Sunday, November 21, 2021

Francais: Terminator

Bersedia dengan kemunculan robot pemusnah dari masa depan!

Siri filem Terminator boleh dibahagikan kepada 3 timelines mengikut kronologi masing-masing:

Timeline A:
[T1] The Terminator (1984) >> [T2] Terminator 2: Judgment Day (1991) >> [T3] Terminator 3: Rise of the Machines (2003) >> [T4] Terminator Salvation (2009)

Timeline B:
(reboot untuk filem ke-3)
[T1] The Terminator (1984) >> [T2] Terminator 2: Judgment Day (1991) >> [T3b] Terminator: Dark Fate (2019)

Timeline C:
(reboot keseluruhan siri)
[T1c] Terminator Genisys (2015)


[T1]
The Terminator (1984)
Latar masa:
Tahun 1984

Sinopsis:
Satu cyborg dikenali sebagai Terminator dihantar dari masa depan dengan objektif membunuh Sarah Connor supaya kelahiran John Connor, ketua penentang musuh di masa depan dapat dielakkan.

Rating: /10
Action movie dan pada masa sama horror itu ada
• Filem ni buktikan bahawa robot sukar dihapuskan boleh menjadi mimpi ngeri
• Jalan cerita terbaik dengan twist menarik
• Arnold Susah-nak-eja memang power! Nampak robotik habis dan… scary!


[T2]
Terminator 2: Judgment Day (1991)
Latar masa:
Tahun 1995

Sinopsis:
Satu Terminator muncul dari masa depan dengan objektif melindungi John Connor yang menjadi sasaran bunuh oleh satu Terminator lebih canggih, dikenali sebagai T-1000.

Rating: 10 /10
• Sequel terhebat kepada filem yang dah sedia hebat!
• Hubungan antara karakter & perkembangan masing-masing buatkan cerita lebih mendalam, tersirat & penuh emosi
• Antara filem dengan aksi kejar-mengejar terbaik sepanjang zaman
• Best villain! T-1000 dahsyat, setiap kemunculannya pasti menggerunkan

• Pengakhiran menyentuh hati yang sentiasa diingati!

Alternate ending:
Terminator 2: Judgment Day - Remastered Edition (2017)
Edisi ni menukar ending asal kepada ending yang menamatkan terus duologi T1 & T2. So siapa yang benci T3 & seterusnya, anggaplah ini true ending untuk francais Terminator, lol.



[T3]
Terminator 3: Rise of the Machines (2003)
Latar masa:
Tahun 2004

Terdapat perubahan umur watak (yang lebih make sense) merujuk kepada latar masa T2:
John Connor: T2 = 11 tahun, T3 = umur waktu T2 ditukar kepada 13 tahun
Sarah Connor: T2 = 29 tahun, T3 = umur waktu T2 ditukar kepada 36 tahun
(Disebabkan aku concern dengan continuity, secara peribadinya aku anggap latar masa T1 adalah tahun 1982, bukan 1984)

Sinopsis:
John Connor berhadapan ancaman lagi apabila T-X, satu Terminator yang jauh lebih canggih datang dari masa depan untuk membunuh dia & bakal isterinya.

Rating: 6.5 /10
• Mood filem kurang tension & kemunculan Terminator dicacatkan dengan bad humors
• John Connor nampak lemah & helpless dalam kebanyakan scenes
• Cerita keseluruhan okey & ending yang berani untuk kembangkan lagi francais


[T4]
Terminator Salvation (2009)
Latar masa:
Tahun 2018

Sinopsis:
John Connor menemui projek baru musuh yang mampu membinasakan seluruh manusia. Manakala Marcus Wright, seorang banduan yang dihukum pada tahun 2003 bangkit semula di tahun 2018.

Rating: 7.5 /10
• Lepas tonton back-to-back T1, T2, T3 (actually 1st time untuk T1 & T3), aku excited bila sequel lari daripada konsep time travel & mengisahkan perang masa depan
• Plot best dengan pengenalan manusia hybrid cuma kalau konflik lebih dramatik lagi better
• Terminator tak cukup mengancam & tahap kepintaran tak konsisten
• Para pelakon dah mantap, sayangnya 2 sequels yang dirancang tak diteruskan


[T3b]
Terminator: Dark Fate (2019)
Latar masa:
Tahun 2020

Sinopsis:
Seorang manusia hybrid dari masa depan datang untuk melindungi seorang wanita yang bakal menjadi ketua pejuang di masa hadapan daripada buruan Terminator Rev-9.

