Saturday, July 26, 2014

2014: Transformers Age of Extinction, Dawn of the Planet of the Apes, The Fault in Our Stars, 22 Jump Street, Snowpiercer



Dalam entri ni, aku bagi review untuk 5 lagi filem 2014. Tiga buah filem adalah sekuel kepada movie series masing-masing. Sebuah filem pula diadaptasi daripada novel dengan tajuk sama. Sebuah filem lagi diarahkan oleh pengarah Korea tapi tayangan tak meluas lagi. Jom baca!



Transformers: Age of Extinction


Selepas 4 tahun kisah dalam filem ketiga, Transformers: Dark of the Moon [2011], unit elit CIA, Cemetery Wind yang diketuai oleh Harold Attinger (Kelsey Grammer) ditugaskan untuk memburu saki-baki Decepticons, tetapi secara rahsia diorang turut memburu Autobots, dengan bantuan robot pemburu, Lockdown. Disebabkan tu, Autobots terpaksa bersembunyi.


Cade Yeager (Mark Wahlberg) dan anaknya, Tessa Yeager (Nicola Peltz) cuba menyembunyikan Optimus Prime yang cedera tetapi menghadapi ancaman apabila Prime berjaya dikesan oleh unit Cemetery Wind. Dengan bantuan Shane Dyson (Jack Reynor) dan sisa tenaga Prime, Cade dan Tessa dapat melepaskan diri. Keputusan diorang untuk berpihak kepada Autobots membawa ancaman yang lebih besar.


Pada masa yang sama, Joshua Joyce (Stanley Tucci) berjaya mencipta transformium, which is unstable metal yang boleh berubah kepada apa saja. Tujuan dia adalah nak buat Transformers sendiri, tapi jahanam atau tak tindakan dia tu, korang kenalah tengok sendiri okay.


Dari segi aksi, seperti biasa, semestinya smart & powerful! Sepanjang cerita dipenuhi dengan aksi. Tapi bila padat sangat dengan aksi + 'bunyi mesin', mata kau akan jadi berpinar-pinar, telinga kau akan berdengung-dengung, sehingga kau rasa pawagam tu adalah kilang buat mesin.


Plot agak complicated. Sejam pertama mampu beri kita semangat untuk stick to the story, tapi selepas tu, jalan cerita dah berpusing ke sana sini, jadi rumit. Kalau cerita diringkaskan sedikit dengan plot yang teratur, it will be better. Cerita bercabang-cabang tapi fokus hilang.



Durasi agak panjang, 2 jam 40 minit tapi ada scene yang kalau takde pun, takpe. Buat semak cerita je. Ada kejap tu terasa macam tengok filem Alien VS Predator. Whatdaa~ 

By the way, Mark Wahlberg sangat sesuai jadi hero baru cerita Transformers, dia bawa watak dengan best! Kira tak sia-sialah tukar hero utama.


Filem Transformers: Age of Extinction [2014] hanya meneruskan legasi penceritaan Transformers, jangan expect ada pembaharuan lain. Awal-awal cerita cukup menarik, tapi lepas tu dah hampeh sikit.

However since Transformers series dah punya ramai peminat, as at 26/07/2014 (within 1 month released), filem ni dah cecah kutipan tertinggi seluruh dunia (No. 1 Box Office worldwide) untuk tahun 2014, dengan pungutan ~$892.2 juta. Hebat tak hebat? But as overall, aku bagi 6.5/10 bintang, cerita tak sehebat populariti.




Dawn of the Planet of the Apes


Bermula pada tahun 2016, virus ALZ-113 yang merebak dalam kalangan manusia telah menyebabkan banyak kematian, rusuhan awam, dan kehancuran ekonomi seluruh dunia. Pada masa yang sama, sebuah komuniti beruk dengan abiliti luar biasa telah berkembang kat hutan Muir, di bawah pimpinan Caesar (Andy Serkis).


Di San Francisco, sekumpulan manusia, diketuai oleh Dreyfus (Gary Oldman), yang imun kepada virus ALZ-113 terpaksa mencari sumber jana kuasa untuk membekalkan elektrik jangka panjang kepada bandar diorang yang dah musnah. Untuk masuk ke sebuah empangan hidroelektrik lama kat hutan Muir, Malcolm (Jason Clarke) yang mengetuai misi tu perlu mendapatkan kebenaran daripada Caesar dahulu.


