Friday, November 4, 2011

B+ (Be Positive)



   "Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sesekali" 

Ni kata-kata orang tua, orang tua mana, aku pun x tau. Aku setuju gak dengan ayat ni, kalau buat baik, kita kena tengok keadaan. Selagi situasi tu x menyusahkan kita, teruskanlah bersifat baik kepada sesiapa saja. Dalam situasi yang ada something wrong, kita cuba perbetulkan apa yang silap, bergantung dengan keadaan tu. Sifat sebegini boleh dikira berbuat baik, kan? In any situation, kalau dengan menjadi terlalu positif boleh menyusahkan kita, hadkan sikit 'cas' positif dalam diri kita ke tahap yang dah x menyusahkan kita. 

Ada orang cakap 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Jadi, buat jahat dua tiga kali xda masalah la? Nah, kan kita yang kena tembak balik kalau cakap camni. Jadi ayat di atas lebih tepat, iaitu buat jahat jangan sesekali. Yalah, x baik buat jahat kan, setiap agama mengajar penganut masing-masing untuk sentiasa berbuat baik & jangan berbuat jahat. Tapi, rasanya kita semua pernah berbuat x baik, kan? Kau penipu kalau x pernah. Haha~ Yang penting sedar & taubat.

Aku ni bukanlah bagus sangat. Baikkah aku ni? Aku pun x tau, biarlah orang-orang yang kenal aku judge sendiri. Tapi, pernah satu ketika aku telah menjadi terlalu positif, langsung x peduli perkara negatif yang terngiang-ngiang di kepala aku terhadap keputusan yang aku buat masa tu. In the end, benda negatif yang aku fikir tu betul & keputusan yang aku buat time tu aku rasa silap. Disebabkan terlalu positif, aku rasa kepercayaan aku dikhianati. Tapi, setiap yang berlaku ada hikmahnya kan. So, janganlah terus jadi x tentu arah bila perkara x baik berlaku dengan kita, inilah namanya kehidupan. Try setelkan selagi mampu. 

Mungkin tu mengajar aku bahawa jangan terlalu naif @ sangat positif sampai x fikir secara rasional. Bagi aku, be positive but don't be too much. Jadi, buatlah perkara baik tapi jangan sampai susahkan diri, yang penting perkara jahat itu harus jauhi.



p/s - sorry kalau apa yang aku post ni complicated, kadang aku baca balik, aku pun pening, haha~




Comments
2 Comments

2 comments:

  1. hahaha makanya buat jahat jangan sekali tapi berkali2 ;p

    ReplyDelete
  2. ya, buat jahat berkali2 la baru betul...haha...orang tua yang x dikenali yang cakap.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...