Sunday, April 28, 2013

Iron Man 3 [2013]





SINOPSIS

Selepas kejadian dalam The Avengers [2012], Tony Stark (Robert Downey Jr.) menjadi lebih obses membuat beberapa suit Iron Man, yang menyebabkan teman wanitanya, Pepper Potts (Gwyneth Paltrow), menjadi tak senang. Pada masa yang sama, telah berlaku beberapa kejadian letupan di beberapa kawasan Amerika, yang dilakukan oleh kumpulan pengganas, dikenali sebagai Mandarin.


Satu kejadian letupan telah mencederakan ketua keselamatan Stark Industries, Happy Hogan. Disebabkan tu, Tony Stark yang bengang telah menyatakan untuk mengancam Mandarin. Malangnya, Mandarin respon dengan menyerang rumah Tony secara habis-habisan. Serangan tu menyebabkan orang ramai menganggap Tony dah mati.


Apakah nasib Tony Stark? Mampukah Iron Man bangkit menentang Mandarin? Adakah dengan bantuan member Tony, iaitu James Rhodes (Don Cheadle)? Siapa pula Mandarin sebenarnya? Bagaimana kejadian-kejadian letupan yang pelik tu berkaitan dengan peristiwa Tahun Baru 1999, yang melibatkan 2 orang saintis, Maya Hansen (Rebecca Hall) & Aldrich Killian (Guy Pearce)? Huh, banyak persoalan ni.




STORYLINE - Filem Iron Man 3 ni tak tipikal macam most superhero movies. Ia diselitkan dengan sedikit misteri. Walaupun kita dah agak siapa musuh, tapi kita akan tertanya-tanya apa tujuan & bagaimana 'gerak kerja' musuh tersebut. Paling penting, "APA musuh-musuh tu sebenarnya?" Fiksyen sains yang agak bagus gak. Ada sedikit twist kat tengah cerita. Certain part, memang unexpected. Overall, story memang mantap, plot berkembang dengan baik!


ACTION - Satu lagi why aku suka cerita ni, sebab action! Ia bukan sekadar aksi Iron Man menentang villain dengan suit canggihnya, tetapi how Tony Stark tanpa suit berhadapan dengan musuh-musuh tersebut. Yang ni bikin cemas tengok, sebab without power, how Tony Stark tu nak survive? Dah la musuh-musuh tu superhuman. Tapi memang stylo cara dia pakai suit and then beraksi at the same time. Klimaks pula boleh dikatakan sebagai perang antara 'robot-robot' Iron Man dengan askar-askar superhuman musuh. Senang cakap, macam-macam aksi ada~


HUMOR - Tony Stark memang kelakar. Dialog diorang spontan je tapi lawak. Paling bengong, time Iron Man dah nampak cool masa beraksi, boleh pula spoil secara tak sengaja. Terlanggar ini la, itu la. Haha~ Humor diorang menjadi, tergelak-gelak aku tengok.


3D EFFECT - Suggest tak payah tengok 3D sebab efek 3D dia tak best sangat. Tengok yang biasa pun dah ok. Aku tengok 3D pun terpaksa sebab yang biasa punya dah sold out.


SATISFACTION - Puas hati sebab memenuhi cita rasa yang inginkan filem superhero terselit dengan unexpected plot & dramatic scenes. Kalau tipikal, just superhero yang perlu menumpaskan villain-nya, tu memang boring. Iron Man 3 bagi kelainan yang confirm korang akan enjoy tonton. Walaupun Iron Man dah berjaya kumpul fans after filem Iron Man 1 & 2, and The Avengers, tapi filem ni ada kekuatan yang tersendiri.


RATING - The Avengers dah pecah panggung last year tapi itu tak menggugat Iron Man untuk muncul kembali secara solo. Ternyata muncul solo pun, kekuatan superhero ni masih power. That's why aku bagi 8.5/10 bintang. Superb!




Sunday, April 21, 2013

Sem 5 - Lawatan Akademik : Teknologi Produk Semulajadi



#1 - Felda Sahabat, Lahad Datu
(27 September 2010)

Untuk lawatan akademik ni, kitorang pilih Felda Sahabat sebagai tempat pertama untuk pembelajaran. Hurm, mungkin sesetengah kitorang meletakkan 'makan angin' tu sebagai tujuan utama (rasanya aku termasuk dalam golongan ni. Haha~). 

Ok kena serius sikit (ehem ehem), tujuan pembelajaran tu yang paling penting sebenarnya. Bila masuk kilang sawit, baru tau in detail yang buah sawit ni memang ada 1001 kegunaan. Eh, tak payah list-kan, tak sampai 1000 pun, saja bagi ayat gempak :p

Ada banyak kilang di Felda Sahabat ni, ni salah satu kilang yang kitorang lawat, Kilang Lancang Kemudi.