Dengan syarat tiada senjata dibenarkan, Caesar membenarkan Malcolm dan kumpulannya untuk melakukan kerja kat empangan tersebut. Tapi tak semua beruk boleh bertoleransi atas sebab dendam terhadap kejahatan manusia, dan tak semua manusia tu akan tunduk je kepada kekuatan beruk. Kewujudan konflik di antara kedua-duanya membawa kepada insiden yang lebih teruk.


First, nak puji visual grafik dia, memang terbaik! Muka-muka beruk tu nampak sangat real, dengan facial expression yang sangat menjadi. Dengan teknologi grafik yang bagus, emosi beruk-beruk tu berjaya sampai kat penonton.


Plot bagus with unexpected story, dan berbeza dari banyak segi dengan previous film, Rise of the Planet of the Apes [2011]. Awal cerita adalah pengenalan terhadap kehidupan luar biasa komuniti beruk, dan fokus seterusnya diberikan kepada hubungan beruk tu dengan kaum manusia. Konflik dalaman manusia dan beruk tu berbeza tapi keduanya menuju satu kemuncak yang kau tak expect apa bakal terjadi.


Elemen thriller tu wujud dalam filem sebab in some scenes, ada ditunjukkan betapa ngerinya beruk tu. Some scenes sememangnya unik dan terbaik, termasuklah pertarungan between apes, dan konflik kejahatan between apes & human. Ada satu scene tu best, seekor beruk tu buat-buat bodoh, then rampas senjata dan tembak mati orang, kejam la tapi stylo~


Filem Dawn of the Planet of the Apes [2014] sesuai kalau korang nak sesuatu kelainan daripada biasa. Filem ni penuh dengan dramatic moments yang buat kita rasa ada something unique kat situ. Aku bagi 8.5/10 bintang untuk filem ni. Great movie!




The Fault in Our Stars


Hazel Grace Lancaster (Shailene Woodley) ialah seorang remaja perempuan yang menghidapi kanser tiroid yang telah merebak ke peparu. Pertemuan dengan Augustus Waters (Ansel Elgort), seorang remaja lelaki yang kehilangan sebelah kaki sebab osteosarcoma, memberi Hazel sedikit kegembiraan.


Diorang berkongsi pengalaman kanser masing-masing dan bersetuju untuk baca each other's favorite novels. Hazel mengesyorkan novel An Imperial Affliction, menceritakan tentang gadis penghidap kanser bernama Anna yang mempunyai pengalaman yang sama dengan Hazel.


Augustus yang tak puas hati dengan ending novel tu telah mengejutkan Hazel apabila dia membeli tiket ke Amsterdam untuk membawa Hazel berjumpa dengan Peter van Houten, penulis novel tersebut. Trip ke Amsterdam merapatkan lagi hubungan diorang tetapi berjayakah hubungan cinta dengan kekangan kesihatan masing-masing yang semakin terjejas?


Cerita romantik yang bersahaja tetapi penuh dengan emosi. Dah lama tak layan filem-filem jiwang ni, sesekali layan best jugak. Haha... Plot simple je tapi olahan cerita tu yang best, buat kita terus follow the story tanpa rasa boring sepanjang cerita. Dengan lawak-lawak spontan diselitkan, for sure korang takkan tidur time tengok.


Bagusnya lagi, The Fault in Our Stars [2014] tak jiwang meleleh walaupun sangat sedih di akhir cerita! Korang jangan lupa bawa kaca mata hitam okay, boleh pakai lepas keluar panggung. Huhu... Lakonan kedua pelakon tu pun terbaik, berjaya menghidupkan watak dan mewujudkan the best chemistry. Hehe~


Antara filem romantik drama yang terbaik tahun ni, aku berani jamin. Aku tak pernah baca novel dia, tapi filem ni pun dah cukup power. Touching gak tapi itu yang menguatkan the story, so aku bagi 8.5/10 bintang. Always! Okay!




22 Jump Street


Dua tahun selepas kejayaan dalam program 21 Jump Street [2012], Morton Schmidt (Jonah Hill) dan Greg Jenko (Channing Tatum) kembali bertugas seperti biasa. Tetapi selepas gagal menumpaskan sekumpulan pengedar dadah yang diketuai oleh Ghost (Peter Stormare), diorang dimasukkan semula ke program di bawah Captain Dickson (Ice Cube), berpangkalan kat 22 Jump Street.


