PRU14 melakar sejarah besar buat Malaysia! Alhamdulillah, berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah ini.
Hujung April 2018:
Berkira-kira nak balik Sabah untuk mengundi atau tak, sebab baru ja balik hari tu. Hati tak keruan. Kejap rasa bersalah sebab tak tunaikan tanggungjawab, kejap hati kata, "biarlah... satu undi ja pun." Tapi... tapi...

Awal Mei 2018:
Aaah kena balik kampung ni, semangat mengundi tahun ni lain macam. Hmm semangat nak #UBAH sebenarnya, lol. Aura #UBAH makin menghantui. Sacrifice la sikit untuk beli flight tickets. PRU ni 5 tahun sekali, bila lagi mau dapat feeling begini... Tanggungjawab tu harus ditunaikan, barulah rasa 'Suara' tu layak untuk didengar!

Dua kali akak tu celup sampai bertompok-tompok jariku. Apa dia ingat aku ni ada jurus menghilangkan dakwat sepantas kilat. |
SK Batu 16 Gum-Gum, Sandakan - Tempat mengundi betul-betul sebelah rumah lama. Nostalgic sungguh tengok rumah tu, tempat menjadi manusia, hehe... |
TAHNIAH Pakatan Harapan atas kemenangan besar !!
TAHNIAH Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 !!
TAHNIAH kepada semua untuk Malaysia BARU !!
Moga kepimpinan baru di bawah pimpinan Tun M dipermudahkan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Semoga kerajaan baru di bawah PH berjaya membawa Malaysia ke arah perubahan yang lebih baik.
********************
Kredit: Foto BERNAMA |
Moga kepimpinan baru di bawah pimpinan Tun M dipermudahkan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Semoga kerajaan baru di bawah PH berjaya membawa Malaysia ke arah perubahan yang lebih baik.
********************
Apapun...
UPDATED - 12/05/2018
Politik Sabah tak menentu selepas PRU14, bahkan selepas pelantikan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah pada 11/05/2018.
Pastinya ramai especially Sabahan yang tak senang duduk mengikuti perkembangan politik Sabah. Turun naik bah darah gemuruh kita kan...
Yaa ...dan aaakhirnya PERUBAHAN berlaku seperti yang kebanyakan rakyat Sabah harapkan !!
Yeah Tatap #UbahSabah !!
TAHNIAH Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 !!
Kredit: Foto ihsan pembaca Astro AWANI |
Semoga kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Warisan Sabah dan parti-parti bekerjasama berjaya membawa Sabah maju ke hadapan dan lebih baik dari sebelumnya. Moga tahun-tahun mendatang menyaksikan kemajuan Sabah ke tahap yang lebih tinggi.
Tak lupa diucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri DSP Musa Aman atas segala khidmat dan jasa bakti selama ini dalam memimpin Sabah.
********************
Sebagai rakyat negara pula, kita pun harus sentiasa berubah dan bergerak ke arah yang lebih baik demi Malaysia kita ! Selamat maju jaya semua !