Friday, February 7, 2014

Sepilok, Sandakan


Assalamualaikum & salam sejahtera

Hello pembaca-pembaca sekalian, apa khabar? Apasal aku ter-skema pulak ni? =(
Ok, abaikan!

Korang pernah dengar Sepilok? Kalau pernah, bagus! Pernah tahu apa yang ada kat Sepilok? Orang utan? Ya, tepat sekali, mesti dulu SPM korang meletop kan? Hehe...

Actually bukan orang utan je ada kat Sepilok ni, ada pelbagai tempat menarik lagi. Meh aku story sikit apa yang best.


Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC)

Daily opening hours : 9.00am - 3.30pm

Bayaran masuk seorang
= RM 5 (dewasa 18++)
= RM 2 (umur 12-17 tahun)
= FREE (umur bawah 12 tahun)
= FREE (warga umur 55++)

Kalau sekarang ni korang sedang peluk cumbu-cumbu teddy bear, apa salahnya 'aplikasikan' pelukan korang tu kepada real bear. Ehh haha~ Jangan kalau anda masih waras, tu aplikasi membawa maut.

BSBCC adalah pusat penjagaan dan pemeliharaan Malayan sun bear. Faham-fahamlah korang, haiwan hampir pupus kenalah dijaga rapi, nasib baik masih ramai yang ambik peduli, kan. Tempat ni gak dibuka untuk bagi kesedaran kepada masyarakat tentang haiwan ni.

Malayan sun bear sebenarnya adalah spesies beruang yang paling kecil di dunia. Kecil-kecil pun, kuat jugak beruang ni. Aku suggest bawak la teropong kalau datang sini, sebab kena tengok dari jauh. Dah la haiwan ni color hitam, susah sikit nak nampak, especially yang stay dalam semak atau pokok.

Masa ni, ada seekor sun bear kat atas pokok, so kitorang kena tengok melalui teropong.
Selain tu, kat situ ada macam guest house untuk korang tengok video, duduk rehat, dan beli souvenir.

Yang aku bulat merahkan tu adalah sun bear yang berjaya kitorang nampak. Dari jauh je~

Klik gambar ni untuk ke BSBCC website.
Gambar ni pun aku copy dari sana, comel!  =)



Rainforest Discovery Centre (RDC)

Daily opening hours : 8.00am - 5.00pm

Bayaran masuk seorang
= RM 7 (dewasa 18++)
= RM 3 (umur 5-17 tahun)

Sesuai dengan nama rainforest, tempat ni memang luas untuk korang jelajah. RDC ni dibahagikan kepada beberapa seksyen. Ada map provided, tinggal korang je pilih nak pergi mana. Tempat ni ala-ala jungle tracking sikit.

Plant Discovery Garden
Taman ni ada macam-macam jenis tumbuhan, divided by several categories.
Ada medicinal plants, orchids, economic plants, tropical American plants, dan lain-lain lagi.


Hornbill Tower
Menara ni rasanya adalah yang tertinggi dalam RDC ni. Letih nak naik. Tapi bukan senang untuk jumpa hornbill kat situ. Tengok pemandangan hutan sajalah.

Keadaan kat level paling atas Hornbill Tower. Hornbill mana kau weii...?


Canopy Walkway
Ni adalah walkway yang menghubungkan beberapa tower. Seperti biasa, nak tengok burung-burung special memang susah, nasib-nasib je la kalau jumpa atau 'terserempak'.


Misi mencari Sepilok Giant.
Aku mau cerita lebih sikit pasal pokok gergasi ni a.k.a Sepilok Giant.

Besar tak pokok ni? Happy-kan wajah 'peneroka-peneroka' hutan kat gambar di atas?
Yup, besar dan memang kitorang happy, seolah terasa mencapai kejayaan hakiki. Haha~
TAPI betapa malunya kitorang terhadap diri sendiri, rasa jadi LOSER yang teragung apabila tertipu dengan alam semulajadi. SALAH POKOK!!! Konfiden je yang ni Sepilok Giant. Lagi malunya, siap macam 'proud' lagi time bergambar dengan pokok ni apabila ada sekumpulan orang lalu. Haha~

Video ni menunjukkan betapa happy-nya kitorang tanpa sedar tertipu.
#Video handphone je  #Dialek Sabah


Finally, nasib baik ada 'kesedaran' untuk mencari Sepilok Giant yang sebenar. Pokok dalam gambar ni la Sepilok Giant yang dicari-cari. Lagi besar, kan? Huhuhu...