Tugasan Schmidt dan Jenko adalah menyamar sebagai pelajar kolej untuk menyiasat pembekal kepada sejenis dadah, WHYPHY yang telah membunuh seorang pelajar yang mengambil dadah tersebut. Di kolej, Jenko mendapat rakan baru, Zook (Wyatt Russell) yang seterusnya menjadi suspek kepada siasatan diorang.


Keakraban Jenko dengan Zook & football team menyebabkan kerenggangan hubungan dia dengan Schmidt. Masa tu juga, Schmidt menghadapi konflik cinta dengan seorang pelajar seni, Maya (Amber Stevens). Penyiasatan diorang pun terjejas dan keadaan menjadi rumit. Macam mana rumitnya keadaan tu, itu tugas korang untuk find out sendiri.


Ini bukan cerita gay okay walaupun ada kejap terasa macam tu. Haha~ Actually, ia menyentuh hubungan persahabatan sejati antara lelaki. Bromance chemistry antara Schmidt dan Jenko begitu kuat, lakonan diorang sangat menjadi. Keakraban yang sejati tapi kelakar.


Gelak memanjang tengok cerita ni, dengan dialog humor, aksi yang lawak, babak-babak bengong dan selamba, memang pecah perut! Sentiasa teringat funny moments cerita ni, melekat. Hehe... At the same time, jalan cerita tak terjejas dengan humor parts yang diselitkan.


 Aku mengharapkan siri filem Jump Street ni berterusan sebab filem 22 Jump Street [2014] ni pun mantap as the first one. Kisah penyiasatan polis yang enjoy untuk dilayan, tak berat dan spontan je. Boleh la bagi 8/10 bintang.




Snowpiercer

Filem Snowpiercer ni dah ditayangkan di South Korea pada Ogos 2013. Itu sebab dah boleh download dan aku dah tengok. International release adalah pada tahun ni, kelewatan atas sebab kontroversi tertentu. Tapi tak tahulah kalau filem ni akan release kat Malaysia.


Ia menceritakan tentang sekumpulan manusia yang mendiami sebuah keretapi besar, dikenali sebagai Snowpiercer. Hanya kumpulan manusia ni je yang terselamat selepas Bumi membeku akibat kegagalan eksperimen untuk menangani global warming pada 2014. Snowpiercer ni mempunyai perpetual-motion engine, yang membolehkan ia bergerak mengelilingi dunia tanpa henti.


Dalam keretapi tu, golongan elit duduk kat gerabak-gerabak hadapan manakala golongan miskin ditempatkan kat bahagian ekor (hujung) keretapi. Pada tahun 2031, golongan miskin yang dah lama hidup tertindas mula membuat pemberontakan menentang golongan elit yang kejam.


Curtis (Chris Evans) mengetuai pemberontakan tersebut, dengan bantuan bersyarat daripada Namgoong Minsu (Song Kang-ho), orang yang membina pintu-pintu yang memisahkan setiap gerabak. Semakin diorang menuju ke gerabak hadapan, semakin besar & sadis halangan yang diorang tempuhi. Try la tonton ok~


Dah lama tak tengok cerita science fiction thriller yang best macam ni. Idea cerita ni unik - manusia tinggal dalam keretapi bergerak untuk terus hidup, at the same time, wujud sistem kelas manusia kat dalam tu. Idea ni didokong oleh penceritaan yang tak berat sangat, dan plot yang bagus. Sukar nak jangka how the story goes, sebab kejutan demi kejutan berlaku sepanjang cerita.


Aspek moraliti dipaparkan dengan berkesan terutama penindasan golongan elit terhadap yang miskin. Pelakon-pelakon berjaya bawa watak. Kita tonton pun terasa benci sangat dengan golongan elit, kekejaman diorang tu menonjol, dan masa yang sama, terkesan juga dengan kesusahan golongan miskin. Kesadisan pasukan elit bersenjata dalam satu scene pula berjaya 'menggelapkan' lagi cerita ni.


Snowpiercer [2014] bukan cerita tipikal yang hanya nak tunjuk siapa berjaya hidup, dan siapa yang mati dalam suatu peristiwa hitam. Penekanan terhadap aspek kemanusiaan turut cuba ditonjolkan. Aspek sebegini menyamai realiti sekarang yang mana golongan susah masih hidup tertindas tanpa cukup bantuan. Okay keseluruhannya, filem ni aku bagi 8.5/10 bintang. Best!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...