Klik Untuk Tawaran Hebat!

Sunday, January 13, 2013

Pemimpin Yang Tak Jadi ???


Assalamualaikum & salam sejahtera geng readers~

Piilihan Raya Umum Ke-13 dah dekat, anda mahu undi siapa? Itu terpulang kepada diri masing-masing, pilihlah calon yang selayaknya digelar pemimpin ok. 

Dah alang-alang cerita pasal pemimpin ni, tetiba aku pun rasa nak cerita alkisah dulukala aku. Laaa, orang lain yang nak bertanding, aku pula yang berkempen. Kehehe... 

Tak sure-lah if aku ni boleh menjadi pemimpin, memimpin diri sendiri tu bolehlah, mahu memimpin orang lain, "Am I qualify for it?" Tanya punya tanya diri sendiri, last-last duduk gak dalam barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UMS Sesi 2009/2010 (fuuh, lengkap full name aku tulis). Macam tak nampak ciri pemimpin, kan? Blog pun nampak tak matang (hah, kutuk blog sendiri :p).

Berjayanya atau tak aku sebagai pemimpin masa tu, aku pun tak sure. Samada aku ni OK atau tak semasa memegang jawatan wakil pelajar, hanya students time tu yang layak menilai. Kalau OK, "Syukur Alhamdulillah". Kalau tak OK, sila SMS ketidak-puashatian anda ke nombor 019-9090999. SMS terbaik akan dipadam serta merta. Wahaha~


Ni masa awal-awal bergelar MPP, jati diri ni kena ditingkatkan dulu, so gambar yang sebelah kanan tu adalah time kursus untuk barisan MPP UMS 09/10. Gambar yang sebelah kiri pula diambil semasa sambutan Maulidur Rasul UMS 2010.


Gambar kiri, kitorang bersama dengan MPP UTM & yang sebelah kanan pula, kitorang dengan MPP UPM, tahun 2010. Ni program kitorang membuat lawatan ke IPTA/IPTS seluruh Malaysia, tujuannya untuk mendapatkan input di samping berkongsi idea dengan IPTA/S lain. Actually bukan semua, tapi most IPTA.

Nama program Delegasi Bayu Selatan Utara, kalau boleh nak ke Kutub Utara & Selatan Antartika sekali, tapi terpaksa di-cancel-kan atas sebab betapa tak logiknya pemikiran ku. 


Ni program bersama Celcom, "Aktifkan Dirimu" (haha~ pinjam motto Hotlink pulak). Actually diorang ni AJK pelaksana program Kem Skor Sains Sandakan, under my exco, Exco Sains & Alam Sekitar (bukan Celcom yer).

Tujuan aku buat program ni sebab nak pupuk minat pelajar-pelajar menengah Sandakan, Sabah terhadap Sains. Bagi diorang enjoy sikit & ubah persepsi bahawa subjek-subjek Sains ni sebenarnya tak susah.

Then, aku nak dedahkan budak-budak kat situ tentang universiti especially UMS supaya diorang lagi semangat nak belajar sampai ke menara gading. Aku orang Sandakan, aku tahu mindset budak kat situ macam mana. Thanks to all AJKs. Harap semua adik yang join tu dapat input yang cukup.


Yang ni time Konvensyen MPP IPTA 2010. Segak tak kitorang? :p
Malam penutup tu adalah Majlis Makan Malam bersama YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin.


Walaupun lengkap pakai blazer & tie, gambar tak semestinya kena skema, kan?
"Bila la turn kitorang masuk tengok Sidang Parlimen ni?" Hati tak henti-henti tanya, tapi badan tak henti-henti posing ambik gambar. LOL


Sesi ramah mesra dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Aku ingat lagi time ni, entah apa aku merapu sebelum kemukakan soalan kepada KPT. Padahal boleh je straight to the point masa tanya soalan tu. :p


Sesi ramah mesra & perbincangan dengan menteri angkat UMS, YB Dato' Sri Anifah Hj. Aman, Menteri Luar Negeri. Agak nervous jugak nak ajukan soalan kat Dato' Anifah time tu. Huhu~


Dinner HEPA 2010 (kiri) & Dinner HEPA 2011 (kanan).
Dinner 2010 tu  boleh dikira waktu awal-awal sebagai MPP. Dinner  2011 tu time dah tamat sebagai MPP, tu yang siap boleh 'buang-buang' sijil tu (padahal konvo pun belum lagi waktu tu).


Disebabkan dah tamat sebagai pemimpin pelajar & nak blah dari UMS, kitorang pun dengan hati yang konon-kononnya touching telah menyampaikan lagu Salam Terakhir (lagu Sudirman) di sebuah majlis dinner. Sedap atau tak suara, hantam je la.


Okay, menjadi pemimpin pelajar ni sangat berisiko & besar tanggungjawabnya. Tapi kena sedar akan tanggungjawab sendiri la, bukan sekadar goyang kaki senang-lenang. Dalam setahun tu, apa yang boleh kita buat secepat & sepadatnya dalam menyelesaikan masalah & meningkatkan sesuatu kepentingan pelajar, universiti & maybe masyarakat setempat? Itu antara cabaran utama.

Sokongan dari semua segi adalah perlu untuk sesuatu berjalan lancar dengan jayanya. Kadang orang tengok macam relax tak buat apa, tapi kepayahan tu kitorang je yang tahu dan alami. Sejauh mana pencapaian aku dulu dalam menggalas tugas MPP, sukar untuk diri sendiri menilainya, hopefully apa yang aku lakukan ada menyumbang (at least walaupun sikit) kepada pelajar, masyarakat & keadaan sekeliling. 


Ni gambar solo sepanjang bergelar pemimpin pelajar. Ada ciri-ciri pemimpin tak? Haha~

*Klik saja gambar-gambar tu kalau nak zoom 1000X ganda :p




Comments
7 Comments

7 comments:

  1. Aiseyh, abang MPP laa.. kalau dah namanya MPP, kompemla PEMIMPIN YANG DEDIKASI.. InsyaAllah, mungkin anda adalah Perdana Menteri Malaysia yang akan datang.. Who knows.. :)

    ReplyDelete
  2. @ZWAN SABRIwah, pujian melambung tinggi ni...Perdana Menteri??? terbeliak mata bace...haha~ fuuuh, jauh sekali la...

    ReplyDelete
  3. wow MPP tu kira hebat la.. mesti femes zaman2 study ni.. mesti awk ada ciri2 kepimpinan klotak, xkan tpilih jd MPP

    ReplyDelete
  4. hye mantan MPP. inna pun org sandakan jg. selaamt berkenalan.

    btw, setiap dr kita pikul tanggungjawab yg besar. dan tanggungjawab itu merupakan satu amanah yg harus kita laksanakan sebaik mungkin. org dsekeliling kita berhak menilai tp penilaian dr Allah itu lagi bermakna. ^^

    ReplyDelete
  5. @inna_risna
    owh, org kita ka jugak ni...bah, selamat kenal juga...

    yup, betul tu, penilaian Allah SWT lebih menyeluruh & lagi tepat. Harap apa yg kita buat & laksanakan diredhai & berada di jalan-Nya. Amin~ :)

    ReplyDelete
  6. WAH PASNI LEH JADI PEMIMPIN NEGARA LA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu