Sunday, June 29, 2014

Thanks Top Glove!


Alhamdulillah, peluang bekerja dalam bidang pembuatan (manufacturing) banyak menambah ilmu-ilmu baru kepada aku. Pengalaman bekerja sebagai quality assurance (QA) personnel telah memberi precious value yang bukan senang-senang nak dapat. Syukur atas ilmu yang Allah berikan.

Apa yang best-nya, Top Glove dipenuhi dengan ramai rakan, dan kebanyakannya pun sebaya. Good for us la untuk belajar & menimba ilmu bersama-sama, dimarah bersama, dan menyuarakan ketakpuashatian bersama. Haha~ 

Aku nak panjangkan ucapan terima kasih (kalau ada yang baca) kepada semua boss-boss dan rakan-rakan kerja yang banyak memberi tunjuk ajar, support, nasihat dan teguran. Sangat hargai perkongsian ilmu dan sokongan teguh yang telah diberikan.

Diharap silap dan salah, kata-kata yang terlanjur luah, pukulan dan hentaman samada sengaja atau tak sengaja mohon dimaafkan. Kita semua manusia, kesilapan tu mesti ada, so back to zero-zero ya. Hehe~

Meninggalkan Top Glove bukan keputusan yang suka-suka dibuat tapi di atas sebab beberapa aspek, moving on is the best way for me~ Itulah kehidupan  :)

Terharu dengan farewell 'party' yang diorang ni anjurkan. Thanks for the bowling, makan-makan, and the presents. Hadiah tu sangat berguna kat aku. Yes!



Last Day @TG [23/06/2014]

Thanks banyak-banyak kepada QA team dengan pelbagai peluang diberikan; sempat handle laboratory, in-process control, finished product monitoring & inspection, quality management system, international standards, etc.

Ni antara QA team yang sempat aku bergambar. Yang tak sempat, sorry ye  :)

Previous QA/IPQC team, 2012. Zaman aku junior dulu.


Second, thanks to Factory 24 team atas kerjasama, perkongsian ilmu terutama dalam latex, glove production process, quality issue and control, dan banyak lagilah. Bersama team ni menempuh kesusahan dan itu antara pengalaman berharga bagi aku. By the way, thanks jugak for the makan-makan on 18/06/2014. Makan KFC kat kilang memang style~ Hehe...

F24 team, as at June 2014.

Thanks to my F24 QA team for this watch!
Jam ni menjadi keperluan penting aku sekarang  
:)

Previous F24 team, 2013.


Then, thanks to Factory 19/20 team sebagai first factory aku berkhidmat. Banyak mendapat ilmu dari sini gak, started from zero knowledge of glove process kat kilang ni.

Ni antara member F19/20 yang tinggal, as at June 2014. Yang lain orang baru, tak kenal. Hehe...

Previous F19/20 team, 2012.



Farewell Dinner [23/06/2014]

Member-member QA especially IPQC (In-Process Quality Control) team anjurkan makan-makan kat Polperro Steak House, Seksyen 7 Shah Alam. Sini makan memang best dan berbaloi! Malam tu ramai gak datang meraikan misi 'melarikan diri' aku ni. Ahakz~ Thanks semua for the dinner & hadiah belt tu.  :)


QA bosses & colleagues yang sempoi, ex-IPQCs pun datang, makasih yer... :)

All the best to QA team!

Thanks guys for this belt! Banyak ia berkhidmat kat aku sekarang.



QA Bowling [18/06/2014]

Sebelum aku chow, kitorang bebudak QA sempat buat bowling game kat Setia City Mall. Takde kira menang kalah, main sekadar suka-suka, untuk relakskan minda dan fizikal, di samping merapatkan ukhwah antara rakan sekerja. Chewah, ayat nak karangan SPM sangat. LOL~ Yang penting, kitorang had fun!

Strike, spare, or masuk longkang, itu belakang cerita. Yang penting enjoy!



TG Annual Dinner [13/06/2014]

Satu Top Glove buat farewell kat aku. Sobs...sobs... terharu!
#tetibaperasansendiri

TG annual dinner, biasanya dibuat pada pertengahan tahun. Jadi, sempatlah aku attend dinner ni dengan berbaki seminggu lagi untuk chow.

Tema malam tu Glitz & Glamour Red. Walaupun diri ni tak glamer, buat-buat je la macam glamer. Hehe~ Nasib baik tema simple, kalau tema pelik-pelik dan susah, memang aku attend dengan t-shirt kilang je la. Hoho...

Merah menyala sungguh! Sempat bergambar dengan Tan Sri Lim Wee Chai, TG Chairman.

Kemerahan F24 team & QA team.


Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan perjalanan yang aku tempuhi kat Top Glove. Semoga semua rakan berjaya, insyaAllah~ Doakan juga yang terbaik untuk perjalanan aku yang seterusnya. Thanks!  :)



**********
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua muslim. Mari bersama meningkatkan amal ibadah kita kepada-Nya. Semoga Ramadhan kita kali ni jauh lebih baik daripada yang sebelumnya. Aamiin~





Monday, June 9, 2014

2014: The Amazing Spider-Man 2, Godzilla, X-Men Days of Future Past, Edge of Tomorrow, Maleficent



Pertengahan tahun sememangnya dipenuhi dengan filem-filem mantap yang memecahkan panggung seluruh dunia. Orang macam aku ni, kalau filem tu best (based on early rating), aku pergi tengok la. Tapi kalau tak best, tak nak aku habiskan duit tengok kat panggung, wastage ja. Filem-filem di bawah ni antara yang best! Jom layan~



The Amazing Spider-Man 2


Sambungan daripada first filem, The Amazing Spider-Man [2012], filem kedua ni memberi fokus kepada hubungan Peter Parker a.k.a Spider-Man (Andrew Garfield) dengan Gwen Stacy (Emma Stone) selepas diorang graduated from high school, di samping hubungan dengan rakan baiknya, Harry Osborn (Dane DeHaan). Selain tu, misteri tentang ibu bapa Peter turut dirungkaikan dalam cerita ni. Dan paling penting, cabaran dihadapi oleh Spider-Man tu lebih besar dengan musuh yang giler kuat, Electro (Jamie Foxx).


Peter terpaksa memutuskan hubungannya dengan Gwen demi untuk menuruti janjinya kepada ayah Gwen (rujuk first movie). Harry Osborn turut menambah dilema Peter apabila dia berniat nak mendapatkan darah Spider-Man untuk mengubati penyakit keturunannya. Max Dillon pula yang mulanya sangat mengkagumi Spider-Man accidentally berubah menjadi penentang terhebat, iaitu Electro.


Konflik yang dihadapi sebagai Peter Parker & sebagai Spider-Man diselarikan dengan baik untuk mewujudkan beberapa permasalahan yang seterusnya memberi kita kejutan di akhir cerita. Unexpected & dramatic ending! Itu yang aku boleh cakap. Nak menangis jap...sob...sob...


The best feeling akan melonjak lagi kalau korang dah tengok filem yang pertama, sebab misteri dalam first tu terjawab di sini. Apa yang best lagi of course la action si manusia lelabah ni. Musuh dia lawan bukan sorang je, kena lagi musuh pun kuat. Apapun, Spider-Man still dengan sikap cool & steady-nya~ Nice Spidey!


Ni antara cerita superhero yang jiwang banyak. Elemen kasih sayang sesungguhnya menguatkan lagi cerita ni. Kasih Peter terhadap ibu ayahnya walaupun dia membesar tanpa parents & paling penting cinta Peter terhadap Gwen. Fuuuh, romantik sungguh kau Spider-Man! Haha~


Filem The Amazing Spider-Man 2 [2014] ni tak mengecewakan secara keseluruhan. Cuma ada certain part yang banyak melarat dan certain part yang macam 'cepat' berlaku, jadi fokus penceritaan tu macam lari-lari sikit. So aku boleh katakan average la. Aku bagi bintang 7.5/10.



Godzilla [2014]


Korang ingat lagi tak betapa famous-nya binatang gergasi ni dulu. Masa filem Godzilla hollywood tu keluar, aku baru Darjah 4. Dah la masa kecik aku suka sangat dinosaur, memang terus melekat la dengan Godzilla sekali. Ehem... tu cerita zaman aku hingusan k, sekarang lain la...haha~


Ceritanya begini, Godzilla, iaitu seekor pemangsa purba dan MUTO (Massive Unidentified Terrestrial Organism), sejenis parasit purba telah hidup dari zaman era yang sama, dan kedua-duanya memerlukan sumber radiasi untuk kekal hidup. Godzilla menyesuaikan diri hidup di dalam lautan dengan memakan radiasi semulajadi tapi MUTO lebih tertarik kepada radiasi buatan manusia seperti senjata nuklear.


Pihak berkepentingan termasuklah saintis Dr. Ishiro Serizawa (Ken Watanabe) telah mengkaji dan merahsiakan kewujudan MUTO tapi akhirnya membawa masalah kat diorang sendiri. Then, Godzilla muncul apabila MUTO yang mulanya dorman menjadi aktif. Ford Brody (Aaron Taylor-Johnson) pula adalah antara tentera yang join menentang Godzilla dan MUTO yang mengancam keselamatan manusia. Berjayakah Ford dalam misinya? Hurm...


