The Wolverine [2013] ni mengambil latar masa selepas peristiwa filem X-Men: The Last Stand [2006], yang mana X-Men telah pun dibubarkan. Logan (Hugh Jackman) stay kat hutan Canada dengan keadaan yang tak terurus sambil dibayangi oleh halusinasi Jean Grey, dan peristiwa pengeboman Nagasaki tahun 1945.
Satu hari Logan didatangi oleh Yukio (Rila Fukushima), seorang gadis Jepun yang mempelawanya ke Tokyo untuk bertemu dengan Yashida (Hal Yamanouchi), CEO sebuah syarikat teknologi yang dah tua & sedang nazak dengan cancer. Yashida adalah seorang tentera Jepun yang pernah diselamatkan oleh Logan sewaktu peristiwa pengeboman Nagasaki.
Di Tokyo, Logan bertemu dengan anak Yashida, Shingen (Hiroyuki Sanada) dan Mariko (Tao Okamoto), anak perempuan kepada Shingen. Yashida menawarkan untuk melakukan transplan, iaitu memindahkan immortality Logan kepada dia, tetapi Logan menolak offer tersebut. Malam tu, doktor Yashida, seorang mutan Viper (Svetlana Khodchenkova), telah memasukkan robot parasit ke dalam badan Logan yang mampu melumpuhkan abiliti penyembuhan Logan.
Pagi esoknya, Yashida dikhabarkan mati. Semasa pengebumian Yashida, sekumpulan assassin Yakuza cuba menculik Mariko tetapi berjaya diselamatkan oleh Logan dengan bantuan sekutu Yashida, iaitu Harada (Will Yun Lee), seorang pemanah yang cekap. Semasa kejadian ni, Logan beberapa kali ditembak and then dia perasan yang penyembuhan dia agak lambat.
Logan menemani Mariko yang masih menjadi buruan Yakuza walaupun dalam keadaan dia yang cedera. Siapa dalang yang nak menculik Mariko? Siapa & apa tujuan Viper tu sebenarnya? Macam mana nasib Logan yang dah semakin kehilangan healing factor? Ikuti kisah selanjutnya kat panggung wayang ok.
Cerita ni bercampur-baur dengan pelbagai question mark kerana beberapa watak dilihat begitu misteri. Masing-masing ada agenda tersendiri yang seterusnya menimbulkan konflik dengan Logan. Selain tu, Logan turut berhadapan dengan konflik dalaman sepanjang cerita ni, yang mana dia terseksa sebab terpaksa membunuh Jean Grey dalam peristiwa X-Men: The Last Stand. Tapi konflik cerita ni tak rumit mana pun, senang je nak digest. Ada twist kat klimaks cerita yang aku rasa berjaya bagi impak sikit.
Seperti biasa, Hugh Jackman memang Wolverine yang sejati! Karekter Wolverine dah sangat melekat dengan dia. Dengan sedikit skrip humor diselitkan, mamat cakar besi ni tak seganas mana pun. LOL. Tapi bila masuk bab fighting, sifat agresif Wolverine tu ternyata masih menjadi. Aku rasa nak mengekspresikan perilaku Wolverine tu bukan senang, so salute kat bro Hugh! Ceh, pujian tu macam aku kawan dia pulak. Hahaha...
Aksi pada aku boleh tahanlah. Ada fair match jugak la between Wolverine dengan the big boss. Filem ni tak fokus sangat aksi mutan-to-mutan, ia lebih kepada seni Jepun secara kasarnya. Aku tertarik dengan suasana samurai yang berjaya ditimbulkan dalam cerita ni, kiranya boleh feel suasana samurai tersebut, even dalam diri Wolverine tu sendiri. Biasanya kalau filem Hollywood, kekadang nilai bangsa lain tu tak diterapkan sangat kan... Nak agungkan bangsa diorang je. Huhu... So yang ni consider agak OK la.
The Wolverine ni kekurangan sedikit X-factor untuk menandingi filem superhero Marvel yang lain, I mean filem Marvel yang best la, yang tak best you all tak payah count in. Mungkin Wolverine perlu cakar lebih kot untuk buat banyak-banyak tanda X... LOL.
The Wolverine ni kekurangan sedikit X-factor untuk menandingi filem superhero Marvel yang lain, I mean filem Marvel yang best la, yang tak best you all tak payah count in. Mungkin Wolverine perlu cakar lebih kot untuk buat banyak-banyak tanda X... LOL.
Cuma kelainan filem ni bagi siri X-Men (biasanya lebih kepada mutant power) adalah fokus kepada hand-to-hand combat action yang mampu beri kepuasan alternatif. Secara keseluruhannya, rating aku untuk The Wolverine adalah 7.5/10. Good job claw-man!