Masa cuti hari tu, salah satu sebab family aku pergi Pitas Sabah adalah atas urusan tanah yang dari dulu tak selesai-selesai. Begini, arwah atuk (sebelah mak) ada buat permohonan tanah di Pitas, tahun 1972. Arwah atuk aku pun memang orang asal situ. Then, rumah diorang terbakar, rasanya 2-3 tahun selepas tu. Beberapa dokumen penting berkaitan permohonan ni hangus sekali.
Something wrong wujud bila tanah yang arwah atuk aku ni mohon kononnya berlapis/bertindih dengan permohonan sorang yang tak dikenali, aku gelarkan Ms. L. Dia ni bukan penduduk asal, even ketua kampung pun tak kenal Ms. L ni. Cek punya cek, Ms. L ni memohon dalam tahun 1979 camtu.
Then, arwah atuk aku memohon balik tahun 1999, sedangkan sepatutnya Pejabat Pitas tu ada simpanan diorang sendiri. Pelik, camna permohonan tahun 1972 tiada dalam simpanan diorang? Nasib baik kitorang masih ada pegang beberapa dokumen salinan, so susah sikit kalau nak ditipu.
Lepas arwah atuk aku meninggal, mak aku yang uruskan permohonan tanah ni, bermula tahun 2004, time aku sekolah menengah lagi. Bayangkan, dah 8 tahun tak setel jugak. Dah la nak pergi Pitas Kudat tu jauh, lepas tu sampai sana, layanan yang tak best diterima.
Ada pegawai kat situ yang mati-matian cakap tanah yang dimohon tu berlapis dengan Ms. L, tapi kenapa ada staf situ yang cek pelan tanah yang dimohon tu tak berlapis dengan Ms. L. Kalau betul berlapis, bukti yang diorang tunjuk tak kukuh! Main cakap je, budak tadika pun boleh buat bos.
Lagi satu, bila mak aku tanya tentang fail Ms. L ni, nak tanya & check how berlapisnya tanah tu. Apa jawapan diorang, "Tiada fail Ms. L di sini". What? Macam mana orang tu boleh dapat tanah tapi fail permohonan dia tiada dalam simpanan. Stupid answer~
Bila mak aku minta fail permohonan arwah atuk yang latest (1999), dia bagitau apa? Fail tu hilang... Betapa slumber-nya cakap fail hilang, korang di situ buat kerja ker buat taik mata? Fail penting senang-senang boleh hilang??? Yang best-nya, awal tahun ni fail tu berjaya dijumpai. Hurm... :-\
Jabatan Tanah & Ukur Daerah Pitas memang seriously s**t! Tak membantu tapi lagi menyusahkan, sorry to say. Sebelum ni mak aku yang cerita tentang putar-belit diorang ni, tapi baru-baru ni aku saksikan sendiri betapa tidak betulnya pengurusan di situ.
28/08/12:
Aku temankan mak aku ambil surat ulasan Jurukur Daerah Pitas sebab benda ni yang penting sebenarnya. Surat ni akan mengulas adakah permohonan arwah atuk aku tu lulus atau gagal, disertakan bukti dan sebab. Lagipun HQ di Kota Kinabalu nakkan surat ulasan ni. Secara logiknya, sepatutnya surat ni wujud dari dulu lagi, kenapa sekarang baru siap?
Dah dapat surat tu, aku pun baca, "Permohonan tidak diluluskan sebab bertindih". Surat ditulis oleh Pegawai Tanah. So, mana surat ulasan yang ditulis oleh Juruukur, itu surat yang diperlukan sebenarnya. Surat yang dia bagi tu tak berguna pun sebab ia bukan surat ulasan, itu hanya pernyataan.
Before 'menagih' surat yang sepatutnya dengan Jabatan Tanah & Ukur Pitas, kitorang pergi dulu ke Jabatan Tanah & Ukur Daerah Kudat. Nak minta if diorang ada simpan dokumen arwah atuk aku dulu (permohonan 1972). Sampai ke Pejabat Kudat dalam waktu tengahari.
"Semua dokumen permohonan untuk Pitas dari tahun 1970-1990 sudah kami hantar ke Pejabat Pitas, so kami tiada simpan sudah. Semua Pejabat Pitas tu yang simpan."
Ok, pergi Pejabat Pitas balik pada waktu petang.
"Kami mau minta surat ulasan yang di-sign oleh Jurukur Daerah Pitas."
"Aik, tadi pagi sudah dibagi, kan?"
"Bukan itu kami mau, itu bukan surat ulasan Juruukur."
Aku yakin aku betul sebab surat tu hanya menyatakan bahawa "Menurut ulasan Juruukur, permohonan bla bla bla...", jadi mesti adanya surat ulasan Juruukur diorang simpan.
"Owh, itu kami ndak boleh bagi, itu sulit."
(*ndak = tidak)
"Kenapa pula? Kami mau tengok apa sebabnya permohonan ni tidak diluluskan."
"Itulah tu surat ulasan yang kamu mau tu. Kau tinguk ba tu, 4 sudah mata kau, ndak kau nampak lagikah?"
