Thursday, August 4, 2016

Bukan Kad Cincai


Semua pernah dengar pasal insurance kan. Ramai jugak yang taboo bila dengar perkataan insurance. Spesifik dalam entri ni aku refer term tu as life insurance atau bahasa ibundanya, insurans hayat. Insurans patuh syariah, kita sebut sebagai Takaful.

Pernah tak dapat call from unknown caller, pastu dia cerita panjang berjela pasal insurans. Mukus dalam telinga pun tak tahan wei, cair dek kerna handphone kau berhaba di telinga. Apa perasaan korang time tu? Happy, geram, sedih, menyampah, kosong? Sila jawab sendiri ya.

Bila orang 'jual' insurans dalam talian telefon, personally aku tak suka. Tapi tak ada la benci sampai nak maki hamun. Tu kerja dia kan. Aku tolak offer dia baik-baik (wah baiknya aku, lol) after dia dah terangkan panjang pasal insurans tu. Bagi dia explain dulu, mungkin juga dia nak practice cakap kat orang kan. Mungkin la... Apapun kalau sharing berdepan, tu baru cun! Lagi jelas & telus! Mata bertentang mata gitu!

Jual dalam talian ni, yang jatuh hukum menyampah bila kau dah 2-3 kali cakap "sorry saya tak berminat", 10 kali pula dia 'push' kau untuk ambik insurans tu. Ish ish ish... Aku siap cek kamus Dewan Bahasa & Pustaka lagi nak tau samada perkataan 'tak minat' tu betul penggunaannya kat situ. Huh!

Mungkin ni salah satu punca ramai yang 'anti-insurance'. Bila sebut je 'insurance', dia bagi tapak tangan, "talk to my hand" katanya. Cuma pelik ada orang tak pernah experience kes camni, even tak pernah tahu pun apa sebenarnya insurans, tetiba dia pun menempatkan diri dalam golongan 'anti-insurance'. Eh kau dah kenapa kan?

Actually-kan guyz & girlz, at least korang kena ambik tahu apa tu insurans & bagaimana program perlindungan dia, so bila dah ada ilmu tu, senang nanti. Tak gitu? Jadi kalau ada yang nak share tentang protection plan, takaful, medical card, etc, dengar je dulu, ambik info. Tak rugi, free of charge lagi. Amboi ni ayat menjual sangat aku ni. Haha... Eh tapi betul, dengar, ambik info & decide samada sesuai atau tak. Simple!

Orait sebenarnya aku tulis entri ni bukan nak buat 'ayat-ayat beri kesedaran' kepada korang. Nanti korang meluat pulak. Ker dah meluat dengan mukadimah yang panjang amat? lol. Tujuan utama nak share gambar berinformasi di bawah ni.

Info bergambar ni adalah tentang Medical Card under AIA Public Takaful. Medical card ni untuk hospitalization, iaitu kemasukan ke hospital. Fahamkan info di bawah ni ok. Mungkin sesuai dengan keperluan anda atau keluarga tersayang. Mungkin juga manfaat ia lebih daripada medical card yang korang ada sekarang.

Sumber: AIA Public Takaful Bhd.

Macam mana, boleh fahamkah info-info kat atas tu? Dapat idea sikit-sikit kira bagus la tu. Banyak benefit medical card tu kan. Murah pun murah. Fuh, promote habis nampak. Hehe...

In case korang nak tahu lanjut tentang ni, aku sudi beri perkongsian dengan lebih detail. Contact number ada kat situ. PM tepi pun boleh! Owh tak kenal aku? Alaaa kita sesama spesies homo sapiens, apa nak malu (adeh ayat apa ni). Nanti kenal-kenal la kita tu kalau ada rezeki nak jumpa. Haha... Thanks!


Mohammad Ezwan bin Amrin
AIA Public Takaful - Consultant

Facebook: Mohammad Ezwan
Email: ezwan.amrin@gmail.com
Contact / WhatsApp: 019-5815056



Tuesday, July 26, 2016

Raya 2016

Warning: Artikel ini ditulis sepenuhnya dalam slang melayu Sabah. Jadi baca atas risiko anda sendiri. Itupun kalau nak bacalah. LOL. Ini entri saja membuang masa, suka-suka & bajet kononnya bereksperimen entah apa-apa~ Yo!

*****************************

Selama zaman bekerja ni, aku kalau time Hari Raya Aidlfitri memang excited la. Bukan sebab excited mau beraya, pigi rumah kawan-kawan, ndak. Excited mesti la sebab dapat pulang kampung. Bayangkan la bah, kalau suda bekerja di semenanjung ni, setahun 2-3 kali jak balik. Sandi baitu...

Yang tinggal di perantauan, paham ba tu kan perasaannya macam mana. Sama laitu apa yang kita rasa. Time Hari Raya la masanya mau tinggal di kampung puas-puas, berkumpul sama-sama keluarga. Eh semua orang pun rasa begitu juga baitu kan?

Jadi itu la, kalau balik raya ni, bukan tujuan utama mau beraya makan itu ini (ah yakah?). Yang utamanya, yang penting keluarga mau dijumpa & kasi luang banyak masa sama durang. "Spend quality time with family", orang tua-tua kata.

