Dah tonton The Hobbit: An Unexpected Journey (2012)? Dah atau belum, it's okay, bukan satu issue, jom tengok the next one, The Hobbit: The Desolation of Smaug (2013)!
Dalam first movie, Bilbo Baggins (Martin Freeman), Thorin Oakenshield (Richard Armitage) dan Dwarves yang lain berjaya melepaskan diri daripada belenggu Azog & his Orcs. Dalam second movie ni, Bilbo, Thorin dan yang lain, ditemani oleh Gandalf the Grey (Ian McKellen) meneruskan perjalanan diorang untuk menakluki semula Erebor (Dwarves' homeland) yang telah ditawan oleh Smaug (Benedict Cumberbatch), seekor naga yang sangat kuat.
Sebelum memasuki hutan Mirkwood, Gandalf terpaksa berpisah dengan Bilbo dan yang lain selepas menemui grafiti Black Speech pada satu statue. Tanpa memberitahu alasannya pergi, Gandalf sempat menasihati diorang Thorin untuk mengikut laluan Elf dalam hutan Mirkwood, dan menunggu dia kat luar Lonely Mountain apabila sampai di gunung tu nanti.
Malang bagi diorang apabila sesat kat hutan tersebut dan ditangkap oleh giant spiders. Bilbo dengan bantuan One Ring, berjaya melepaskan diorang semua, tetapi kemudian diorang ditangkap pula oleh kaum Wood-elf yang diketuai oleh Legolas (Orlando Bloom) dan kaptennya, Tauriel (Evangeline Lilly).
Macam mana nasib Bilbo, Thorin dan Dwarves yang lain setelah ditangkap oleh kaum elf? Apa cerita Gandalf yang tetiba terpaksa berpisah dengan yang lain? Apa pula perancangan kaum Orc yang masih aktif memburu Thorin? Siapa pula gerangan Bard the Bowman (Luke Evans) yang membantu diorang Bilbo di pertengahan perjalanan? Berjayakah Smaug dikalahkan? Tonton la untuk tahu selanjutnya.
The first film tu best, tapi minat aku biasa-biasa je, tak excited sangatlah. Tapi lepas tengok second movie ni, yang ternyata lagi best, aku makin sangkut la pulak dengan siri ni. Minat aku bertambah! Filem fantasy adventure yang tak heavy, relaks dan santai je tengok tapi berjaya buat kita excited nak follow the adventure story. Adventure filem ni memang terbaik!
Bila aku cakap relaks, maksud aku filem ni tak perlu kerahan tenaga otak untuk memahami plot dan story, most are straightforward. Pengolahan cerita dari segi konflik yang dihadapi oleh beberapa karekter membuatkan kita eager nak tahu what is the next. Apa yang jadi kat dia ni? Diorang akan berdepan dengan apa pulak pasni? Sepanjang tengok, ternanti-nanti jawapan kepada soalan sebegini.
Fun & enjoy! Satu lagi kenapa aku cakap relaks, filem ni banyak unsur lawak gak. Dalam action, dialog, thrilling scene, humor yang diselitkan memang menjadi. Gelak kot tengok! Ada satu scene dalam barrel tu yang sangat kelakar. Korang tengok nanti akan tau...Haha~
Bagi aku kemunculan Legolas berjaya memberi impak lebih kepada filem ni. Feymes tuuu Legolas waktu cerita The Lord of the Rings meletup dulu. As usual, Legolas sangat stylo dengan aksi memanahnya. Ditambah lagi dengan karekter Tauriel, menjadikan archery action filem ni mantap! Fighting action of the Dwarves tu pun best, siap ada lawak lagi.
Walaupun the Hobbit masih tak mampu menandingi kehebatan siri The Lord of the Rings, tapi ia ada kelainan tersendiri dan berjaya bagi penangan hebat gak. Kalau tak, masakan the first film boleh mencecah kutipan $1 billion pada tahun lepas. Aku rasa ini adalah filem fantasi terbaik tahun 2013, aku bagi 9/10 bintang. Fun to watch!