Monday, February 11, 2013

DmC: Devil May Cry [2013]


Kali ni mau cerita pasal game lagi, haish susah kalau dah minat dengan video game ni, sampai ke tua minat tu susah nak pudar. Walaupun dah kurang fanatik compared dengan waktu dulu, tapi masih minat gak la. Kira dulu minat setinggi Everest, sekarang minat dah setinggi Kinabalu (ni saja nama gunung yang aku tau, ahakz).

Game fans mesti kenal Devil May Cry, yang dulunya meletup semasa aku ketiadaan PS2, yang aku hanya tengok je dalam majalah pasal game ni (macam ayat sedih pula). It's ok la, at least time tu (sekolah menengah) aku boleh fokus study untuk mencapai cita-cita ke menara gading (bluerk, study la sangat :p).


Ok la, enough dengan cerita mengarut, fokus kepada DmC: Devil May Cry [2013]. Game DmC adalah reboot kepada game asal Devil May Cry series [2001-2008]. Kiranya ia adalah game dengan alternative story, tapi masih mengekalkan watak utama, Dante dengan wajah & penampilan yang berbeza.



- Sinopsis -
Cerita DmC ni mengambil tempat kat sebuah bandar moden (era zaman sekarang), yang dikenali sebagai Limbo City. Penduduk kat situ tak sedar yang sebenarnya bandar tu dikawal secara rahsia oleh demons, dengan cara memanipulasi diorang melalui keselesaan hidup di situ. In reality, all seems normal, tapi actually demons tu ada je kat situ, but in another dimension. Demons tu diketuai oleh Mundus.


Dante yang mulanya tak tahu bahawa dia adalah nephilim (kacukan demon & angel), bersetuju untuk bekerjasama dengan sebuah organisasi, the Order untuk menumpaskan Mundus dan koloninya. The Order tu diketuai oleh Vergil (Dante's twin brother). Seorang gadis psikik, Kat yang juga ahli the Order, banyak membantu Dante & Vergil dalam misi menghapuskan koloni demons tu.


Mundus & the geng harus dihapuskan daripada terus mencengkam penduduk kat bandar tersebut. Namun matlamat sebenar Vergil adalah lebih daripada tu, yang seterusnya mencetuskan ketaksefahaman antara dia dengan Dante.



Apa yang best?

#1 - Storyline
Cerita DmC ni boleh tahan best juga la. Storyline DmC ni tak follow 100% cerita asal. Cerita asal Vergil dah memang bermusuh dengan Dante, tapi kali ni buat kita berteka-teki adakah Vergil ni sebenarnya baik ataupun jahat? Pandai diorang susun plot cerita. Walaupun ni just video game, tapi ada certain scenes tu, yang membuatkan aku cemas, ala macam tonton movie. Hurm, cerita mengarut? Of course la, dah namanya video game. Jangan taksub sudah~



#2 - Dante
Masa first tengok trailer game ni tahun lepas, terfikir "Kenapa buruk sangat Dante ni, macam pengkid!". After game dah release & aku main, "Wow, stylo gak!". Banyak berbeza daripada trailer asal dulu. Game designer banyak ubah kot, atas komen-komen fans. Walaupun 'dia' tu Dante lain, tapi still cool & CRAZY as previous one. Fesyen rambut dia smart! Haha~ Btw, the other characters pun nice & cool.




#3 - Visual Graphic & Design
Tak payah cerita pasal graphic sangat, game sekarang ni semua graphic lawa-lawa. Design DmC ni pun smart, especially latar tempat game ni. Tempat-tempat kat dalam game ni memang of course tak logik, tapi terserlah betapa kreatif & tingginya imaginasi team designer DmC. Then, pewarnaan untuk game ni pun aku suka. Aku boleh cakap suasana game ni - Modern era with creepy darkness.




#4 - Excellent Gameplay & Controls
Gameplay is super-duper awesome! Lebih kurang je dengan siri lepas, cuma DmC ni lagi senang nak tukar senjata waktu fight dengan enemies. Hold satu button, jadi senjata B, lepaskan button tu, ia akan tukar balik ke senjata A, at the same time, serangan masih berterusan. Excellent controls! So, pelbagai skill kita boleh buat dengan senang sebenarnya. Walaupun aku tak power sangat buat skill, tapi excited gak. Tak paham? Hurm, try main nanti ok.




Secara keseluruhannya, aku puas hati dengan DmC ni. Mulanya macam tak nak beli atas sebab trailer yang kurang menyengat. But, bila start main, terus excited habiskan dalam masa seminggu. Score aku adalah 9/10. Mantap!





Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...