Sambung cerita tadi, aku rasa pelik kenapa sekumpulan orang yang lalu pokok tadi tu (yang kitorang ingatkan Sepilok Giant) tak timbul rasa kagum. Whatdaaa~ Sepilok Giant kot! Tak mau ambik gambarkah? Main lalu macam tu je. Hurrmm...musykil, musykil. T
hen aku pun teringat balik yang Sepilok Giant rasanya lebih besar, sebab aku pernah pergi gak RDC ni tahun 2011 dulu. So kami pun meneruskan pencarian. Fuuh, nasib baik la jumpa pokok yang betul, kalau tak memang tertipu mati-matian daa...

Tengok video kat bawah ni pula kalau mau lihat Sepilok Giant sebenar.
Terpaksa buat Part 2 sebab first video tadi dah tertipu.
#Video handphone je  #Dialek Sabah


Sepilok Giant
The oldest tree of Sabah, age of ~1000 years.
Sepilok Giant ni sebenarnya adalah pokok seraya runcing (Shorea acutissima).
Tinggi = 65 m, Diameter = 2.2 m, Lilitan = 7 m 

Apa ni, nak tunjuk pokok ker nak compare diri sendiri? Haha... Tu buktinya aku pernah menjejak kaki kat situ tahun 2011, time tu kurus dan muda lagi. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Ahakzz~ Tinggi sangat Sepilok Giant ni, tak mampu ambik gambar keseluruhan pokok. 
.

Jambatan Gantung
Dekat RDC ni ada satu tasik. Ada satu jambatan gantung untuk korang cross tasik tu. Jangan risau, tak gayat sangat naik ni sebab bukan tinggi pun, lagipun air je kat bawah tu. Hehe...

Selain tu, korang boleh main bot air di tasik tu, maksimum 2 orang per bot. Rasa santai dan relax naik bot ni. Nice! Harga 1 bot adalah RM5, boleh main dalam 15 hingga 20 minit camtu.

Klik sini : RDC Sepilok untuk maklumat lanjut. 



Orang Utan Rehabilitation Centre

Daily opening hours:
Main gate : 8.00am - 5.00pm
Tengok orang utan : 9.00am - 11.00am & 2.00pm - 3.30pm

Bayaran masuk seorang
= RM 5 (dewasa 18++)
= RM 2 (umur bawah 18 tahun)

This place yang famous kat seluruh dunia. Seperti pusat sun bear tadi, tempat ni diwujudkan untuk menjaga dan memelihara orang utan yang turut dikategorikan sebagai haiwan hampir pupus. Pusat ni dah lama wujud, sejak tahun 1964 lagi.

Di sini, pemulihan diberikan kepada anak orang utan yang hidup terbiar, I mean the orphaned one. Selepas dijaga, dilatih dan boleh hidup sendiri, orang utan tu akan dilepaskan ke dalam hutan. Murni kan pekerjaan diorang ni  :)

Kalau nasib baik, boleh tengok beberapa ekor sekali datang masa aktiviti memberi makan. Kalau tak, maybe boleh dapat tengok seekor je. But still okay-lah dapat tengok binatang bijak pandai ni.

Sedikit rakaman gelagat si orang utan.
#Video handphone je


Klik sini : Sepilok Orang Utan untuk maklumat lanjut.





Sunday, February 2, 2014

Wedding of Afis-Izzah


Assalamualaikum~

Lama aku tak update blog...huhu~ Macam la korang kisah aku update atau tak, kan? Bwahaha~

Since ni adalah first post aku untuk tahun 2014, jadi biarlah aku post pasal kawen. Eh, bukan, bukan aku orang yang bertuah tu, tapi member aku laa. Aku? Hurrmmm......entah bila! :p

Aku watak sampingan je, jadi pengapit kepada pengantin lelaki, who is my friend. Dapatlah share kegembiraan perkahwinan orang kan? Di samping tu, ambik pengalaman sikit tentang majlis nikah dan kahwin. Hehehe...

Okay-lah, tak macam orang pompuan, aku tak reti sangat story panjang-panjang pasal majlis kawen orang. Korang layan la dulu video pre-wedding diorang kat bawah ni:



Alhamdulillah, kedua pasangan selamat diijab kabul pada 31/01/2014, selepas waktu Asar. Sebagai teman, aku tumpang happy kepada Afis & isterinya, Izzah. Semoga ikatan korang berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya. Aamiinn~


Majlis akad nikah.





Majlis walimatulurus selamat diadakan kat Sangkot Villa, Hulu Langat pada 01.02.2014. Afis dan Izzah sungguh mantap dan meletoopp hari tu! Hehe...secocok korang yer~ By the way villa tu memang lawa la untuk majlis wedding. Nice!


Beautiful Bride & Handsome Groom.
Izzafis + bridesmaids + aku.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...