Saturday, January 7, 2012

Schizophrenia

   


  Assalamualaikum & salam sejahtera

Siapa tahu atau pernah dengar pasal Schizophrenia? First & foremost, siapa yang suka makan tu, ignore je la post ni sebab Schizophrenia ni bukan makanan. Siapa yang suka melancong atau bercuti pun dialu-alu untuk abaikan sebab ia bukan nama tempat tau. Tapi siapa yang suka cari penyakit tu, hah, andalah orang yang sesuai untuk teruskan. Haha~ gurau-gurau aja bah. Ok, cukup minta puji sampai di sini. :p

Actually, Schizophrenia ni sejenis penyakit mental yang teruk iaitu berlakunya kecacatan berterusan pada penerimaan/persepsi seseorang terhadap gambaran alam sebenar. Susah mau faham ya? Seseorang dengan penyakit ni menunjukkan pemikiran yang tak teratur, dan biasanya mengalami halusinasi pendengaran, delusi, dan percakapan yang tak berapa betul. 

Aku bagi contohlah, kamu sedang duduk di dalam bilik, then tiba-tiba ada Doraemon duduk depan kamu, then kamu pun berbual-buallah dengan dia. Maybe kamu tanya dia, "Nobita sihat?", then dia pun jawab, "X sihat, nyawa-nyawa ikan dia dibelasah Giant." Dalam kes ni, si Doraemon tu x wujud sebenarnya, tapi kamu anggap dia wujud. Maksudnya kamu berdelusi & kemungkinan besar kamu menghidap Schizophrenia. Tapi ingat, pesakit Schizophrenia ni bukan orang gila, cuma sakit ja.

Beberapa punca kepada Schizophrenia ni termasuklah faktor genetik, persekitaran, masalah sistem saraf, dan lain-lain lagilah. Wah, macam aku jadi cikgu pula mengajar anak-anak murid. Mentang-mentanglah sekarang baru buka sekolah. Hehe... Faktor persekitaran ni seperti penderaan atau buli yang menyebabkan trauma, ketakstabilan emosi, dan lain-lain lagi. Faktor genetik dan permasalahan sistem saraf pula melibatkan perkara sains & dalaman badan manusia. Kalau kamu ada masa, pergilah kaji sendiri ya, nanti kalau dapat apa-apa info, inform je di sini. :)

Pernah tonton movie A Beautiful Mind (2001)? Movie ni memang sangat BEST & made based on true story. Kisah dia pasal kehidupan John Nash, seorang Nobel Laureate dalam Economics. Dia ni genius dalam bidang matematik sehingga teori-teori yang diciptanya diguna pakai dalam bidang ekonomi, biologi evolusi, politik, teori ketenteraan dan macam-macam lagi. But the thing is dia menghidapi penyakit Schizophrenia. Dia mengalami delusi & halusinasi. Macam-macam perkara yang terjadi tanpa disedari bahawa sesetengah perkara tersebut adalah khayalannya sendiri. Kalau mau tahu apa yang realiti & apa yang delusi, tontonlah sendiri. Aku bagi bintang 4.5 / 5. Thumbs up! 


John Forbes Nash, Jr.

A Beautiful Mind


By the way, aku suka baca novel Ramlee Awang Murshid, novelis thriller No. 1 Malaysia. Salah satu novel dia yang aku suka adalah Rahsia Perindu, yang mengisahkan sebuah cerita berkisar penyakit Schizophrenia ni. Cerita novel ni memang BEST dan storyline dia memang sangat unexpected. Hebat cara Mr. Ramlee ni ceritakan. Better kamu bacalah, x rugi bah. Novel ni aku bagi bintang 4.5 / 5 gak. :)

Rahsia Perindu

Pesanan daripada novel ni, 'Berhati-hatilah Dengan Realiti, Kemungkinan Ia Sekadar Fantasi.' Jadi, betulkah anda sekarang berada dalam realiti? Atau x sedar anda sebenarnya berimaginasi. Haha~ Try cubit pipi sampai berdarah, kalau keluar darah, maksudnya anda dalam realitilah tu. :p


Comments
4 Comments

4 comments:

  1. amboi wan. peminat novel suda ko. btw, tukar la shoutmix ko tu. ended free service dah tu. jom guna cbox

    ReplyDelete
  2. x juga sangat minat...boleh2 la... novel thriller Ramlee Awang Murshid aku suka baca. Btw, dia ni orang Papar tau.... pasal cbox tu camna mau buat?

    ReplyDelete
  3. ko cek shout box ku. ko click cbox tu

    ReplyDelete
  4. novel tu dah penah baca, bestt bestt :D teringin nak tahu pasal movie tu.. nak tgk la lpas ni :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...