete
  5. apa bole buat....haha....yg penting jgn skip 1 entry terus...hehe... ;p
    thnks sudi singgah...

    ReplyDelete
  6. hmmm...nak tgk x nak.
    ada yang kata best , ada yang kata biasa2 jer.
    kat mana nak dwnload tu br
    bagi ler link

    ReplyDelete
    Replies
    1. brgantung kpd pendapat masing2...bg sy, citer ni ok for horror movie...x mengarut sgt...hehe...

      kalau nk download, bole try kt link ni: http://www.moviedetector.com/2013/08/03/the-conjuring-2013-vodrip-500mb/
      hrp link ni still available utk men-download...gud luck! :)

      Delete
  7. cam best, nanti kang crik movie ni n tgk online . ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. download pn bole...apa guna ada internet kan....haha...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...