Rating: 6.5 /10
• Walaupun timeline baru tapi cerita cliché kerana plot serupa T2, even beberapa babak copy T2
• Watak John Connor ‘digantikan’ dengan wanita yang boring karakternya & tiada karisma
• Good actions! Mungkin fokus lebih kepada aksi & efek visual berbanding plot


[T1c]
Terminator Genisys (2015)
Latar masa:
Tahun 2029 >> 1984 >> 2017

Sinopsis:
John Connor hantar Kyle Reese ke masa lampau untuk selamatkan maknya, Sarah Connor daripada dibunuh Terminator, tapi perubahan timeline menyebabkan rancangan diorang berubah.

Rating: /10
• Dipadatkan dengan plot T1 + T2 + plot baru, hingga terasa rumit tapi hambar pada masa sama

• Bila view sebagai filem aksi moden, ia okey tambahan lagi ianya reboot
• Sebagai filem Terminator, not really... sebab banyak scenes from T1 & T2 seolah-olah diparodikan


Ranking:

T1 & T2 adalah wajib tonton!

T3:RotM & T-Salvation okey ditonton jika berminat nak follow perkembangan cerita. Secara peribadi, aku anggap Timeline A sebagai true main series.

T:DF tak berjaya menyambung cerita T2, jadi Timeline B boleh diabaikan.

T-Genisys nampaknya dah dicampak jauh-jauh dari arkib Terminator.



Wednesday, October 27, 2021

Francais: Fast & Furious

SPOILER ALERT (or... you don't care?)

Francais yang banyak buat duit bahkan filem terbarunya, F9 kutip ~$721 juta waktu pandemik. Wow!

Sebelum 2021, aku tak follow 100% Fast & Furious (F&F). Tetiba keinginan datang tonton semua filem, back-to-back beberapa hari, sebelum release F9 hari tu. Fuh sanggup!

Ranking & rating:

F5 adalah puncak kepada francais F&F. Family + Heist + Action. Berkisar tentang rompakan terancang demi family (of course!). Aksi kejar-mengejar bawa peti besi tu kreatif & mantap!

F1 memulakan cerita tentang lumba kereta, family & persahabatan. Dom & Brian ada chemistry yang bagus. Aksi-aksi realistik lagi waktu ni.

F3 aku rasa underrated. Cerita okay & aksi drift yang best! Cuma pelakon tak cukup muda sebagai pelajar high school.

Aksi karut berlebihan bermula dengan F6, then F7 teruskan formula sama tapi double lagi. Dom & geng jadi kebal & hebat dari semua segi.

F7 ada Deckard Shaw, best villain. Plot sedikit berterabur. Farewell ending naikkan value F7.

F6 isu sama dengan F7, plot tak konsisten dengan filem-filem sebelum. Tonton semua filem back-to-back jelas nampak masalah tu.

Hobbs & Shaw boleh dikatakan cerita superhero. Tinggal tak jumpa Avengers lagi, lol.

Apapun F6, F7 dan Hobbs & Shaw enjoyable kalau tonton kat panggung. Good popcorn movies!

F2 ceritanya cliché, tapi masih boleh layan. Villain-nya, Carter Verone pun best.

F4 agak boring walaupun reunion Dom & Brian. Ending scene nampak stylo tapi sayang intro F5 menjadikannya nampak stupid.

F8 patutnya tak perlu wujud. Kesinambungan dah lari jauh dengan plot terdahulu. Aksi over-the-top jangan cakap, hanya mampu geleng kepala.

F9 lagi cuba nak attach dengan kisah lama Dom tapi gagal. Konpiuss… filem komedikah ini? Kau percaya Han mati dalam F3, naif kau! Angkasa lepas? Alaa senang, kereta kan ada… Aargh… terasa diri ni useless tengok movie ni!
__________________________________________________

Kronologi berdasarkan latar masa:
[1] [F1]The Fast and the Furious (2001) >> [2] [F2]2 Fast 2 Furious (2003) >> [3] [F4]Fast & Furious (2009) >> [4] [F5]Fast Five (2011) >> [5] [F6]Fast & Furious 6 (2013) >> [6] [F3]The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006) >> [7] [F7]Furious 7 (2015) >> [8] [F8]The Fate of the Furious (2017) >> [9] [F9]F9 (2021)

Spin-off:
Hobbs & Shaw (2019)


[1]
[F1] The Fast and the Furious (2001)
Dom & kru merompak trak membawa muatan barang elektronik & Brian, polis yang bergerak undercover ditugaskan menyiasat siapa perompak-perompak tersebut.


[2]
[F2] 2 Fast 2 Furious (2003)
Brian yang bukan lagi polis membantu FBI menyiasat Verone, ketua sindiket dadah, dengan tawaran rekod kesalahannya dibersihkan.


[3]
[F4] Fast & Furious (2009)
Brian kini agen FBI bertemu semula & bekerjasama dengan Dom untuk menangkap Braga, ketua sindiket dadah yang bertanggungjawab ke atas kematian Letty, isteri Dom.

Komen sikit:
Ending F4 & intro F5: Sebenarnya apa plan Brian & Mia untuk hentikan bas penjara yang membawa Dom & banduan lain dengan make sure Dom tak mati katak? Cara diorang boleh bunuh semua orang dalam bas!
Eh lupa, Dom kan super-kebal & nyawa orang lain tak penting.


[4]
[F5] Fast Five (2011)
Dom & kru merancang strategi rompakan ke atas cash berjuta milik Reyes, seorang tauke dadah tapi pada masa sama diorang terpaksa berdepan dengan pasukan US DSS yang diketuai oleh Hobbs.


[5]
[F6] Fast & Furious 6 (2013)
Setelah tahu Letty masih hidup, Dom bersetuju bantu Hobbs menangkap sekumpulan kru diketuai Owen Shaw, dengan syarat kesalahan terdahulu Dom & krunya diampunkan.

Komen sikit:
Stupid subplot: Dari London, Brian yang super-wanted sanggup ke Los Angeles untuk dipenjarakan demi info yang waktu tu sebenarnya dah tak penting pun. Then bila balik London, Dom cakap “Whatever you found out, that’s for you.” LOL usaha sia-sia Brian! Kenapa tak minta Hobbs atau kawan FBI dia tolong korek the simple info? Oh ya, nanti tak nampak function Brian.

Ulasan dulu: click Fast & Furious 6 (2013)
Alamak, tingginya aku rate dulu! Ahakz~


[6]
[F3] The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006)
Sean dari Arizona US berpindah sekolah ke Tokyo & bertemu dengan Han yang mengajarnya teknik drift kereta untuk kalahkan Takashi, yang digelar Drift King.


[7]
[F7] Furious 7 (2015)
Deckard Shaw mencederakan Hobbs, membunuh Han & memburu Dom serta kru lain demi membalas dendam terhadap adiknya Owen yang koma angkara Dom.

Komen sikit:
 Based on umur anak Brian & Mia, gap F6 & F7 adalah 2 tahun atau lebih. Lama benar Owen koma ya & Deckard ambil masa 2 tahun untuk visit Owen & bertindak?

• Crossover F&F and Doraemon confirmed!
Deckard pecah masuk office Hobbs di Los Angeles waktu malam & anggap lepas tu dia terus ke Tokyo, flight 11-12 jam. Pagi esok di LA, Dom terima bungkusan bom dari Tokyo (dihantar oleh Deckard), kemudian berjumpa Hobbs di hospital & bagitau Han dah mati.
Maksudnya dalam kurang 20 jam, Deckard selesaikan semua! Terbang ke Tokyo (12 jam), prepare plan & bunuh Han, sediakan bom & pos ke LA (12-13 jam delivery time?). Eh kejap… Fly to Tokyo + Parcel delivered = Dah lebih 24 jam!
Ok tugasmu Doraemon, “Pintu suka hati!”
(atau mungkin Deckard ada member kat LA tolong hantar bom? Aah whatever la!)

