September 2020, aku tengok balik siri drama Juvana & kesemua tiga filem Juvana, jadi izinkan aku bagi pendapat semula tentang kesemuanya, secara ringkas ja.
Juvana [2011] - Siri
Sehingga hari ni, drama Juvana masih menarik untuk ditonton sebab bukan drama Melayu tipikal. Cerita tentang pesalah-pesalah juvana dalam sebuah sekolah. Syok tengok interaksi antara budak-budak Juvana, lakonan diorang best!
Satu-satu kisah diorang diceritakan sepanjang siri. Cuma perubahan sesetengah karakter tu agak tergesa-gesa sikit. Klimaks okay, ada sikit plot twist tapi nampak rushing nak ditamatkan. Keseluruhan, siri ni 7.5/10.
Juvana [2013] - Filem
Review sebelum ni (klik SINI) dipengaruhi sedikit hype waktu itu. Hehe...
Menceritakan penyesuaian Daim dan budak-budak Wira Bakti di tempat baru masing-masing. Konsep sebijik macam siri drama - Budak jahat cari pasal & budak baik kena hadap.
Pentadbiran sekolah juvana baru tu nampak hebat tapi bila dah klimaks, nampak macam cap ayam. Yup, masalah filem ni adalah klimaks yang terlalu tiba-tiba. Maka, ending pun sama la, rushing! Aku update score aku, 6.5/10 untuk filem ni.
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan [2015]
Filem ni kelihatannya nak saing-saing dengan filem seperti KL Gangster. Awal-awal aku suka bila tengok budak-budak ex-Wira Bakti semua dah habis sekolah, reunion, keluar sama-sama. Nampak diorang rapat & happy.
TAPI cerita jadi sangat cliche bila dah melibatkan gangster luar. Demi kelangsungan plot, beberapa karakter membuat keputusan tak bijak. Motif kumpulan gangster tak berat. Plan jahat si antagonis pun nampak serabut. Sorry, filem ni 5/10 bagi aku.
By the way, Juvana memang suka buat ending scene tikam kat perut ehh...
Juvana 3: Perhitungan Terakhir [2016]
Bersambung terus daripada kedua, filem ketiga ni banyak nak fokus action je, storyline menghampakan.
Daim berubah secara drastik dalam masa amat singkat & tanpa reason yang betul-betul relevan. Tetiba dia jadi ganas & kuat, totally out of character sekelip mata! Mak kau mati dibunuh boleh je kau control diri Daim!
Motif si antagonis terhadap Daim sangat tak jelas. Si antagonis tetiba jadi expert dalam 'bisnes' yang baru dia ambil alih. Nak ditonjolkan si antagonis punya strategi hebat tapi plot menunjukkan sebaliknya. Karakter jahat yang gagal.
Ada scenes yang best jugak tapi yang tak melibatkan watak-watak utama. Disebabkan tu, boleh la aku kasi 4/10.
Okay... patutnya Juvana stop kat first movie je.