Di celah dua bilah papan, menyelitnya sepasang mata. Sepasang mata yang sentiasa meliar. Meliar entah mencari apa. Meliar entah menatap siapa.
Sepasang mata itu mampu memandang. Melihat apa saja terbentang di hadapan. Tak siapa tahu, tak siapa sedar, tak siapa perasan, hadirnya pandangan dari celah papan. Dasar maling!
Awal pagi, loceng sekolah belum berdering. Sepasang mata sudah sedia di celah itu. Fokusnya merenung sesiapa berlalu. Terpinga si murid dek suara sumbang entahnya empu. Dasar pengacau!
Pong pang pong pang! Bising sungguh di luar sana. Pong pang pong pang! Apa hal jerit sana rumah sebelah. Bunyi itu kacau. Tak keruan mendengarnya. Sepasang mata pantas ke kedudukannya. Mahu tahu di sebaliknya apa. Dasar busybody!
Malam gelap mengerikan. Malam gelap menakutkan. Berkeliarannya si penanggal bebalan. Mata merahnya menyeramkan. Dari luar sebalik celah, pandangan merahnya menerkam penghuni rumah. Imaginasi ini menggetarkan. Dasar penakut!
Ah sudah, memang kau dasar penghendap!
**************************
Dinding bilik aku dulu, ada ruang kecil antara 2 bilah papan. Sebelah dengan katil aku. Waktu kecik, celah papan tu la jadi port 'menghendap' orang kat luar rumah. Luar rumah ok, bukan penghendap orang mandi camtu, ini ala-ala jadi silent observer gitu. Haha... nak justify jugak.
Bila ada bebudak sekolah lalu kawasan rumah, kekadang aku jadi pengacau, konon nak takutkan diorang. Aku jerit-jerit di celah papan tu. Bengong kan? Tapi lawak gak tengok diorang tercari-cari kat mana suara celaka yang menjerit tu.
Waktu malam, celah papan tu ditutup dengan remukan kertas. Alasannya, takut tetiba ada balan-balan (penanggal) muncul merenung dari luar rumah. Penakut! Pengaruh buku hantu la ni...
Bila dah remaja & rasional, semua perangai buruk tu dah ditinggalkan yer. Hurmm... kecuali perangai 'jaga tepi kain' tu kekadang terlepas dari kawalan refleksi diri ini. Bwahaha... Maafkan beta!
Tweet