• Dom & kru kena dapatkan God’s Eye, sistem komputer yang boleh mengesan lokasi Deckard. Tapi waktu kat Abu Dhabi, Deckard dah depan mata, Dom ada advantage kot untuk tumpaskan Deckard, tapi dia lebih rela ‘terbang’ ke menara sebelah. Erk?

Ulasan dulu: click Furious 7 (2015)
Pengaruh hype kuat sangat dulu.


[8]
[F8] The Fate of the Furious (2017)
Dom yang tetiba berpaling tadah & berpihak kepada Cipher, dalang beberapa jenayah antarabangsa, menyatukan kembali Hobbs, Letty & kru lain untuk menghentikan rancangan jahat musuh.

Komen sikit:
Dom last bersama Elena di awal F6, lepas tu Dom kembali bersama Letty. Gap F6 & F8 adalah 4 tahun. Anak Dom & Elena lebih kurang 1 tahun. Jadi, bila masa Elena mengandung? Samada Dom curang terhadap Letty atau kandungan Elena makan masa bertahun atau sperma Dom mampu survive bertahun sebelum bersenyawa! Because… you know, he is DOM yo!


[Spin-off]
Hobbs & Shaw (2019)
Hobbs & Shaw terpaksa ketepikan permusuhan & bekerjasama menentang Eteon, organisasi techno-terrorist namun perlu berdepan dengan seorang tentera Eteon yang dipertingkatkan secara cyber-genetic.


[9]
[F9] F9 (2021)
Dom & kru perlu menentang Jakob, adik Dom yang lama berpisah, dalam plot jahatnya memecah-belahkan dunia melalui Ares, alat yang boleh menggodam segala sistem kawalan-komputer.

Selitan komedi:
LOL #1:
Kematian Han dalam F3 hanya hologram. Entah bila Han ditarik keluar secara pantas tanpa Deckard sedar sebelum kereta Han meletup? Itu tak kira lagi Sean & orang awam yang menyaksikan kejadian. Macam mana Mr. Nobody yakin Deckard akan langgar Han kat jalan tu? Apa Mr. Nobody nak buat kalau lepas langgar, Deckard tembak mati Han tapi rupanya itu hologram? NO explanation, cuma mention Mr. Nobody ada ‘magic trick’. Adeh… writer pun tak berdaya justifikasikan ridiculousness.

LOL #2:
Kru Dom dah sampai space! Yeah satu pencapaian bertaraf universe! Of course dengan kereta… Teknologi kereta tu ciptaan budak-budak F3, Sean & gengnya. Diorang zaman sekolah dulu spend time dengan street racing, mestilah bijak tahap Anugerah Nobel. NASA? Tak sehebat The Power of FAMILY!

LOL #3:
The rest of the movie. Di tahap ni, nak tonton filem F&F, simpan dulu otak kat bawah bantal, then have fun!

__________________________________________________

Agak-agak apa la cerita pasal family diorang lepas ni? Tak sabarnya...

...untuk bergelak-ketawa.


Tuesday, October 26, 2021

Francais: Ju-On

 Francais seram dengan beberapa siri filem & timeline.
Aku cuma mampu layan satu timeline.

Kronologi berdasarkan latar masa:
[1] Ju-On: The Curse (2000) + Katasumi (1998) + 4444444444 (1998) >> [2] Ju-On: The Curse 2 (2000) >> [3] Ju-On: The Grudge (2002) >> [4] Ju-On: The Grudge 2 (2003) >> [5] Ju-On: Black Ghost (2009) >> [6] Ju-On: White Ghost (2009)


[0]
Katasumi (1998)
&
4444444444 (1998)
Format: Cerita Pendek
Dua cerita pendek (durasi ~3 minit setiap cerita) memulakan kewujudan francais Ju-On. Kedua cerita mengisi plot filem Ju-On pertama.


[1]
Ju-On: The Curse (2000)
Format: Filem TV
Mengisahkan peristiwa ngeri setiap individu yang terkena sumpahan dari sebuah rumah berpuaka. Kisah diceritakan secara bersegmen & tak berturutan, dengan fokus kepada setiap karakter.