Kalau dibandingkan dengan Godzilla [1998], filem 2014 ni lebih mantap dari banyak segi dan plot cerita pun berkembang dengan lagi baik. Cerita tak berkisar semata-mata kepada Godzilla tersebut, tetapi fokus turut tertumpu kepada watak Ford Brody dan keluarganya. The story tak susah untuk faham, tak complicated.


Design Godzilla tu cantik, dengan CGI yang smart, nampak realistik (konon aku ni tau sangat pasal teknik CGI. Haha...tapi serius lawa!). Stylo je tengok Godzilla tu munculkan diri, walaupun dia muncul lambat sikit dalam cerita ni. Godzilla ni memang bapak besar, dan pertarungan dengan dua ekor MUTO tu pula memang epik!


Padat dengan thrill, apatah lagi masa tentera-tentera manusia nak menentang binatang-binatang gergasi tu. Parts tu terasa thrill-nya~ Dengan visual efek yang cantik, aksi filem ni, tak kira la manusia menentang raksasa, atau raksasa bertarung dengan raksasa, sememangnya ada kelainan dari yang biasa.


Tengok Godzilla [2014] seolah-olah tengok cerita Ultraman (feveret aku dan korang waktu kecik-kecik dulu, kan?), tapi dalam skop yang lebih matang (sesuai untuk dewasa la) dan plot serta konflik yang lebih berkembang. Bintang aku bagi 7.5/10.



X-Men: Days of Future Past


 Siri X-Men kembali dengan filem ke-7 yang menggabungkan karekter baru dan lama. Pelakon-pelakon X-Men yang lama pun muncul semula. Dari kecik lagi, X-Men jadi feveret aku, dalam cartoon, game dan filem.


Tapi aku tak puas hati sikit dengan siri filem X-Men sebab karekter-karekter feveret aku tak muncul-muncul, kalau ada pun, muncul ala kadar je, termasuklah dalam filem baru ni. Yes, tak boleh la nak pentingkan personal interest aku kan, so yang tu tolak tepi, apapun siri X-Men memang layan, especially X-Men: Days of Future Past [2014], which is amazing!


Cerita X-Men ni dimulakan dengan set waktu ke zaman hadapan yang mana robot dikenali sebagai Sentinel berleluasa menghapuskan mutan dan manusia pembawa gen mutan. Sekumpulan mutan yang masih selamat termasuklah Professor Xavier (Patrick Stewart), Magneto (Ian McKellen) dan Wolverine (Hugh Jackman) merancang untuk membetulkan semula keadaan tersebut. Dengan abiliti Kitty Pryde (Ellen Page), minda sedar Wolverine berjaya dihantar balik ke tahun 1973.


Misi Wolverine adalah menghalang Mystique (Jennifer Lawrence) daripada membunuh Bolivar Trask, pencipta asal Sentinel. Pembunuhan Trask akan menyebabkan projek Sentinel dimulakan, maka kejadian itulah yang perlu dielakkan. Untuk menjayakan misi tu, Wolverine harus mendapatkan bantuan daripada Xavier (James McAvoy) dan Magneto (Michael Fassbender) yang masih muda lagi at that time, tapi bukan senang tau. Okay selanjutnya, jom layan kat panggung!


Penceritaan filem ni cukup bagus, sebab walaupun konflik berlaku di skala yang besar, sambil dikaitkan dengan kisah X-Men dulu, cerita kali ni tetap kuat dan tak terjejas dengan kesan cerita yang lepas. Penceritaan punya style tersendiri dan berbeza dengan filem-filem X-Men sebelum ni yang sedikit straightforward.


As usual, karekter X-Men kan ramai, macam-macam mutan. This one siap ada double lagi, Professor X dan Magneto yang masih muda dan yang dah tua. Walaupun ramai, filem ni berjaya manage watak-watak mutan tu tanpa nampak 'semak' dan menjejaskan flow cerita.


Walaupun aksi tak berapa banyak (rasanya la), tapi babak-babak mencemaskan ternyata sangat menjadi, kira tak keruan jugak la tengok (over pulak haha...). Lagi satu, jalan ceritanya susah sikit nak ramal, macam anything could happen. Jadi tu yang rasa saspen sikit.


Jelasnya, ini adalah filem X-Men yang terbaik so far. Tak sangka kali ni ada kelainan dan lebih best daripada filem-filem sebelumnya. Bukan cakap before this tak best, tapi filem baru ni better. But, another thing, masukkan la karekter Gambit, huh! Okay la, bukannya producer dengar pun, apapun aku bagi 9/10 bintang.




Edge of Tomorrow


Edge of Tomorrow [2014] mengisahkan tentang peperangan manusia terhadap spesies alien yang dikenali sebagai Mimics yang telah bertapak selama 5 tahun di Bumi. Bagi menentang Mimics, ketenteraan NATO menubuhkan United Defense Forces (UDF) yang dilengkapi dengan jentera perang exoskeleton, Jackets.


