Wednesday, October 13, 2021

Francais: Blade Runner

 Antara francais science fiction dengan konsep cyberpunk yang terbaik.

Cyberpunk = cabang science fiction yang mana komuniti manusia hidup dengan sosial rendah atau tanpa undang-undang di dalam dunia serba maju dari segi teknologi komputer, artificial intelligence (AI), sibernetik, genetik, senjata & lain-lain lagi.

Kronologi berdasarkan latar masa:
[1] Blade Runner (1982) >> [2] Blade Runner 2049 (2017)


[1]
Blade Runner (1982)
Rekomen: The Final Cut
Latar masa:
Tahun 2019

Sinopsis:
Rick Deckard bekerja sebagai blade runner, iaitu polis khas yang bertugas menjejaki replicant (robot menyerupai manusia yang dibangunkan melalui kejuruteraan-bio) dan menamatkan hayat diorang. Apabila datangnya 4 replicants secara haram ke Bumi, Deckard ditugaskan untuk memburu diorang satu-persatu.

Rating: 8.5 /10
 Filem 1982 dengan gambaran masa depan yang mengagumkan dari segi bandar futuristik, AI, kejuruteraan biologi dan genetik
• Mempopularkan genre cyberpunk & menginspirasikan banyak filem & TV, anime & manga dan video games sehingga sekarang
• Jangan silap expectation: Cerita bukan tentang aksi, lebih kepada drama & thriller
Dark & deep!
(i) Semakin plot berkembang, semakin kita cuba menilai jiwa karakter-karakter
(ii) Menyentuh tentang berharganya kehidupan & wujud rasa simpati terhadap karakter
(iii) Situasi mendebarkan yang berkesan, malah beberapa scene terasa horror-nya
(iv) Kejayaan sesuatu ciptaan tak semestinya berakhir dengan kegembiraan


[2]
Blade Runner 2049 (2017)
Latar masa:
Tahun 2049

Sinopsis:
K, iaitu Nexus-9 replicant bekerja sebagai blade runner di bawah Los Angeles Police Department (LAPD). Apabila K menemui sebuah kotak mengandungi sisa-sisa satu replicant wanita yang telah mati, K berusaha mencari seorang pesara blade runner yang dah menghilang selama 30 tahun.

Rating: 9.5 /10
• Filem science fiction hebat dari segi plot, visual, drama & misteri
• Again, jangan silap expectation: Cerita lebih kepada drama & thriller, bukan aksi
• Visual sangat lawa! Cinematography yang cantik & pencahayaan serta ton warna menghidupkan lagi suasana & emosi scene tertentu
 Dark & deep!
(i) Plot bersinambungan daripada 1st film dengan penceritaan yang menimbulkan pengharapan & sarat dengan emosi
(ii) Setiap karakter bertindak dengan motif yang bersandarkan penilaian tentang kehidupan mengikut persepsi masing-masing
(iii) Tujuan hidup individu ditentukan atas dasar kehendak majoriti & kepentingan individu lain
(iv) Ending... fuh, sungguh simbolik!


*****
Saranan:
MESTI tonton Blade Runner (BR) dulu baru tonton sequel, Blade Runner 2049 (BR2049) supaya dapat enjoy & faham sepenuhnya cerita kedua tu.

Dulu 2017 aku rasa BR2049 boring sangat sebab tak pernah langsung tengok BR (yeah my bad), sampaikan pelik kenapa ia dianggap antara yang terbaik tahun 2017 (now I know why).

Jadi, pastikan tonton filem pertama untuk impak maksima filem kedua!


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...