Filem seram low-budget yang sangat berjaya mewujudkan suasana ngeri tahap maksima! Mungkin sebab low-budget (tapi kreativiti tinggi) menjadikan cerita nampak lebih real & menakutkan. Jalan cerita yang tragik.

Rating: 7.5 /10


[2]
Ju-On: The Curse 2 (2000)
Format: Filem TV
Kisah beberapa karakter daripada filem pertama disambung dalam filem kedua ni. Beberapa segmen awal hanyalah ulangan segmen akhir filem pertama.

Sumpahan berterusan terhadap penghuni baru rumah berpuaka tersebut. Kengerian masih sama, cuma ada scene yang bagi aku keterlaluan sikit, walaupun babak tu seolah klimaks seram.

Rating: 6.5 /10


[3]
Ju-On: The Grudge (2002)
Format: Filem Panggung
Filem ketiga secara kronologi & filem pertama release panggung, so bajet lebih tinggi berbanding filem TV.

Rumah puaka & sumpahan yang sama, cuma cerita berkisar kepada penghuni baru & individu lain berkaitan. Plot yang menarik. Tak bergantung sangat dengan 2 filem sebelum untuk faham cerita.

Bukan Ju-On namanya kalau tak kecut perut tonton. Banyak scenes yang menghantui kau sampai termimpi-mimpi! Ngehehehehe~ (dibaca dengan mengilai-ilai)

Rating: /10


[4]
Ju-On: The Grudge 2 (2003)
Format: Filem Panggung
Kisah baru dengan rumah puaka yang sama. Sumpahan terhadap kru rancangan TV yang menjalankan penggambaran di rumah tersebut.

Konsep bersegmen tapi sedikit memeningkan untuk faham flow cerita (untuk 1st viewing). Plot utama okay walaupun tahap karut naik searas. Ada plot sampingan yang ralat sikit dengan cerita utama.

Rating: /10


[5]
Ju-On: Black Ghost (2009)
Format: Filem Panggung
Plot baru, tak berkaitan langsung dengan plot 4 filem sebelumnya. Konsep penceritaan masih sama, iaitu bersegmen tak berturutan.

Cerita dengan idea baru yang baik tapi kurang impak. Ada sesetengah kisah kalau tak diceritakan pun tak apa. Lakonan tak cukup berhantu, pandangan mata yang robotik, tak cukup meremang, lol!

Rating: /10


[6]
Ju-On: White Ghost (2009)
Format: Filem Panggung
Plot berasingan dengan filem-filem sebelum. Cuma ada perkaitan sikit dengan Black Ghost, jadi rekomen tonton dulu Black Ghost, baru la White Ghost.

White Ghost lebih kepada psychological horror, berbeza sikit dengan filem lain. Jalan cerita yang sadis & sedih.

Konsep seram hanya banyak jumpscare. Beberapa babak jumpscare pula agak kelakar, hilang mood seram wei.

Rating: 6.5 /10



Timeline 2, 3 & siri filem Amerika aku tak minat nak layan. Pernah tengok satu, dua filem tapi tak best. Siapa rajin, boleh la tengok, mana tau ada 'kawan' join tengok sekali, mesti jadi best! :p



Thursday, October 14, 2021

Francais: The Matrix

Trilogi The Matrix:
"Written & directed by The Wachowski Brothers"
Layan balik semua filem The Matrix bulan 8 lepas. Sudah tu, google The Matrix. Lucu & terkejut bila baca ada sequel nak keluar hujung tahun.
"Laa patutlah tetiba layan trilogi Matrix siap-siap, ada filem ke-4 rupanya!"

Then baca lagi, tengok nama director, Lana Wachowski.
"Mungkin adik perempuan diorang kot?"

"Oh rupanya tidak!"
Say bahbye to Wachowski Brothers, say halooo to Wachowski Sisturrs!!!
Tak paham?
Abaikan.

Kronologi berdasarkan latar masa:
[1] The Matrix (1999) >> [2] The Matrix Reloaded (2003) >> [3] The Matrix Revolutions (2003) >> [4] The Matrix Resurrections (2021 - soon)


[1]
The Matrix (1999)
Latar masa:
Matrix: Tahun 1999
Realiti: Tidak diketahui, teori = Tahun 2699 atau lebih

Sinopsis:
Thomas Anderson, seorang programmer komputer yang berjaya sedar di alam realiti berjuang bersama kru yang menyelamatkannya menentang komputer berkuasa tinggi yang mencipta dunia digital, Matrix.