Major William Cage (Tom Cruise), jurucakap UDF dipanggil ke London untuk menyertai Operation Downfall, iaitu operasi penentangan Mimics kat Europe. Operasi tu dilancarkan selepas kemenangan UDF kat Verdun, France, atas kehebatan Rita Vrataski (Emily Blunt). Tapi William Cage membantah arahan tersebut atas alasan dia bukan seorang askar. In that situation, bantahan Cage tu nak didengar ker? Hah, try la tengok macam mana Cage berubah from totally zero to ultimate hero~


Tengok cerita ni macam tengah main game, kau failed kat satu stage, then kau kena repeat balik untuk lepas the stage, tekan balik Start button. Halangan yang dihadapi sudah tentu bukan mudah. Cuma yang bezanya, tiada kata caci maki dilontarkan bila kegagalan tu berlaku, tak macam main video game! Eh, aku cakap pasal diri sendiri ka ni? Bwahaha~


Storyline-nya tak tipikal seperti filem 'human VS alien' yang lain. Asal-usul alien tu tak diceritakan secara detail dan aksi pertarungan pun tak banyak sangat, tapi bagi aku itu tak menjejaskan the story sebab yang penting kat sini, how to eliminate the 'things'. Berkembangnya persoalan "How?" tu yang best!


Humor! Walaupun genre sains fiksyen dan aksi, tapi terselit unsur kelakar spontan. Memang tergelak tengok, kena lagi lakonan Tom Cruise yang bersahaja. Haha~ kira enjoy la tengok, tak tegang memanjang.


Korang akan rasa excited untuk tahu what is the next sepanjang tengok movie ni. Feel the thrill! Lakonan Emily Blunt sebagai pompuan lasak sangat sesuai dan menjadi. Dan Tom Cruise pun masih power untuk filem aksi.


Mula-mula, aku tak berminat nak tengok filem ni, "It's such a typical movie", anggapan awal aku la. Bila tengok, baru rasa, "Eh, stylo-nya cerita ni, unexpected story!". Secara keseluruhannya, aku bagi 8.5/10 bintang.




Maleficent


Biasanya cerita fairy tale Disney fokus kepada kisah putera puteri raja, kan? Yang baik tetap baik, yang jahat tetap jahat dan harus 'dihapuskan'. Filem Maleficent [2014] pula telah diterbalikkan konsep tu, yang jahat tak semestinya jahat dan yang nampak baik, tak semestinya baik. Jadi, Maleficent ni jahat ker baik?


Maleficent (Angelina Jolie) ialah powerful fairy yang tinggal kat Moors, kawasan magis yang bersempadan dengan kerajaan manusia. Maleficent jatuh cinta dengan seorang manusia, Stefan (Sharlto Copley) sejak diorang kecik lagi. Namun atas dasar hendak takhta raja, Stefan mengkhianati Maleficent yang menyebabkan Maleficent patah hati dan berarah ke arah kegelapan.


Sebab dendam, Maleficent mengenakan sumpahan tidur ke atas puteri Stefan, Aurora (Elle Fanning) yang akan efek jika jarinya tertusuk jarum mesin tenunan apabila dia mencapai umur 16 tahun. Namun atas rayuan Stefan, Maleficent kenakan syarat yang Aurora boleh bangun hanya dengan 'true love's kiss'. Cececeh~ So, apa yang berlaku antara Maleficent, Stefan dan Aurora selepas tu?


Idea untuk pusing balik cerita dongeng Sleeping Beauty ni agak bagus, sebab penceritaannya dari sudut yang lain. Dongengnya, puteri tu tertidur panjang atas sumpahan, then seorang putera datang berjaya membangunkan si puteri. Dalam Maleficent, apa yang terjadi tak seindah begitu. Maybe, twisting the story adalah sebab nak tarik minat untuk orang layan balik cerita dongeng tu.


Konflik cerita ni tak rumit sangat dan plot pula sedikit mendatar. Klimaks macam tak cukup ke puncak. Itu sajalah kot kurangnya, tapi kira mudahlah nak layan, nak tengok santai-santai macam tu okay la.


Angelina Jolie memang best bawa watak Maleficent, bila jadi jahat, memang nampak jahat. Kiranya menjadi la dia pegang watak tu, jelas dark side-nya. Dan masih cantik seperti dulu. Hehe~


Keseluruhannya, filem ni tak berat untuk ditonton, simple & direct. Cuma kalau plot tu lebih luas, mesti filem ni lebih menarik. Okay, aku bagi 6.5/10 bintang.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...