Paling bernilai of course la (a) biji sawit, sebab kat situlah terkumpulnya minyak sawit. Kilang di Felda ni just extract minyak sawit & asingkan produk sampingan yang lain. Minyak sawit boleh diproses menjadi macam-macam kegunaan; minyak masak, sabun, lilin, dan sebagainya la. Berkongsi ilmu sikit. Hehe~

Produk sampingan kilang Felda ni:
(b) isi sawit (banyak kegunaan gak - boleh dijadikan baja untuk haiwan ternakan),
(c) minyak isi sawit (boleh diproses menjadi mentega, bahan kosmetik, etc)
(d) tandan, sabut & tempurung (boleh dikisar & diproses menjadi baja semulajadi, ataupun boleh dibakar untuk menjana kuasa elektrik kilang Felda ni)

Kilang kat situ akan jual minyak sawit & hasil sampingan lain kepada kilang pemprosesan yang berkaitan.

Konon lepas dah tepu dengan ilmu-ilmu baru (tepu la sangat~), sempat la kitorang santaikan minda & fizikal di Pantai Sahabat 16 di waktu petang. Kawasan pantai ni cantik & luas. Memang layan~
Time ni orang-orang Kiram tak ada lagi, kalau ada, dah kitorang halau jauh-jauh :p
Actually, pantai yang ni telah dijadikan markas tentera Malaysia sewaktu pencerobohan Sulu.
Pantai Sahabat 17 (kawasan Kg. Tanduo), iaitu tempat berkumpulnya penceroboh Sulu, agak jauh dari kawasan pantai ni.


This is us, free from Sulu colonial.



#2 - Ladang & Kilang Koko, Tawau
(28 September 2010)

Ladang Koko ni dimiliki oleh Teck Guan Perdana Bhd. & koko daripada ladang tersebut diproses oleh Kilang Majulah Koko Tawau (under same company). Kalau korang nak tau, ladang ni telah menjadikan Tawau sebagai pengeluar utama koko di Asia. Hah, jangan main-main... 

Koko diproses menjadi pelbagai produk termasuklah coklat makanan & minuman, kuih dan lain-lain lagi yang relate to chocolate. Masa berkunjung tu, sempatlah kiotrang dihidangkan dengan pelbagai makanan coklat. Diorang mungkin perasan wajah-wajah kami yang kebuluran :p

Ladang Koko yang bapak luas~ Kalau sesat, mungkin 1 tahun pun tak jumpa jalan keluar balik

Cocoa House ala-ala rumah singgah. Kawasan di sini sangat cantik. Style!

Ni persembahan 'koko tarik' oleh budak-budak & abang-abang dewasa. Memang smart. Persembahan khas untuk rombongan kitorang yang datang dari jauh. Kekeke...


Di satu kawasan ladang ni, ada air terjun yang nampak best untuk bermandi-manda. Tapi tak mandi pun, just untuk tatapan mata saja.

Cocoa House & Village

Kilang Majulah Koko



#3 - Balung Plantation (Kebun Rimau), Tawau
(29 September 2010)

Yang ni kawasan pertanian & menghasilkan pelbagai produk yang 'luar biasa' sikit - jus mengkudu (noni), jus/sirap nira, teh herba misai kucing, teh serai, etc. Macam mana aku tak anggap luar biasa, semua yang dibagi free, semua aku tak boleh nak minum. Tak biasa aku. Jus nira macam ok sikit~

Misai kucing yang ditanam dengan banyak.

Antara produk yang aku tak boleh telan.














#4 - Kopi Fatt Choi, Tenom
(12 Oktober 2010)

Syarikat Fatt Choi ni adalah salah satu pengeluar utama kopi di Sabah. Ada macam-macam kopi yang dikenalkan time lawatan ni; arabica, robusta & liberica. Kita yang minum kopi mana la tau kan, asalkan sedap & masih rasa kopi, telan saja la. Kilang kopi Fatt Choi ni mengeluarkan produk berasaskan kopi robusta.

Ni kawasan stesen Gunung Alab, tak sampai Tenom lagi (singgah sini jap). Kawasan ni serius sejuk, lagi sejuk daripada Kundasang.


Pembelajaran tentang proses penghasilan kopi & proses soal-jawab untuk mendapatkan kopi free. Haha~


Tauke kilang kopi ni ada pelihara 1 labi-labi yang sangat tua, tak sure berapa umur dia, 100++ tahun. Aku syok tengok labi-labi ni  :)



#5 - Taman Pertanian, Tenom
(12 Oktober 2010)

Taman ni adalah taman yang paling besar di Sabah. Kitorang pun tak sempat round habis. Kalau dah setiap tempat & penjuru ambik gambar, macam mana mahu habiskan seluruh taman :p

Taman ni ada banyak seksyen, Taman Orkid, Taman Anggerik, dan sebagainya. So, banyak la kehidupan flora yang kita tak pernah tengok ada kat situ.

Lawa siot! Landskap pun mantap!

Ada tren kecik yang bawa dari satu seksyen ke satu seksyen. Tak pun, boleh sewa basikal, pergi cari jalan sendiri. Sesat tanggung sendiri.


Taman Pertanian Sabah






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...