Tuesday, March 26, 2013

Santai @ UMS Peak & Pantai ODEC UMS


Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), ada dua tempat semulajadi yang best untuk student beriadah; UMS Peak (bukit UMS) & Pantai ODEC UMS. Pantai ODEC UMS ni selalu menjadi tempat penganjuran program universiti; Pesta Sukan Air, Family Day dan lain-lain lagi.

Kalau nak santai-santai terutamanya di hujung minggu, kitorang selalu ke tempat-tempat ni. Tempat rekreasi semulajadi sememangnya bagus untuk relax-kan mental & fizikal kita. Betulkan?

Memang sedap wei, waktu petang jogging ke Pantai ODEC, then sampai sana, mandi-manda. Fuuh, mantap! Tak pun, mendaki UMS Peak sampai ke puncak, then turun terus pergi ke Pantai ODEC, memang serius layan berenang time tu. Yang bagusnya, pantai UMS ni bersih, so tak risau kalau nak berenang sampai kau tak larat.



UMS Peak
18 Oktober 2010 (Semester 5)
Sejak aku masuk tahun 2008, ini kali pertama aku naik UMS Peak. Padahal bukit ni sebelah je dengan hostel. Dasar pemalas aku ni, hujung 2010 baru naik puncak ni. Hoho~ Ni aku dengan my coursemates, budak Biotech 08/11.




UMS Peak
7 Mei 2011 (Semester 6)
Aku rasa yang ni 2nd time kot. Still aku dengan bebudak Biotech 08/11. Time ni dah hujung zaman study sebab kitorang total 6 semester (3 tahun). Jadi di saat-saat nak berakhirnya study, try la naik ke puncak ni. Tapi time ni ramai tak dapat join. Based on the pictures, dapat dilihat yang setiap beberapa ratus meter sehingga ke puncak, semua busy nak bergambar  :p

Ok, sampai ke UMS Peak! Boleh lihat Kota Kinabalu dari atas ni.

After rehat kejap kat puncak, kitorang turun untuk ke Pantai ODEC. Masa turun tu, tetiba budak-budak ni jadi tak betul dengan bersembunyi macam ni. Try cari berapa orang di sini. Bila tengok gambar ni balik, aku mula-mula tak perasan yang aku ada di situ. Bengong! Jumpa tak? Aku di sebalik dua batang pokok tu. Haha~

Ni lagi satu kisah time turun bukit. Kitorang ni jadi macam kanak-kanak riang dengan berlari pantas sewaktu turun bukit. Gedebuk! Sorang jatuh! Terpusing 360 darjah, betul-betul termuat masuk dalam longkang. Nasib baik longkang tu dipenuhi daun-daun kering. Then siap boleh Peace lagi. Haha~



Pantai ODEC UMS
 15 November 2010 (Semester 5)
Budak Biotech yang bajet cool!

Lepas dah jogging penat-penat, boleh pula main benda ni, dah jadi macam kanak-kanak riang yang 1st time jumpa pantai. Simple je mainan ni, buat bulatan, then sorang di luar bulatan akan cuba touch orang-orang dekat dalam bulatan. Yang kena touch akan keluar ganti balik orang yang di luar tu. Sumpah jadi macam budak kecik! Tau apa yang penat dengan game ni? Ketawa terbahak-bahak tu adalah sumber utama kepada kepenatan. 

Sorang dah jadi ala-ala dugong terdampar di pantai. Makhluk laut yakni obor-obor begitu menyampah dengan manusia yang berlagak dugong, so ketakpuashatian tu disandarkan kepada member lain. Maka si kawan pula menerima sengatan obor-obor. Tu yang sapu-sapu pasir tu. Ada certain time, obor-obor akan berkeliaran kat pantai ni, time camtu orang tidak digalakkan mandi.





Pantai ODEC UMS
20 April 2011 (Semester 6)

Time ni lepas viva voce 1st day, geng Biotech ajak pergi pantai, tapi aku ada dinner malam tu. Kebetulan time tu pantai sangat surut. Kebetulan la~ Diorang tunjukkan gambar-gambar ni bagi aku jeles. Diorang berjaya, memang aku jeles (heh!), sampai sekarang pun aku tak pernah tengok pantai ODEC surut macam ni. Sangat cantik keadaan pantai time tu (based on gambar-gambar diorang ni).

Subhanallah~ cantiknya...

