Tuesday, January 17, 2012

Fikir Dulu Sebelum 'Tekan Tekan Tekan'



 Assalamualaikum & salam sejahtera~


Sekarang zaman IT kan, communication di hujung jari. Tekan tekan tekan, dah boleh sampai apa yang nak dikatakan. Senang, memang untunglah kita-kita yang hidup zaman sekarang ni. Tapi, senang-senang pun, kekadang kita boleh jadi terlalu senang untuk main lepas sahaja. Ok, Facebook memang mantap, kan? Kita berhubung dengan beratus hingga beribu kawan dengan mudah & enjoy. Benda asas ni budak kecik pun tau, dorang pun ada FB bah. Kanak-kanak IT lah katakan.

Dalam internet especially FB, kita boleh taip apa kita yang kita mahu kan? Free~ Satu ayat kita tu berpuluh, beratus hingga beribu orang baca. Apa emosi kita pada masa tu, disalurkan pada FB. FB ni kadang-kadang macam dah jadi penerima universal. Tapi sometimes kita lupa kesan kepada apa yang kita salurkan dalam FB. Kekadang, kesat sangat 'kata-kata' kita tu, kalaulah 'kata-kata' tu boleh transform kepada sesuatu pepejal, pepejal itulah benda paling kesat di dunia ni. Mungkinlah...

Jari-jemari kita ni jangan sedap je taip itu ini, akal kita ni yang kena digunakan dulu sebaik-baiknya, barulah perkara baik yang dapat disalurkan dari otak ke jari. Janganlah hati yang penuh nafsu tu jadi tunggak kepada idea-idea 'bernas' untuk disampaikan ke dalam FB. Nafsu kita memanglah puas sebab ada penyokong kuat dari belakang yang bisik-bisik di telinga kita.

FB & laman maya yang lain adalah indirectly public. Kita cakap benda negatif, then maki hamun, agak-agak perkara yang kita isukan tu boleh settle ka? Biasanya makin teruk kan? So, jangan puaskan nafsu jak, fikirkan kesan yang mendatang. Budak-budak kecik pun ada FB bah, so kita yang dewasa janganlah tunjukkan yang x baik. Apa yang aku takuti sebenarnya, jangan sampai FB ni boleh jadi penyumbang kepada perpecahan masyarakat kita dalam kesan jangka masa panjang. Nauzubillah. Tak mustahil, kan? Renungkanlah.

Dulu mungkin kita selalu luahkan emosi & masalah kita kepada orang rapat, then boleh discuss & nasihat-menasihati untuk selesaikan. Sekarang mungkin kita selalu luahkan terus kepada beratus hingga beribu rakan maya sekaligus & kalau korang setujulah, bagi aku ia tak effective compare dengan cara 'kuno'. 

Akhir kata, gunalah FB & laman sosial maya yang lain secara positif. Aku pun kadang-kadang over juga bila post something, aku akui. That's why perkara ni aku tujukan kepada diri sendiri & semua. Mari sama-sama bergerak kepada perkara baik. Jom!



Thursday, January 12, 2012

Dah Sampai Limit?



 Assalamualaikum & salam sejahtera~


Aku mau story sikit pasal keja aku hari ni. Today is my last day of training, but doesnt mean that I had learnt everything. Banyak lagi aku x tau, kena tau sikit-sikit. Tapi yang 'sikit' tu pun, banyak sebenarnya. Tadi pagi my senior colleague suruh ambil Quality Analysis Data from QA Department. Main minta camtu jak, dekat 20++ keping paper aku kena bagi tapi satu keping je yang betul. Kira waste paper juga la. Haha~

After aku salah faham pasal collection data tu, aku try la tanya dengan sorang akak senior QA pasal Quality Inspection and Quality Analysis. Walaupun hari tu dah training dengan dia, tapi kali ni belajar lagi mendalam, otak aku pun kena kerja keraslah untuk absorb a lot of info on that time. Time tu aku rasa otak aku dah sampai limit, sudah tepu sedangkan tu belum semua info pasal QA lagi. Aku pun dengan kepala yang pening balik semula ke ofis. Petang tu aku ada last training, aku pun time tu macam x yakin aku bole catch up additional info lagi.