Ingat lagi aku dulu masa zaman skola, time Hari Raya memang kau pikir mau beraya sama kawan-kawan jak, satu hari tu macam ndak puas bejalan sama kawan-kawan. Kalau mama bapa ku mengajak pigi rumah keluarga tu, nah berpikir aku sepuluh kali mau ikut ka ndak. Kalau malas mau ikut tu, memang sanggup lagi mengampai di rumah. Tapi itu DULU...

SEKARANG, rajin la ikut beraya pigi rumah keluarga & saudara. Mau luang masa banyak sama keluarga kan kunun. Hehe... Suasananya lain suda ba kan. Dewasa suda, lain la juga pembawaanya tu...

TAPI lain pula ceritaku tahun 2016 ni, time raya banyak mengampai di rumah jak aku. Huhu... KENAPAKAH?? Kesian bah tiba-tiba jak aku kena demam selesema (err ndak kesian pun). Hari terakhir puasa tu rasa sakit suda tekak, terus ku bilang sama mamaku, "Nah, demam la ni aku bisuk, mula suda sakit-sakit tekak". Betul bah, tekaan mengena!

Pagi raya ok lagi la, sekali petang, malam ambik mu, bangun pun ndak larat. Lepas tu, raya ke-2 tu awal-awal pagi suda pigi hospital jumpa doktor. Uish, lama bah aku demam, sampai hari ke-5 ndak baik. Tapi Alhamdulillah, ada la juga tepigi beraya rumah kawan & keluarga cuma ndak banyak la. Maklumlah, ndak sihat kan, mana larat.

Tapi ndak apa la, bersyukur juga aku banyak-banyak sebab demam waktu raya. Kalau kena sebelum raya, memang ceritanya ndak kan penuh la puasa ku sebulan. Alhamdulillah.

Terasa macam deja vu sebenarnya hari tu. Sebab kan, aku dulu masa kecil, selalu raya pertama jak mesti aku demam. Baru dulu, kalau aku demam bukan alang-alang owh sakitnya. Menggigil habis badan.

Ingat lagi aku dulu pernah demam, siangnya boleh lagi pigi beraya, malamnya terus naik bah panas badan. Ndak dapat ku tidur. Menggigil sampai mata hitam ku naik atas sudah. Sengsara eh. Aku yang kena kan, jadi ndak la ku nampak mukaku macam mana time tu. Mungkin macam dalam filem hantu orang yang dirasuk.

Mama ku ketakutan suda masa tu, takut dia aku kena sawan. Mama ku cakap aku tu keteguran. Keteguran tu maksudnya dikacau oleh makhluk halus sebab kita terkacau 'durang'. Begitu la maksudnya lebih kurang. Haha... Orang-orang lama ni biasa la, durang percaya begitu. Wallahualam.

Cuma demam waktu raya tahun ni ndak la sebegitu sandi. Demam biasa ja, makan ubat jak terus ku lena sampai bisuknya. Ehem ehem dewasa suda kan, jadi kuat la kunun antibodi. Haha...

Bah itu ja la cerita ku kali ni. Memang ndak ada isi cerita, saja jak kasi buang masa kamu membaca. Itu pun bagus kalau dibaca kan...  :p

Last sekali, mau ucap juga la Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua!
Kusung-kusung ya! :)

Walaupun demam, senyum itu harus. Chewah! :p


Bah, rujuk di sini Goooogle translate-nya:
1) ndak = tidak
2) sandi = teruk
3) pigi = pergi
4) jak = saja
5) bisuk = esok
6) mengampai = memanjang tidur / baring



Wednesday, January 20, 2016

PRS Elak Usus Koyak Nanti

 Entri ni berkesinambungan daripada entri lepas, Krisis Persaraan di Malaysia


Private Retirement Scheme (PRS) atau dalam bahasa, Skim Persaraan Swasta adalah pelan alternatif yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada rakyat menabung & seterusnya memperoleh pulangan tinggi sebagai sumber pendapatan tambahan di waktu persaraan nanti.


"Tapi aku dah ada EPF, bulan-bulan duit masuk ke dalam akaun EPF."

Ok, sebelum kita lanjut, korang kena set dulu dalam minda yang PRS adalah pelan alternatif atau tambahan untuk meningkatkan tabungan kita ketika bersara nanti.
____________________________________________________________________________

"Kenapa kena tambah tabungan? EPF tu simpanan jangka panjang kan, lama-kelamaan mesti cukup punya la."

Berdasarkan satu laporan dibuat oleh EPF pada Februari 2015, pencarum EPF harus ada sekurang-kurangnya RM196,800 dalam akaun semasa bersara pada umur 55 tahun nanti (phew, banyak tuu, sempatkah kumpul?). Dengan amaun itu pun, katakan kita hidup 20 tahun lagi selepas bersara, jumlah tu hanya mampu beri kita elaun bulanan sebanyak RM820.