Siap boleh jumpa macam-macam hidupan laut.
1-Gamat, 2-Ikan pari, 3-Ketam, 4-Ikan sebelah, 5-Starfish.
Kalau perasan, gambar ikan pari je yang tak ada tangan manusia. Hah, tau takut. Hehe~



Mesti diorang penat lompat ni, they tried a lot. Tapi akhirnya dapat 1 gambar finale yang paling cantik!



Cis, kenapa gambar ni smart sangat! Untung la diorang~ (nada dengki). Haha~
Ni unedited tau, natural~




Pantai ODEC UMS
23 April 2011 (Semester 6)
Kali ni aku keluar dengan geng MPP & member-member lain. Time ni aku mengharapkan pantai tu surut tapi tak pula.

Dah sampai sini, kerja diorang ni main buang-buang orang pula.
2nd pic tu aku adalah mangsa pembuangan, siap bersaksikan sunset lagi. Huhu~

Bajet cool la camni?

Semua dah penat mandi & buang-buang anak orang. Then, main tulis-tulis pasir pula. 




Pantai ODEC UMS
28 April 2011 (Semester 6)

Waktu hujung-hujung semester, memang kerap kitorang ke ODEC untuk menghabiskan sisa-sisa sebagai student. Untuk mengabadikan kenangan indah dalam memori. Bluerk, ayat bikin muntah. Tak payah nak abadikan sangat, assignment banyak tak siap  :p

Pantai ODEC je jadi mangsa kerakusan kitorang ni. Time ni keadaan sangat best untuk mandi. Kedalaman ok, tak cetek. Seperti biasa, proses membuang orang perlu dilakukan. Proses menenggelamkan orang pun telah ditambah masuk dalam tentatif program. Aktiviti baling-baling pasir, masukkan pasir dalam baju, telah dilakukan serta-merta sewaktu kejadian. Result - semua enjoy sebelum final exam. Kakaka~



Farewell Party #1
6 Mei 2011 (Semester 6)
Ni farewell kitorang sebelum masing-masing melangkah keluar daripada UMS. Ni aku dengan geng ex-MPP & member-member lain. Siap ada kek birthday lagi buatan rakan sendiri  :)  Terharu~ Ada sesi sharing is caring gak. Hehe~ Hurm, rindunya masa-masa ni.











Farewell Party #2
 13 Mei 2011 (Semester 6)
Ni pula farewell untuk geng keras Biotech 08/11. Kitorang adalah member-member rapat. Pantai ODEC sentiasa jadi tempat untuk farewell. Makan-makan, main daun terup (tak bertaruh duit ok), ada gak sesi luahan hati. Haha~ Moment ni dah jadi nostalgic~





Keindahan UMS telah memberi banyak kenangan. Alhamdulillah~


*Klik gambar untuk lebih besar



Sunday, March 24, 2013

Sem 5 & 6 - Biotech 08/11 di Tahun Akhir



Biotechnology Night
9 April 2011 (Semester 6)
Inilah Biotechnology batch 2008/2011. Time inilah semua bergaya sakan, yalah dinner course la katakan. First & last dinner kitorang. Dinner time ni memang mantap, thanks to all yang sangat cooperative & sporting! Nantilah aku cerita lebih pasal dinner ni (macamlah korang nak tau, kan?).



MAGRA Night
19 Mac 2011 (Semester 6)
This is school dinner, named as MAGRA. Di UMS, kitorang pakai school, instead of faculty. So yang ni time dinner School of Science & Technology (SST) UMS. Tema aku tak ingat sangat, tapi geng kitorang pakai baju Melayu.

Ini students Biotech yang datang, senior + junior + lecturers.
Time ni, kitorang adalah highest senior, pelajar Tahun 3. Tapi dinner ni tak semantap Biotech Night, oops~ :p



Sambutan Aidiladha
17 November 2010 (Semester 5)
Yang ni bukanlah majlis rasmi, tapi kitorang dapat kumpul ramai-ramai masa ni. Since cuti raya Aidiladha kejap je, ramai orang tak balik. So, plan la berkunjung ke rumah member yang tinggal berdekatan.

Batch kitorang ni memang ramai pompuan, lelaki berapa kerat je. Sampai tak tau nak pilih mana satu :p



Simposium Bioteknologi
30 November 2010 (Semester 5)
Masa ni kitorang menghadiri Simposium Bioteknologi di hujung Semester 5. Dengar talk pasal  Next Generation Sequencing & Data Analysis, cerita pasal teknologi DNA & RNA segala bagai.

