Sunday, January 20, 2013

Mama [2013]


Dah banyak lagu bertajuk 'Mama', ehh jap, banyak ker? Setahu aku, 'Mama' by Spice Girls, 'Mama' by My Chemical Romance (MCR) & 'Mama Tolonglah Percaya' by Exist (lagu Exist ni boleh dikira masuk tak? Hoho).

Lagu dah, filem pun nak pakai term 'Mama' juga. Nak jugak... hehe, padahal common term pun. Sebelum ni kan, bila tengok trailer filem Mama [2013], mesti aku teringat lagu MCR. Kenapa er? Kenapa bukan lagu Exist? Erm, itu bukan persoalannya sekarang, aku nak teringat lagu sekolah menengah dulu pun, takde masalah, kan...

Persoalannya, seram tak cerita Mama ni? Is the movie as creepy as MCR's song?
(MCR lagi??)


Cerita sikit sinopsis, ok. Selepas membunuh si isteri, Jeffrey membawa lari kedua orang anak perempuannya, Victoria & Lilly. Kedua budak ni kecik lagi. Tengah melarikan diri, kereta diorang accident, then terpaksa meredah hutan. Jumpa pula sebuah kabin yang tidak berpenghuni.


Dalam kabin ni, Jeffrey diserang oleh satu makhluk aneh & hilang secara misteri. Victoria & Lilly yang kecil lagi & tak tahu apa-apa, membesar kat kabin tu selama 5 tahun, sebelum berjaya ditemui oleh orang-orang upahan uncle diorang, iaitu Lucas (Jeffrey's brother).


Victoria & Lilly berperangai seperti haiwan masa tu (yela, 5 tahun membesar kat hutan). So, Lucas & teman wanitanya, Annabel membuat keputusan untuk menjaga kedua budak tersebut untuk memulihkan tabiat diorang kepada normal semula. Hah, start dekat sinilah keseraman mula menghantui. Budak dua orang tu asyik-asyik sebut "Mama", siapa Mama tu sebenarnya?


Seram jangan cakap, meremang tengok! Korang faham gak kan style cerita hantu? Mama ni tak banyak bezanya, konsep tetap sama. Saspen, then lega, after that saspen lagi, then lega, lepas tu nah, jangan kau nak memanjang rasa lega! Misteri kenapa Mama tu wujud di situ membuat kita dihujani pelbagai persoalan.


Jalan cerita pun boleh tahan, menyentuh nilai & emosi hubungan kekeluargaan. Ada certain parts yang touchy jugak. Perkembangan hubungan Annabel & kedua budak tu (since diorang tak berkaitan keluarga) diwujudkan dengan berkesan, best tengok~ 


Btw, budak-budak tu pandai berlakon tau, apatah lagi lakonan diorang berperangai macam haiwan tu. Sometimes lucu juga tengok. Hantu dia pula, ada ciri-ciri macam hantu Ju-On. Owh, tiru yer...  :p


Secara keseluruhannya, filem ni antara filem seram mat saleh yang pernah aku tonton. Aku bagi score berdasarkan berapa banyak bulu roma aku yang meremang. Aku bagi 6.5/10 bintang.




Comments
2 Comments

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...