Syukur Alhamdulillah, lepas dah lunch & solat, otak aku kembali segar & boleh terima lagi knowledge tambahan time training petang tu. Training petang tu pula pasal Production Line of Glove. Yang ni pasal proses penghasilan glove tu, chemical, equipment, etc yang digunakan. Aku salute trainer aku tu sebab memang dia explain dengan sungguh-sungguh and detail. So, memang banyak perkara aku belajar daripada dia. Many thanks to him.

Konklusinya, hari ni memang busy, tapi memang puas hatilah, haha~ Mungkin sebab dah lama x busy macam ni. Esok pun ada dua kerja penting kena buat & dua benda tu pun 1st time bagi aku. Senior member aku tu pula xda esok, so aku kena settle kan semua, risau gak esok nanti camna. Moga-moga semua OK, InsyaAllah. Korang doakanlah sekali ya. TQ. Hehe~ :)



Saturday, January 7, 2012

Safety First



    Assalamualaikum & salam sejahtera~

Hari Jumaat lepas, kilang tempat kerja aku buat Safety Meeting, membincangkan tentang accident rate yang berlaku sepanjang beberapa bulan lepas, langkah mencegah berlakunya accident & latihan keselamatan. Meeting ni pukul 5 pm ya, take note & attendance for staff was compulsory. 

Petang tu, dalam 2.15 pm aku sampai office, lepas solat Jumaat. Suddenly my colleagues informed me, ada R&D Meeting pukul 2.30 pm. Aku berfikir time tu, "Petang ni memang kaya dengan meeting", sebab pukul 3.30 pm sambung pula dengan Daily Quality Meeting (DQM), meeting yang ni memang buat hari-hari. Satu problem aku time meeting, aku selalu terlelap. Aku try tahan pun x mampu, maybe sebab aku x tau sangat apa yang dibincangkan (masih new bah...hehe~) & aku just jadi pendengar saja. Tapi memang risaulah kalau ada yang perasan especially boss.  

DQM tu habis dalam pukul 4.40 pm camtu, then aku pergilah kejap ke office, settlekan beberapa hal sikit. After that, berkejarlah balik ke bilik meeting untuk menghadiri Safety Meeting yang kononnya wajib tu. Sepanjang meeting, memang sungguh aku rasa 'loya' & kasihan bila lihat gambar-gambar workers yang mengalami accident di production lines, I mean sewaktu bekerja dalam kilang. Memang tragis la, sampai aku pun rasa takut-takut ni. Ada yang luka di kepala, ada yang kulit tangan dia koyak, ada yang terbelah dekat kuku, ada yang kaki terkoyak, pipi koyak. Nauzubillah. Harap-harap lepas ni, accident akan berkurangan & seterusnya zero. InsyaAllah. By the way, sampai habis meeting, attendance x kena ambil pun. Aku & beberapa orang staff memang x puas hati, kononnya wajib, padahal x datang pun x apa. 

Tambahan info, dalam dua minggu lepas, ada juga accident di jalan raya, dekat dengan hostel workers. Kononnya, seorang pekerja tu, warga Nepal kalau x silap, kena langgar oleh bas. Then, worker tu meninggal dunia. Detail pasal kejadian ni aku x tau sangat. Actually, foreign workers ni kebanyakannya berbasikal & masalahnya ramai di antara diorang ni yang x bawa berhati-hati. Seolah-olah macam basikal diorang tu lagi kebal daripada kereta & kenderaan berenjin yang lain. Itulah problem jalan di sini. Hal inilah yang aku perasan sepanjang dah hampir sebulan aku bekerja di sini.


Pesanan: Kita haruslah berhati-hati tak kira masa, tempat, dan dalam apa jua situasi atau keadaan. :)


p/s: Sebenarnya aku mau share beberapa gambar accident tu di entri ni, tapi xda simpan pula. Next time lah.