Simposium ni dibuat kat Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) UMS. Tempat tu baru dibuka masa tu, I think simposium ni 1st programme yang dibuat kat bangunan baru IPB ni. Kiranya kitorang beruntung la sebab sempat merasa IPB ni. Hehe~



Viva Voce
20-21 April 2011 (Semester 6)
Viva voce kitorang ni lain dari yang lain. Kitorang 1st batch yang present final year project dalam bentuk poster & dipamerkan umum. Best gak, semua berusaha untuk menghasilkan poster dengan info yang padat & lengkap.

Actually bukanlah present macam ni, mati kalau pegang poster camni seharian suntuk. Selama dua hari viva, poster -poster semua lekat kat board. Ni saja nak tunjuk gaya siapa yang paling style pegang poster. Macam gaya matador pun ada gak. Haha~

FYP aku, pasal anti-quorum sensing in plants against bacteria

Yeah, finally viva dah setel! Boleh enjoy! Memanjang nak enjoy, padahal final exam belum setel.



Sesi Fotografi
23 Februari 2011 (Semester 6)
Black + Pink! Colour pink tu~ Kitorang sporting, tak kisah pakai pink :p
Baju korporat je la, tu pun nasib baik dark pink. Kalau baju T-shirt, no way!

Gaya-gaya yang tak formal. Semua ni tak reti buat gaya formal  :p


*Klik gambar untuk lebih besar, itupun kalau nak tengok la. Hehe~




Sunday, March 17, 2013

Reunion Kecil-kecilan @ Kuala Selangor


Persitiwa berlaku pada tanggal 9-10 Mac 2013. Penglibatan adalah daripada budak-budak Biotek UMS batch 2008/2011 (padahal berapa orang je). Kejadian berlaku di sekitar Kuala Selangor. Huh, macam baca berita kes jenayah pula~

Gambar preview  :p

Semua adalah 1st time bagi aku; tengok ratusan kelip-kelip, melihat sawah padi secara dekat, bergambar dengan aktor feymes Rosyam Nor (haha~ ni pun dikira masuk?) & makan cendol Borhan (cendol biasa dah selalu).



#1 - Kelip-kelip Kg. Kuantan
1st pergi tengok kelip-kelip, dalam pukul 8pm camtu. Mahal gak, 1 bot = RM50. Muatan maksimum 4 orang per bot. Tapi since 1st time bagi kitorang, so kena try juga. Ulang-alik dalam 20 minit, berjayalah juga tangkap gambar sendiri & gambar pokok. Kelip-kelip gagal diabadikan dalam kamera.

Jom meneroka kelip-kelip!

Waras sangat kitorang ni, berabis nak tangkap gambar kelip-kelip, padahal abang bawa bot tu dah cakap yang kelip-kelip tu takkan masuk gambar. Hasil keras kepala aku adalah gambar pokok seperti di bawah:

Tadaa~ inilah hasil kepada penat-lelah. Pokok only~


#2 - BBQ
Ni perkara biasa orang buat. First time kat sini hanya di tepi sawah padi. Satu perkara yang pasti untuk BBQ ni ialah ayam yang dibakar semestinya tak habis dimakan.

Semua sibuk nak masuk gambar. Sorang tu saja yang rajin bakar ayam. Ahakz~


#3 - Ronda Kg. Sawah Sempadan
Tengok sawah padi dari jauh tu pernah, tengok secara dekat tu yang tak pernah. So, memang excited la bangun awal pagi untuk lihat sawah padi. Nice! Subhanallah~





Breakfast dulu, then ronda-ronda sekitar kampung. Best-nya, hirup udara sawah padi di waktu pagi, naik motor merasa fresh angin, dan cuci mata melihat keindahan ciptaan Allah.







Ronda punya ronda, terserampak dengan Rosyam Nor & family. Time tu kitorang nak ambik gambar kat sebuah jambatan, tapi ada orang tengah buat photoshoot kat situ. Ingatkan orang nak buat filem or drama, rupanya Rosyam Nor tengah ambil gambar untuk pre-wedding anak pompuan dia. Then, ambik la peluang ni untuk bergambar bersama aktor popular dengan berlatarbelakangkan alam ciptaan Tuhan. Hehe~

Peace!

Diorang tengah buat photoshoot.


#4 - Cendol Borhan
Petang 10 Mac, sebelum bertolak balik, kitorang singgah makan cendol Borhan. Kitorang tahu ada dua cendol famous kat situ, cendol Bakar & cendol Borhan. Since sorang member aku prefer cendol Borhan, so kitorang try la cendol Borhan instead of Bakar's. Memang sedap!

Ambil gambar selepas semua dah mandi :p

Muka-muka kekenyangan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...