Sunday, October 10, 2021

Francais: Alien

Alien antara francais yang klasik & popular. Ramai tahu rupa alien tu, tapi ramai terutama generasi >90s tak tahu the whole story. Aku pun tahun 2021 baru tonton semua filemnya.

Kronologi berdasarkan latar masa:
Siri utama:
[1] Alien (1979) >> [2] Aliens (1986) >> [3] Alien³ (1992) >> [4] Alien: Resurrection (1997)

Prequel: [P1] Prometheus (2012) >> [P2] Alien: Covenant (2017)


[1]
Alien (1979)
Rekomen: Theatrical Cut (Versi Pawagam)
Latar masa:
Tahun 2122

Sinopsis:
Sekumpulan kru sebuah kapal angkasa komersial, Nostromo terima satu isyarat kecemasan yang tak diketahui dan diorang perlu siasat punca isyarat tersebut.

Rating: 9.5 /10
• Antara filem yang menaikkan genre science fiction horror
• Kagum sebab production hebat walaupun pada tahun 1979
• Cerita penuh misteri dengan suasana seram yang meremang
• Pendedahan demi pendedahan yang mendebarkan


[2]
Aliens (1986)
Rekomen: Special / Extended Edition
Latar masa:
Tahun 2179

Sinopsis:
Satu pasukan tentera diarahkan untuk pergi ke sebuah koloni manusia di planet LV-426 yang dikhuatiri telah diserang alien.

Rating: 9.5 /10
• Berbanding 1st film, 2nd lebih kepada action tapi masih ada elemen horror
• Dipenuhi babak mencemaskan dengan konflik antara survivability & scientific advancement
• Fokus terhadap hubungan & perkembangan karakter berjaya jadikan plot lebih syok
• Pendedahan kitar hidup alien dengan alien design yang unik


[3]
Alien³ (1992)
Rekomen: Assembly Cut
Versi rombakan besar dengan scene baru, beberapa scene diubah & dipanjangkan dan lain-lain lagi, demi memperbaiki banyak kelemahan dalam versi original
Latar masa:
Tahun 2179

Sinopsis:
Bersambung terus daripada filem kedua, sebuah koloni penjara terpaksa berdepan serangan misteri apabila satu-persatu banduan ditemui mati.

Rating untuk Assembly Cut: 7 /10
• Peralihan drastik daripada ending filem kedua dengan penjelasan kurang memuaskan
• Kembali kepada horror tapi kurang impak dari segi karakter & suasana
• Banyak bermain emosi dengan kisah tragis karakter masing-masing


[4]
Alien: Resurrection (1997)
Latar masa:
Tahun 2379
(200 tahun selepas Alien³)

Sinopsis:
Seorang manusia klon alien-hybrid bekerjasama dengan sekumpulan lanun angkasa untuk melepaskan diri dari sebuah kapal angkasa yang telah dipenuhi alien.

Rating: /10
• Walau banyak babak menarik tapi keseluruhan cerita kurang tension
• Konflik tetiba gaduh & dialog tetiba menjerit sedangkan bagi aku tak perlu
• Perwatakan kebanyakan karakter agak tak konsisten


PREQUEL

[P1]
Prometheus (2012)
Basically filem Alien pertama yang aku tonton, waktu release panggung dulu
Latar masa:
Tahun 2089 - 2093

Sinopsis:
Ekspedisi menjejaki asal-usul manusia membawa sekumpulan pengembara yang terdiri daripada pakar-pakar bidang tertentu ke sebuah planet jauh dari Bumi.

Rating: /10
• First dulu suka tapi lepas dah tonton semua filem Alien, jadi tak suka dengan Prometheus
• Konsep asal-usul manusia daripada alien yang karut & kelakar
Karakter-karakter buat keputusan bodoh terhadap sesuatu yang sepatutnya kepakaran diorang, demi kelangsungan plot
• Tumbesaran alien yang tak realistik (even untuk francais Alien)


[P2]
Alien: Covenant (2017)
Latar masa:
Tahun 2104

Sinopsis:
Sekumpulan kru kapal angkasa koloni, Covenant terima satu transmisi radio dari sebuah planet & menuju ke sana untuk menentukan samada sesuai sebagai habitat manusia.

Rating: /10
• Plot serabut dengan plotholes serta pendedahan asal-usul alien yang menghampakan & merumitkan francais Alien
• Naratif berjalan atas dasar tindakan bodoh karakter-karakter walhal golongan pakar, lagi teruk tahapnya berbanding Prometheus
• Tak rasa horror sebab tak kisah siapa hidup siapa mati, lantaklah korang


Ranking:

What I want?
Aku prefer francais Alien reboot filem ke-4 & buang jauh kedua-dua filem prequel, out of existenceSambung story dari filem ke-3 (ketepikan Alien: Resurrection) dengan karakter-karakter baru yang likeable & of course, harus cerdik.

Tapi kalau next film sambung cerita Alien: Resurrection pun okey, yang penting jangan selitkan apa-apa yang berkait-rapat dengan kedua-dua prequel!

Macam aku pulak producer, kan?


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...