Schizophrenia

   


  Assalamualaikum & salam sejahtera

Siapa tahu atau pernah dengar pasal Schizophrenia? First & foremost, siapa yang suka makan tu, ignore je la post ni sebab Schizophrenia ni bukan makanan. Siapa yang suka melancong atau bercuti pun dialu-alu untuk abaikan sebab ia bukan nama tempat tau. Tapi siapa yang suka cari penyakit tu, hah, andalah orang yang sesuai untuk teruskan. Haha~ gurau-gurau aja bah. Ok, cukup minta puji sampai di sini. :p

Actually, Schizophrenia ni sejenis penyakit mental yang teruk iaitu berlakunya kecacatan berterusan pada penerimaan/persepsi seseorang terhadap gambaran alam sebenar. Susah mau faham ya? Seseorang dengan penyakit ni menunjukkan pemikiran yang tak teratur, dan biasanya mengalami halusinasi pendengaran, delusi, dan percakapan yang tak berapa betul. 

Aku bagi contohlah, kamu sedang duduk di dalam bilik, then tiba-tiba ada Doraemon duduk depan kamu, then kamu pun berbual-buallah dengan dia. Maybe kamu tanya dia, "Nobita sihat?", then dia pun jawab, "X sihat, nyawa-nyawa ikan dia dibelasah Giant." Dalam kes ni, si Doraemon tu x wujud sebenarnya, tapi kamu anggap dia wujud. Maksudnya kamu berdelusi & kemungkinan besar kamu menghidap Schizophrenia. Tapi ingat, pesakit Schizophrenia ni bukan orang gila, cuma sakit ja.

Beberapa punca kepada Schizophrenia ni termasuklah faktor genetik, persekitaran, masalah sistem saraf, dan lain-lain lagilah. Wah, macam aku jadi cikgu pula mengajar anak-anak murid. Mentang-mentanglah sekarang baru buka sekolah. Hehe... Faktor persekitaran ni seperti penderaan atau buli yang menyebabkan trauma, ketakstabilan emosi, dan lain-lain lagi. Faktor genetik dan permasalahan sistem saraf pula melibatkan perkara sains & dalaman badan manusia. Kalau kamu ada masa, pergilah kaji sendiri ya, nanti kalau dapat apa-apa info, inform je di sini. :)

Pernah tonton movie A Beautiful Mind (2001)? Movie ni memang sangat BEST & made based on true story. Kisah dia pasal kehidupan John Nash, seorang Nobel Laureate dalam Economics. Dia ni genius dalam bidang matematik sehingga teori-teori yang diciptanya diguna pakai dalam bidang ekonomi, biologi evolusi, politik, teori ketenteraan dan macam-macam lagi. But the thing is dia menghidapi penyakit Schizophrenia. Dia mengalami delusi & halusinasi. Macam-macam perkara yang terjadi tanpa disedari bahawa sesetengah perkara tersebut adalah khayalannya sendiri. Kalau mau tahu apa yang realiti & apa yang delusi, tontonlah sendiri. Aku bagi bintang 4.5 / 5. Thumbs up! 


John Forbes Nash, Jr.

A Beautiful Mind


By the way, aku suka baca novel Ramlee Awang Murshid, novelis thriller No. 1 Malaysia. Salah satu novel dia yang aku suka adalah Rahsia Perindu, yang mengisahkan sebuah cerita berkisar penyakit Schizophrenia ni. Cerita novel ni memang BEST dan storyline dia memang sangat unexpected. Hebat cara Mr. Ramlee ni ceritakan. Better kamu bacalah, x rugi bah. Novel ni aku bagi bintang 4.5 / 5 gak. :)

Rahsia Perindu

Pesanan daripada novel ni, 'Berhati-hatilah Dengan Realiti, Kemungkinan Ia Sekadar Fantasi.' Jadi, betulkah anda sekarang berada dalam realiti? Atau x sedar anda sebenarnya berimaginasi. Haha~ Try cubit pipi sampai berdarah, kalau keluar darah, maksudnya anda dalam realitilah tu. :p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...