Thursday, August 4, 2016

Bukan Kad Cincai


Semua pernah dengar pasal insurance kan. Ramai jugak yang taboo bila dengar perkataan insurance. Spesifik dalam entri ni aku refer term tu as life insurance atau bahasa ibundanya, insurans hayat. Insurans patuh syariah, kita sebut sebagai Takaful.

Pernah tak dapat call from unknown caller, pastu dia cerita panjang berjela pasal insurans. Mukus dalam telinga pun tak tahan wei, cair dek kerna handphone kau berhaba di telinga. Apa perasaan korang time tu? Happy, geram, sedih, menyampah, kosong? Sila jawab sendiri ya.

Bila orang 'jual' insurans dalam talian telefon, personally aku tak suka. Tapi tak ada la benci sampai nak maki hamun. Tu kerja dia kan. Aku tolak offer dia baik-baik (wah baiknya aku, lol) after dia dah terangkan panjang pasal insurans tu. Bagi dia explain dulu, mungkin juga dia nak practice cakap kat orang kan. Mungkin la... Apapun kalau sharing berdepan, tu baru cun! Lagi jelas & telus! Mata bertentang mata gitu!

Jual dalam talian ni, yang jatuh hukum menyampah bila kau dah 2-3 kali cakap "sorry saya tak berminat", 10 kali pula dia 'push' kau untuk ambik insurans tu. Ish ish ish... Aku siap cek kamus Dewan Bahasa & Pustaka lagi nak tau samada perkataan 'tak minat' tu betul penggunaannya kat situ. Huh!

Mungkin ni salah satu punca ramai yang 'anti-insurance'. Bila sebut je 'insurance', dia bagi tapak tangan, "talk to my hand" katanya. Cuma pelik ada orang tak pernah experience kes camni, even tak pernah tahu pun apa sebenarnya insurans, tetiba dia pun menempatkan diri dalam golongan 'anti-insurance'. Eh kau dah kenapa kan?

Actually-kan guyz & girlz, at least korang kena ambik tahu apa tu insurans & bagaimana program perlindungan dia, so bila dah ada ilmu tu, senang nanti. Tak gitu? Jadi kalau ada yang nak share tentang protection plan, takaful, medical card, etc, dengar je dulu, ambik info. Tak rugi, free of charge lagi. Amboi ni ayat menjual sangat aku ni. Haha... Eh tapi betul, dengar, ambik info & decide samada sesuai atau tak. Simple!

Orait sebenarnya aku tulis entri ni bukan nak buat 'ayat-ayat beri kesedaran' kepada korang. Nanti korang meluat pulak. Ker dah meluat dengan mukadimah yang panjang amat? lol. Tujuan utama nak share gambar berinformasi di bawah ni.

Info bergambar ni adalah tentang Medical Card under AIA Public Takaful. Medical card ni untuk hospitalization, iaitu kemasukan ke hospital. Fahamkan info di bawah ni ok. Mungkin sesuai dengan keperluan anda atau keluarga tersayang. Mungkin juga manfaat ia lebih daripada medical card yang korang ada sekarang.

Sumber: AIA Public Takaful Bhd.

Macam mana, boleh fahamkah info-info kat atas tu? Dapat idea sikit-sikit kira bagus la tu. Banyak benefit medical card tu kan. Murah pun murah. Fuh, promote habis nampak. Hehe...

In case korang nak tahu lanjut tentang ni, aku sudi beri perkongsian dengan lebih detail. Contact number ada kat situ. PM tepi pun boleh! Owh tak kenal aku? Alaaa kita sesama spesies homo sapiens, apa nak malu (adeh ayat apa ni). Nanti kenal-kenal la kita tu kalau ada rezeki nak jumpa. Haha... Thanks!


Mohammad Ezwan bin Amrin
AIA Public Takaful - Consultant

Facebook: Mohammad Ezwan
Email: ezwan.amrin@gmail.com
Contact / WhatsApp: 019-5815056



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...