Sunday, October 7, 2012

Aidilfitri 2012: Menjejak Suan Lamba, Sabah


Assalamualaikum & salam sejahtera

Guys, izinkan aku undurkan masa untuk story pasal Raya Aidilfitri yang lepas. Time Raya Ke-4 hari tu, kitorang se-family balik kampung kat Suan Lamba, Kinabatangan, Sabah. Kubur kedua-dua arwah atuk aku (sebelah mak & ayah) kat situ, jadi setiap Aidilfitri, kitorang akan pergi ziarah. Lebih spesifik lagi, nama tempat tu adalah Kg. Buang Sayang (Tapi aku masih tak tahu secara sahih kenapa nama kampung tu begitu).

Rumah arwah atuk aku (sebelah mak) dulu kat situ tapi sekarang dah roboh since tiada orang yang duduk. Kitorang sekeluarga pula duduk kat Suan Lamba ni hanya sampai umur aku 5 tahun, then kitorang berpindah ke kampung yang sekarang, iaitu kat Sandakan.

Balik ke Suan Lamba ni memang best time raya, kena lagi satu family dapat kumpul semua, sempatlah mengimbau kenangan-kenangan masa kecik, cuma keadaan di situ dah berubah habis. Yela, mana ada benda yang kekal, kan? Time has changed everything. Anyway, Buang Sayang memang cantik, yeah! :)

Time aku snap gambar ni, aku tengah berdiri kat jeti Buang Sayang. Seberang tu dikenali sebagai Manggis, kat situlah kubur arwah kedua-dua atuk aku. Dulu ada banyak rumah kat situ termasuklah rumah arwah atuk, sekarang tinggal satu rumah je bertahan.

Kawasan sekeliling adalah hutan bakau. Dulu time kecik, kitorang adik-beradik selalu join nenek & ayahku masuk hutan bakau cari siput. Memang excited kalau pergi cari siput, best! Next time aku story pula pasal 'misi menjejaki siput' ye.

Ni kawasan seberang iaitu Manggis dari jarak dekat. Snap gambar dari atas bot.

Ok, dah sampai seberang. Lepas ziarah kubur, kitorang round-round pula kawasan yang dulu meninggalkan banyak kenangan. Ceh, sentimental pulak.

Hah, inilah rumah arwah atuk aku. Dah roboh habis tau.

Ni pula kawasan belakang rumah tu. Erm, belakang rumah yang dah roboh pun nak posing, ish3. Dulu time rumah ni ada, tak sempat nak ambik gambar kat sini, so this was the right time. Haha~

Tiang-tiang kayu tu dulunya adalah jambatan yang menghubungkan satu rumah ke rumah yang lain. Kadang ianya dijadikan tempat untuk mengasah bakat bidang terjun & kadang dijadikan tempat ala-ala balapan. LOL

Ni pula masjid yang dah terbiar. Sayang gak, kan?

Penat budak-budak ni posing atas kayu balak, aku ambik la gambar diorang. Nanti ada yang merajuk masuk bakau taknak balik. 

Balik! Balik! Nak bye-bye boleh, goyang-goyang bot tak boleh.

Ni 2nd trip balik, since satu bot tak muat semua orang sekali.

Antara rumah kat Buang Sayang. Btw, bendera tu yang mahal sebenarnya. Hehe~



Jom undur masa ke 17 tahun lepas pula, tahun 1995. Ni gambar raya kat rumah arwah atuk aku tu. Time tu kitorang sambut raya kat situ.

Me, my uncle, bro, sis & cousins. Masa ni umur aku 7 tahun.

Ni ruang tamu rumah tu dulu. Tetiba rindu pula kenangan masa kecik, masa zaman-zaman innocent. :D

Ambik gambar di hujung jambatan depan rumah. Time ni aku berbangga dapat bergambar di hujung jambatan. Antara pencapaian terbaik masa umur 7 tahun. Haha~





Comments
28 Comments

28 comments:

  1. pernah pergi Suan Lamba tapi lupa2 ingat ... paling ingat terpaksa masuk ikut gate ladang ... dan pernah pergi sebuah kampung tepi sungai yang ditepi jalan tu banyak gerai ... suka sanggar sabah ..

    ReplyDelete
  2. cantik lah tempat awk bergambar..
    sabah ke semuanya ?

