Sekarang zaman IT kan, communication di hujung jari. Tekan tekan tekan, dah boleh sampai apa yang nak dikatakan. Senang, memang untunglah kita-kita yang hidup zaman sekarang ni. Tapi, senang-senang pun, kekadang kita boleh jadi terlalu senang untuk main lepas sahaja. Ok, Facebook memang mantap, kan? Kita berhubung dengan beratus hingga beribu kawan dengan mudah & enjoy. Benda asas ni budak kecik pun tau, dorang pun ada FB bah. Kanak-kanak IT lah katakan.
Dalam internet especially FB, kita boleh taip apa kita yang kita mahu kan? Free~ Satu ayat kita tu berpuluh, beratus hingga beribu orang baca. Apa emosi kita pada masa tu, disalurkan pada FB. FB ni kadang-kadang macam dah jadi penerima universal. Tapi sometimes kita lupa kesan kepada apa yang kita salurkan dalam FB. Kekadang, kesat sangat 'kata-kata' kita tu, kalaulah 'kata-kata' tu boleh transform kepada sesuatu pepejal, pepejal itulah benda paling kesat di dunia ni. Mungkinlah...
Jari-jemari kita ni jangan sedap je taip itu ini, akal kita ni yang kena digunakan dulu sebaik-baiknya, barulah perkara baik yang dapat disalurkan dari otak ke jari. Janganlah hati yang penuh nafsu tu jadi tunggak kepada idea-idea 'bernas' untuk disampaikan ke dalam FB. Nafsu kita memanglah puas sebab ada penyokong kuat dari belakang yang bisik-bisik di telinga kita.
FB & laman maya yang lain adalah indirectly public. Kita cakap benda negatif, then maki hamun, agak-agak perkara yang kita isukan tu boleh settle ka? Biasanya makin teruk kan? So, jangan puaskan nafsu jak, fikirkan kesan yang mendatang. Budak-budak kecik pun ada FB bah, so kita yang dewasa janganlah tunjukkan yang x baik. Apa yang aku takuti sebenarnya, jangan sampai FB ni boleh jadi penyumbang kepada perpecahan masyarakat kita dalam kesan jangka masa panjang. Nauzubillah. Tak mustahil, kan? Renungkanlah.
Dulu mungkin kita selalu luahkan emosi & masalah kita kepada orang rapat, then boleh discuss & nasihat-menasihati untuk selesaikan. Sekarang mungkin kita selalu luahkan terus kepada beratus hingga beribu rakan maya sekaligus & kalau korang setujulah, bagi aku ia tak effective compare dengan cara 'kuno'.
Akhir kata, gunalah FB & laman sosial maya yang lain secara positif. Aku pun kadang-kadang over juga bila post something, aku akui. That's why perkara ni aku tujukan kepada diri sendiri & semua. Mari sama-sama bergerak kepada perkara baik. Jom!