Agak-agak cukup tak duit bulanan tu nanti? Jangan lupa tentang inflation rate. Secara kasarnya, kadar inflasi kat Malaysia adalah dalam 3.5%, tapi urban areas seperti KL & Penang boleh cecah 6%. Kalau dah begitu kadarnya, lepas bersara nanti, RM20 pun tak cukup nak isi perut untuk sehari wei!


Itu baru makan, perbelanjaan keperluan lain lagi nak kena fikir. Beli barang mandi la, nak isi minyak kereta motor la, macam-macam. Jangan ceritalah kos kalau jatuh sakit, apatah lagi kalau kita ni tak protected/covered. Maklumlah umur meningkat, taraf kesihatan takkan maintain. Susah tu...

Jadi cukupkah kita hidup dengan RM820 sebulan nanti?
Mampukah nak tampung keperluan kita?

Sumber: KWSP
Ni keratan laporan daripada EPF (KWSP). Seram tak baca statement tu?
_________________________________________________________________________

"Aku ada menyimpan sendiri, setiap bulan aku save sikit ke dalam bank. Tu sebagai persediaan aku di masa depan juga."

Menabung dalam bank bagus, sekurangnya kita bersedia tapi selagi wujudnya better option, then we should grab the opportunity.

Menyimpan sendiri atau dalam akaun bank tak mampu 'beranakkan' duit simpanan kita (saving account hanya dapat 1% return). Menabung dalam PRS mampu menjana perolehan yang lebih tinggi. Dengan perolehan tinggi yang mungkin daripada PRS, ditambah wang sedia ada daripada EPF, pendapatan terkumpul keduanya mampu menampung perbelanjaan hidup selepas bersara.


Bagaimana PRS menjana simpanan kita?

 Tengok kat bawah ni, jika sebulan kita simpan RM350 untuk PRS, simpanan setahun = RM4,200.
Kita menabung selama 20 tahun, maka jumlah deposit sepanjang itu = RM84,000.
Katakan kadar perolehan tahunan (purata) = 6%.
Melalui satu formula pelaburan, jumlah terkumpul yang kita peroleh = RM154,499.


Kalaulah kadar perolehan tahunan tinggi lagi, iaitu 8% dan kita menabung selama 25 tahun, jumlah terkumpul yang kita peroleh mencecah RM 307,044 !!

By the way, menyimpan dalam PRS boleh motivate diri kita untuk menabung secara berdisiplin. Jika simpan sendiri ni, faham-faham la kan, bila tengok duit beribu-ribu dalam akaun bank, mulalah nafsu serakah tu menggodai jiwa. lol.
____________________________________________________________________________

"Apa yang bagus lagi dengan PRS ni?"

PRS punya banyak kelebihan yang boleh beri kita lebih perolehan.

Sumber: www.imoney.my

#1- Simpanan jangka panjang (long-term saving plan) dengan penjanaan kewangan. Seperti yang dah cerita kat atas, simpanan kita dijana melalui kadar perolehan tahunan (annual rate of returns).
___________________________________________


#2- Pengecualian cukai pendapatan (income tax relief) sehingga RM3000 setahun! Pengecualian cukai ni membolehkan kita dapat simpanan tambahan. How? Jom kira-kira!

Sumber: SmartInvestor (Dec,2015)

Untuk maksimumkan pengecualian cukai tersebut, kita harus menyimpan at least RM250 sebulan (RM250 x 12 bulan = RM3,000 setahun).

Berdasarkan jadual di atas, jika pendapatan kita yang boleh dicukaikan (personal taxable income) sebanyak RM50,001 - 70,000, then penjimatan cukai (tax savings) yang diperoleh = RM480 setahun.

Katakan kita start PRS pada 2012 dan terus menyimpan RM3,000 setiap tahun sehingga 2021, maka kita dah menabung selama 10 tahun. Dalam masa 10 tahun tu, jumlah penjimatan cukai = RM480 x 10 tahun = RM4,800 !

Untung, kan? Di samping penjanaan perolehan secara jangka panjang, kita juga dapat penjimatan cukai melalui pelaburan PRS. Dapat lagi save duit.
___________________________________________


#3- Insentif RM500 (one-off incentive) kepada pelabur muda, umur 20-30 tahun.


Macam mana nak dapat duit free RM500 ni? Hah, tak susah. Korang kena menyimpan at least RM1000 setahun dalam akaun PRS. Cuma simpan at least RM83.35 sebulan, dah dapat duit RM500. Siapa nak bagi duit free, kan?

Tawaran insentif ni sah sehingga 2018, jadi jangan tunggu lama-lama, nanti rugi!
____________________________________________________________________________

Hurmm, mari selami semula tentang realiti persaraan di Malaysia:
Sumber: SmartInvestor (Dec,2015)

Yup, don't be that 68% !

So, let's start now !


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang. Jika nak tahu lanjut lagi pasal Private Retirement Scheme (PRS) atau saving plan yang lain seperti Unit Trust, saya sedia membantu untuk berkongsi.


Mohammad Ezwan bin Amrin
CIMB Wealth Advisors - Consultant

Facebook: Mohammad Ezwan
Email: ezwan.amrin@gmail.com
Contact / WhatsApp: 019-5815056



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...