(sambil dia tunjuk surat useless tu)
(dia sindir aku 4 mata sebab pakai spec mata, cis!)
(*tinguk = tengok)
"Bukan, surat ni hanya menyatakan..."
"Kau tu budak lagi, janganlah kau menengkar!"
(*menengkar = bertengkar)
Woohoohoo, memang rasa tercabar. Walaupun aku ada terfikir sejenak masa tu, "Babyface-kah muka aku ni?" (LOL), tapi tetap tak puas hati dianggap macam budak-budak!
Dengan tenang, aku jawab balik,
"Bukan mau menengkar, tapi mau belajar. Benda baru perlu dibelajar."
Lepas aku macam dah naik angin sikit, mak aku cuba redakan keadaan. Serius aku geram dengan pakcik tu, cakap putar belit. Mulanya dia cakap surat ulasan tu tak boleh bagi, lepas tu dia cakap nanti dia akan bagi. Jelas sangat putar belit.
Lepas tu, pegawai tu suruh kerani dia carikan fail arwah atuk aku sebab surat ulasan ada kat dalam, tapi cari-cari tak jumpa. Susah ni, pagi tadi ada, petang tu dah hilang balik.
"Ndak tau la di mana fail tu, ndak jumpa."
Pejabat ni memang pelik, mungkin ada hantu fail suka berkeliaran di situ. Sistem perfailan apa yang diorang pakai sampai fail-fail penting boleh hilang.
Btw, mak aku ada bagitau juga yang Jabatan Tanah & Ukur Kudat dah pindahkan semua fail dari tahun 1970 ke Pejabat Pitas. Tapi Pejabat Pitas cakap diorang start simpan fail dari lebih kurang tahun 1975. So, siapa yang menipu sebenarnya ni?
Siap dia suggest lagi kami cari Ms. L & bincang terus dengan dia. Yo, kalau kami ni kenal Ms. L, dah lama cari dia, masalahnya tak kenal & tanya korang kat mana dia tinggal, korang pun tak tau, fail dia pun korang tak simpan. Tak paham aku!
29/08/12:
Esoknya datang lagi untuk menuntut fail yang entah ke mana menghilang. Ketua kampung pun datang sekali. Sampai sana, ok fail ada tapi surat ulasan tetap tak ada.
"Ok, surat ni dibatalkan (maksudnya surat yang aku cakap useless tu).
Kamu kena minta surat ketua kampung ni yang menyatakan bahawa Ms. L tidak layak sebab dia bukan penduduk asal & tidak dikenali oleh penduduk kampung."
Wah, dah makin menjadi-jadi pelik ni. Senang-senang diorang batalkan surat, dan kali ni minta surat daripada ketua kampung pula untuk sokongan. Diorang ni kejap tu, kejap ni, macam sedang main sesuatu.
Takper, ikut je dulu. Ok, dah dapat surat ketua kampung. Bila nak pass surat tu, pegawai yang incharge (Mr. R) tu hilang.
Dalam pukul 11am camtu dah lesap dari office. Tunggu punya tunggu, batang hidung pun tak nampak. Tanya pegawai dan kerani situ, diorang pun tak tau mana Mr. R pergi. Boleh pula camtu, kan? Ketua kampung yang tunggu sekali pun dah naik penat.
After lunch, kitorang datang lagi sekali, tapi sampai 3.30pm tunggu pun, Mr. R tak muncul. Aik, dia ni breakfast + lunch sampai petangkah?
Kerani kat situ siap boleh cakap yang diorang tiada simpan nombor handphone Mr. R. Susah betul mau percaya, staf dalam tu berapa orang je, kerja sama-sama dah bertahun-tahun, takkan nombor telefon pun tak simpan.
Ok, kalau tak nak bagi pun, tolonglah telefon Mr. R tu, tanya dia ada di mana. Aku yang jadi stress masa tu, nak pass surat pun susah, orang ditunggu entah ke mana. Dahlah time tu nak kejar masa pulang Sandakan.
Terpaksalah bagi surat ketua kampung kepada kerani yang tak pandai pakai handphone tu. Tak puas hati tak dapat jumpa Mr. R tu sebab ada beberapa perkara lagi nak bincang.
Apa boleh buat, tiada rezeki. Next time pergi lagi, diorang jangan cakap pula surat tu tak terimalah, hilanglah, tak betullah, apalah. Dah penat + geram dengar alasan tu.
*Ramai orang cakap kat Jabatan Tanah & Ukur Pitas ni selalu ada masalah tanah. Tanah bertindihlah, tanah hak milik orang lainlah, fail hilanglah, fail tiada dalam simpananlah. Susahlah penduduk setempat nak maju kalau pengurusan macam ni. Sedarlah sikit, ketelusan & kejujuran tu penting kalau nak dapat berkat hidup dunia & akhirat. Tak tahulah diorang ni menipu atau tak, masalahnya daripada cara & tindakan yang dibuat, sesiapa sahaja boleh suspek ada suatu yang tak kena dengan management diorang ni. Apapun, please tingkatkan prestasi & elakkan korupsi ok!