Rating: 8.5 /10
Rating untuk impak: 10 /10

 Merevolusikan filem aksi & science fiction ketika itu:
(i) Mempopularkan teknik efek visual bullet time (aksi slow-motion) & freeze-frame-camera-movement yang diadaptasi dalam banyak filem hingga kini
(ii) Aksi-aksi slow-mo yang superb, ikonik & diingati
(iii) Filem western yang berjaya masukkan seni kung fu dengan koreografi padu, best & nampak smooth
(iv) Mempopularkan genre cyberpunk dengan konsep minda individu dibangunkan di dunia lain, yang menginspirasikan banyak filem, video games & media lain

 Neo hero yang sangat cool bila beraksi, cuma dia sedikit boring & hambar dalam scene tanpa aksi
(Karakter Trinity & Morpheus lagi ada jiwa & feel, mungkin sebab lakonan diorang better?)

 Beberapa babak nampak gah & penuh style tapi agak kurang relevan terhadap naratif

 Klimaks kuasa cinta yang tiba-tiba! Macam out of nowhere hero sungguh dilamun cinta & bangkit gagah perkasa dengan sedikit luahan hati heroin


[2]
The Matrix Reloaded (2003)
Latar masa:
Realiti: 6 bulan selepas 1st film

Sinopsis:
Neo & geng masuk ke dunia Matrix untuk mencari Keymaker, satu program komputer yang dapat membantu diorang bertemu dengan pencipta Matrix. Manakala Zion, kota terakhir manusia bersedia untuk menghadapi serangan daripada mesin.

Rating: 6.5 /10

 Plot agak kompleks (yet boring) & cerita slow 1 jam pertama
(i) Adegan awal iaitu speech, dancing & s*x scenes terlalu panjang & buang masa
(ii) Memanjang nak tunjuk Neo & Trinity dilamun cinta, ok, ok dah tau kot
(iii) Banyak ‘program komputer’ diperkenalkan hingga mengelirukan & nampak pointless

 Aksi okey tapi kebanyakan kurang impak
(i) Hand-to-hand combat nampak kurang smooth, tak macam 1st film
(ii) Ada aksi best tapi agak stupid dari segi plot & keupayaan hero
(iii) Filem ni diselamatkan oleh satu babak kejar-mengejar yang panjang & syok!

 Kota Zion nampak futuristik tapi budaya manusia nampak kuno sedangkan tahap sociality diwarisi dari tahun 1999


[3]
The Matrix Revolutions (2003)
Latar masa:
Realiti: Sama dengan 2nd film, iaitu 6 bulan selepas 1st film

Sinopsis:
Neo yang dalam usaha untuk menghentikan peperangan antara manusia & mesin agar dapat menyelamatkan kota Zion, perlu berdepan dengan musuh seterunya, agen Smith.

Rating: /10

• Plot keseluruhan francais yang serabut & bercanggah
(i) Filem pertama punya tujuan manusia ingin mengalahkan mesin yang menakluk dunia
(ii) Filem ke-2 & ke-3 berobjektifkan kota terakhir manusia, Zion perlu diselamatkan tanpa berperang dengan mesin
(iii) Jadi, maksudnya manusia di dunia realiti:
- tak nak menyelamatkan dunia daripada cengkaman mesin?
- tak kisah manusia dalam dunia Matrix diperguna hidup-hidup oleh mesin?
Hmm entahlah bosku...

• Pesta aksi
(i) Pertarungan lebih banyak gunakan teknik CGI & efek visual yang bagus
(ii) Pertempuran askar Zion dengan mesin kurang munasabah sebab mesin tetiba nampak tak pintar
(iii) Terbaik adalah final battle antara Neo & Agent Smith!


[4]
The Matrix Resurrections (2021 - soon)
Cuma mengharapkan filem ke-4 better than ke-2 & ke-3, tapi tak letak expectation tinggi la. Tengok trailer, aksi kelihatannya mantap cuma cerita tak tau la kan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...