Aku dulu sejak zaman darjah boleh la dikatakan minat sangat anime & manga.
Tapi entah kenapa umur menginjak 20, minat tu pudar serta-merta, tak sangka, tiba-tiba.
Hilang keinginan nak layan anime series. Manga Bleach dan Naruto yang aku follow bertahun lamanya terus ditinggalkan (sampai sekarang aku tak tau ending dua-dua). Kesetiaan kekal pada manga One Piece ja.
Tapi kan...
Tahun 2019 ni rekod peribadi dah-tak-tengok-siri-anime tu telah dipecahkan...
oleh...
-jeng jeng jeng-

Walaupun tahu kewujudan Cowboy Bebop (CB) sejak sekolah menengah tapi tak interested. Dulu minat lebih ke arah action-anime. Tetiba baru-baru ni terdetik pulak nak tengok, maka aku download la (jangan tiru aksi ini, sila beli original ok! Hehe).
Fuh silap la tak tengok dari dulu. Okay sekarang saya yakin & percaya CB antara siri anime terbaik pernah dihasilkan. Top 10 anime series (top 5 maybe?) of all-time!
Kenapa?
(1) Cerita
Target audience semestinya bukan kids, dan teenagers mungkin limited, sebab cerita agak matang dan berat terutamanya the main story. Jalan cerita baik wei, ada episod yang santai, ada yang dark, ada yang sedih! Backstory setiap karekter tak diceritakan terus, buat kita tertunggu pendedahan seterusnya.
(2) Animasi
Ni anime 21 tahun lepas! Tapi kualiti animasi CB comparable dengan siri anime sekarang! Malah better daripada kebanyakan. Mula-mula ingatkan CB ni released tahun 2004, tengok 1st episode pun dah kagum. Sekali tau CB ni sebenarnya released tahun 1998, lagi aku kagum beribu-ribu lemon! Pergerakan karekter especially in action scenes nampak smooth sangat... Rasanya bajet pun mahal ni.
(3) Arts & Designs
Seni lukisan yang lawa! Space designs & the science behind them pun bagus! Nampak la production team CB banyak buat study & rujuk adaptasi lain (Star Wars salah-satunya kot) dalam pembikinan anime ni.
(4) Karekter-karekter Utama
Disebabkan good animations, emosi karekter tu betul-betul sampai kat aku. Seronok tengok interaksi & dialog antara karekter. Makin cerita ke hadapan, hubungan antara karekter makin menarik. Walaupun pada luaran character designs nampak biasa, tapi how they are portrayed dalam setiap episod membuatkan diorang likeable.
(5) Intro yang stylo! Muzik best!
(6) Humor yang simple tapi mengena tepat di hati! Kadang dialog biasa berjaya buat gelak. Hohoho...
(6) Humor yang simple tapi mengena tepat di hati! Kadang dialog biasa berjaya buat gelak. Hohoho...
Satu je la drawback bila di alaf 2020 ni baru kau nak tonton anime lama yang berlatarkan masa depan. Dalam CB, tiada satu pun communication device yang ada fungsi touchscreen.
Kemajuan digambarkan lebih kepada teknologi komputer, tu pun lebih ke arah desktop-style. Jadi agak terganggu sikit dengan suara hati luar kawal (lol), "kenapa sistem komunikasi diorang tak cukup maju?"

Eh ni bukan kelemahan (nama pun 1998), cuma rasa kelakar sendiri sebab kita di ambang Millenium 2000 dulu sememangnya tak terfikir akan wujudnya teknologi komunikasi smartphone yang mampu buat segala benda.
Oh noo~ tak boleh move on lagi lepas tengok final episode!
PS: One Piece, Dragon Ball dan Naruto bagi aku adalah antara manga terbaik tapi bukan untuk siri anime. Adaptasi siri anime diorang banyak berlengah-lengah, banyak zoom in zoom out sebelum lawan (macam sinetron), dialog panjang sebijik macam manga. Tu sebab dari dulu aku kurang minat siri anime yang asalnya manga panjang. Pengecualian untuk beberapa termasuklah Fullmetal Alchemist sebab manga & anime terbaik walaupun cerita banyak berbeza (but I like the manga more)!