Saturday, August 31, 2013

Kick-Ass 2 [2013]

Dah pernah tengok Kick-Ass [2010]? Cerita yang bukan sekadar aksi komedi, tapi brutal ganazz! Kaki & tangan putus, tu biasa dalam filem ni (tapi kat panggung, censored sikit la keganasan tu). But, cerita dia memang best. Feveret filem jugak la. How about the sequel, Kick-Ass 2?


Selepas filem pertama, Dave Lizewski AKA Kick-Ass (Aaron Taylor-Johnson) dah tak terlibat lagi dalam menentang jenayah, tapi kewujudan dia sebagai Kick-Ass berjaya memberi inspirasi kepada ramai orang untuk menjadi superhero. Then, dia meminta Mindy Macready AKA Hit Girl (Chloe Grace Moretz) untuk melatih dia menjadi superhero yang betul-betul berkebolehan.


Tapi selepas Mindy kantoi menentang jenayah oleh Marcus, iaitu penjaganya, dia 'dibasuh' sikit oleh Marcus & akhirnya bersetuju untuk menjalani kehidupan biasa seperti gadis lain. Mindy ni umur baru 15 tahun. Selepas ketiadaan Hit Girl, Kick-Ass yang tak nak 'bekerja' sorang-sorang, join 1 hero team "Justice Forever", yang diketuai oleh Colonel Stars & Stripes (Jim Carrey).


Pada masa yang sama, Chris D'Amico (Christopher Mintz-Plasse) sangat berdendam dengan Kick-Ass selepas kematian ayahnya (rujuk 1st filem). Dia mengubah diri dia menjadi seorang super-villain (kononnya la), yang dia gelarkan sendiri sebagai The Motherf**ker (censored sikit k...haha). Dengan kekayaan dia, dia mengumpulkan orang-orang tertentu termasuk penjenayah untuk membentuk sebuah kumpulan villain, yang seterusnya menyerang satu-persatu ahli team Justice Forever.


So, apa yang berlaku terhadap team Justice Forever? Apakah tindakan Kick-Ass dalam menentang Chris D'Amico yang sebelum ni adalah teman dia sendiri? Bagaimana pula kehidupan normal Mindy? Adakah Mindy akan terus melupakan diri dia sebagai Hit Girl? Fufufu...try find out sendiri k...


Dari sinopsis yang penat aku karang tu, ada 3 fokus karekter dengan each side story, yang digabungkan menjadi 1 cerita superhero yang 'tak superhero' sangat pun. Hehe... Kick-Ass ni bukan cerita superhero dengan superpower, tapi hanyalah betapa tingginya keinginan orang biasa untuk menentang jenayah kota. Cuma, identiti diorang je tak diketahui dengan dressing yang 'mengarut'. Cerita ketiga-tiga watak tersebut punya tema tersendiri yang akhirnya menentukan tindakan diorang kat klimaks.


Humor 'kasar' masih sarat dalam filem sekuel ni. Sangat la sarcastic lawak diorang, tapi serius kelakar! Dialog pun macam haram! Lawak spontan! Gelak je memanjang... haha... Berjaya menggelitik usus, hati & perut (melampau betul metafora!).


Violence & brutalism pun masih menjadi elemen filem ni. Tu sebab aku cakap ganas! Action memang serius brutal. So kalau korang boleh digest 'kekasaran' camtu, no problemaaa... Aku ok je...hehe~


Aksi mantap, especially Hit Girl la, paling style! Enjoy tengok fighting scenes filem ni tau, siap diselitkan humor lagi time syok-syok berlawan. But, memang menjadi! Aksi yang punya keunikan tersendiri...


Cuma filem ni 'sesak' dengan ramai superhero sampingan. Bila ramai, kena ada sikit pengenalan jugak kepada watak-watak tersebut. Untuk superhero sampingan yang nak ditonjolkan ke hadapan, pengenalan watak perlu dilebihkan sikit kepada penonton, so that kepentingan watak tu akan lebih dirasai. Kalau tak, nanti kita akan feel, "Perlukah dia wujud dalam filem ni?".


Walaupun Kick-Ass 2 brutal sikit, tapi aku suka keunikan filem ni. Ia tak bulat-bulat menerapkan tema superhero yang dah melekat dalam mindset kita. Pun, tak berat sangat untuk kita follow the whole story. Rating aku bagi 8/10 bintang.
Kick-awesssome!





Comments
7 Comments

7 comments:

  1. tak berapa berkenan dengan filem nie..tak tahula kenapa. tgk trailer macam boring je..

    Jom terjah sini Kebaikan Menyertai Contest

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...yup, sstngah org x minat citer mcm ni... msa 1st movie ni release dulu, aku pn x minat sgt nk tgok, tp lepas tgok (sbb time tu dah boring sgt), terus sangkut...

      Delete
  2. xprnah tgk citer ni.topeng baju hijau tu nampak kelakar la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...