    ReplyDelete
  3. tmpat tu agak pendalaman ke??

    sangat2 sayang rumah roboh cenggitu saja since view kat situ cantik...

    ReplyDelete
  4. @Yasmin Aris
    yup, memang tenang. Bole menghilangkan stress sehingga ke tahap 0.001%. hehe~

    ReplyDelete
  5. @Diemsisi
    Buat revision balik dgn datang sekali lg ke situ.. hehe..

    ReplyDelete
  6. @nur azian
    Yup, semua tu kt Sabah. Sabah mmg byak tempat yg cantik.. :)

    ReplyDelete
  7. @cik marikh
    tmpat tu x pedalaman pun. Sabah mmg byak kwasan camni.

    yup, sangat syg rumah tu roboh. Tp nak buat camner, kitorang dah duduk jauh, so xde yg berkesempatan nk jaga...kira xde rezeki la...

    ReplyDelete
  8. canteknya tempat dia..beshnya kalau bley amek gambar jugak..huhu..tp jauh nk g..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe...copy je gambar ni n edit. sya benarkan..haha...gurau2 ye :p

      Delete
  9. Best la ada kenangan yg camni. Ada gamba lama & gamba yg skang. Mesti terimbau2 kenangan tu kan? Comel gamba kau masa 7 tahun tu. Haha!

    ReplyDelete
  10. @Liyaa Mf
    Mmg terimbau2 kngan lama, sampai terbawa ke mimpi & x lalu makan. LOL~
    Btw, bkan time 7 tahun je comel, tp smpai skang...haha~ (perasan :p)

    ReplyDelete
  11. postingannya sangat bagus kawan
    salam kenal dan follow 543
    ditunggu ya sob mampir
    sekalian follow kembali
    terima kasih

    ReplyDelete
  12. Terbaek lah beb.......memang best kampung ats air..mcm2 aktiviti boleh d buat...

    ReplyDelete
  13. Asalamulaikum...sy nk tnye ni..awk ni anak kepada cikgu amrin ke..? Yg pernah mgajar di sk kuala suan lamba ?

    ReplyDelete
  14. Skiranya awk ank kpd cikgu amrin,smpai slm pd ayah awk ye. Sy bkas anak murid ayah awk di sk kuala suan lamba. Skg sy btugas sbg juruterbang bg pesawat A380 Lufthansa Germany Airlines dan mnetap di Negara Jerman sjak 2001 lg...

    ReplyDelete
  15. Cuba tanya ayah awak nama saya ialah Mohamad Azri bin Mohamad Hussin. Ayah sy pnah btugas sbg anggoya Polis Bantuan di Ladang LKTNS suan lamba. FB sy ialah Ray Amlie Sydney iaitu nama kerakyatan sy di negara jerman ni.

    ReplyDelete
  16. Sy ingin mjejak kesemua rkn2 yg pnah bsekolah bsama sy di sk kuala suan lamba dari sesi 1985 - 1990. Sila hubungi sy di FB yg sy nyatakan td. Terima kasih.....asalamualaikum.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam...ya, sy anak ckg. amrin jamal...nanti sy sampaikan salam abg kpd ayah sy & bgtau psal abg ni...Family sy pindah dr suan lamba ke sandakan tahun 1993, masa tu sy umur 5 tahun...jd, sy x pernah bsekolah d sk kuala suan lamba... btw, tahniah atas pencapaian skrg...mantap! :)

      Delete
  17. Tempat kelahiran ku masih terpahat di hati sanubari,ade ke yg kenal dgn saye jom sembang

    ReplyDelete
  18. Kenangan saya lahir di kilang suan lamba sekolah di sk kuala suan lamba

    ReplyDelete
  19. baru baca ni...teringat zaman budak budak...saya duduk di buang sayang pada thaun 1982 sehingga 84. rumah atas bukit tuh.. sekolah kat sk suan lamba..pasal pada masa tuh sk buang sayang masih atas air... sampailah bapa saya surhg pakai stor baja untuk jadi sekolah..tp saya still sekolah kat sk suan lamba. Driver speed bpk saya dulu nama pakcik kadir..tak ingat nama anak dia dah...abg mat yg driver engineer tu tak tau ada lagi ke tak sana...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...