Thursday, November 29, 2012

Relax @ Air Terjun Sungai Gabai


Assalamualaikum & salam sejahtera~

Untuk pengetahuan korang (kalau nak tau la), aku ni jenis manusia yang suka aktiviti berenang. So bila housemate aku ajak pergi bercuti kat sungai, dalam masa kurang dari sesaat, aku terus jawab, "OK! No prob!". Agak pantas respon aku di situ.

Kitorang plan buat BBQ kat Air Terjun Sungai Gabai. 'Kitorang' tu maksudnya aku & geng Top Glove, tempat kerja aku, mostly my housemates. Di pagi 25/11/12, kitorang semangat gerak awal, mau 'booking' tempat cepat. Sampai sana dalam pukul 10 pagi. Still tak ramai lagi, yes!

Dah namanya air terjun, so kena mendaki untuk naik ke kawasan atas yang lagi best.
Memang penat naik, dengan membawa segala kelengkapan "pengisian perut".
Padahal, aku angkat pinggan polystyrene jer pun. Adoi, malas sungguh aku ni~

"Introducing Air Terjun Gabai!" Ceh, macam la kawasan ni baru buka nak kena intro-intro.
Tadi naik melalui tangga, turun pula WAJIB melalui air terjun ni. Extreme, kan?
Haha, tak pasal-pasal nanti air terjun tukar jadi color merah.

Yeah, berjaya mendaki sampai ke puncak! Ni orang-orang yang berjaya.
3 hari 3 malam perjalanan untuk sampai ke sini. Serius tak tipu! :p

Ni kawasan air kat level atas. Nasib baik sampai awal, so dapat gak tempat yang strategik untuk stay.

Ada kekeliruan di situ tentang tujuan sebenar outing kitorang ni, samada nak BBQ atau baca Newspaper.
Membaca amalan mulia, kita kena update dengan berita semasa. Berita samada arang dah membara atau belum, itu perkara kedua. Haha~ Inilah dikatakan santai hujung minggu

Ok, BBQ time! Sambil bakar, sambil tu makan, sambil tu gak mandi berenang.
Hah, anda mampu?! :p

Teknik bakar ayam yang dipelajari sewaktu belajar Kemahiran Hidup Tingkatan 3 dahulu (silibus tak rasmi)

After dah makan kenyang (maybe), kitorang pun mendaki ke level yang lagi atas, yang orang lain dah tak naik. Saja, nak kembara yang adventure sikit.

Bila dah naik tinggi, kitorang buat apa? Kitorang ambil gambar seolah-olah berjaya jumpa punca air.
Takde la, saja snap untuk memenuhi fungsi kamera. Hehe~

Ni boleh kira aktiviti gila sikit. Terjun kat tempat yang sangat dalam & deras,
lepas tu try timbul & dihanyutkan air.
Best! Tapi kadang merisaukan gak. Dont try it at home, try it here! :p

Nampak tak air terjun kecik tu? Tu adalah gelongsor terjun (dengan suka hati aku namakan sendiri).
Kat situ jadi tempat gelongsor & roller coaster. Yipee~ Best!
Oh, btw, please ignore budak baju biru tu.

Sebelum balik, waijb tangkap gambar! Wajib! Untuk memenuhi fungsi kamera.

Ni muka-muka tadi gak. Harap tak boring tengok wajah orang-orang ni.




Friday, November 16, 2012

Sinister [2012]



Dah tengok Sinister? Fuuuh, 1st komen aku - SERAM! Aku berminat tengok movie ni sebab produser dia adalah produser filem paling horror tahun lepas, Insidious. Dan, nasib baik filem ni tak mengecewakan, puas hati gak aku tengok.


Ellison Oswalt, novelis true-crime berpindah ke sebuah rumah baru bersama dengan isteri, Tracy dan dua orang anaknya. Rumah tu adalah kawasan jenayah yang mana keluarga sebelum ni telah mati dibunuh kejam, kecuali Stephanie, anak bongsu keluarga tersebut yang hilang selepas kejadian. Ellison nak jadikan kes pembunuhan tu sebagai bahan untuk novel barunya, di samping berharap agar kajiannya boleh menemukan Stephanie.

Memang pelik tetiba ada satu je kotak kat loteng rumah.

Time pindah tu, Ellison jumpa sebuah kotak kat loteng rumah yang berisi sebuah projektor dan beberapa gulungan rakaman video. Tajuk video-video tu ok je, tapi bila dimainkan, macam-macam kes bunuh ditunjukkan melalui rakaman tersebut. Ada satu part tu, Ellison perasan ada muka pelik yang bukan berwajah manusia. So, bermulalah misteri - Kenapa kotak tu ada kat loteng? Siapa yang rakam semua video tu? Siapa yang bunuh family-family tu? Siapakah insan dengan wajah menakutkan tu? Huhu....

Jadi novelis jenayah ni agak susah gak rupanya, kena buat kajian sendiri.

Tak macam cerita hantu tipikal yang lain, 'mangsa mati atau hilang secara misteri, then lepas tu jadi hantu ganggu manusia'. Filem ni tak straight-to-the-point, ia penuh dengan misteri yang secara asasnya kita tak tahu samada berpunca daripada jenayah manusia atau supernatural being. 

Huhu, babak seram. Siapa yang turn on projector tu???

Sepanjang kita nak tahu rungkaian misteri tu, sepanjang tu jugalah kita dikejutkan dengan scenes yang meremangkan segala bulu roma. Aku boleh cakap yang rasa seram tu bercampur-baur, seram terhadap betapa kejamnya jenayah dibuat & seram terhadap benda supernatural. Btw, filem ni ganas gak sebab agak 'kreatif' pembunuhan yang dilakukan.

Nah, ambik kau, memang aku terkejut time ni. Btw, ni budak lelaki ye
(ker aku sorang je yang tertipu ingatkan ni pompuan?)

Cara diorang olah misteri tu memang mantap sebab susah nak teka apa yang berlaku seterusnya, dan hebat cara diorang twist cerita ni. Aku tak expect ending Sinister macam tu, serius tak jangka.

Terpaksa bekerjasama dengan sorang polis ni.

Ada sikit unsur humor diselitkan, tapi sikit je la. Nanti lebih-lebih dah tak horror pula. Takde la juga korang memanjang je tutup mata sepanjang cerita. Hehe~

Another thing, nilai kekeluargaan begitu ditekan dalam filem ni. Nilai dan konflik keluarga tu berkait rapat gak dengan real life. Pengajaran, jangan busy sangat dengan kerja sampai lupa family. Family first!

Makin hari, kejadian makin pelik berlaku.

Aku cuma rasa kureng sikit dari segi feel seram at the climax. Kenapa? Klimaks cerita ni tak berapa jelas tau. "Eh, dah dekat ending?" Time tu aku baru nak feel the most horror part, tapi terus habis macam tu je. So impak seram tu tak berapa dirasai, bagi akulah. Kalau mau compare, Insidious is better on that horror aspect.

Lukisan yang mencurigakan.

Apapun, bagi aku, Sinister adalah antara cerita horror terbaik tahun ni. Rasanya ia berjaya membuat sesetengah orang terbayang-bayang keseramannya apabila duk sendirian. Aku bagi bintang 7.5/10. Nice twist!



P/S: Time tengok kat panggung hari tu, mamat duk sebelah aku memang takut habis. Siap tutup mata & telinga lagi. Hurm macam tu, baik tak payah masuk tengok. Aku tutup mulut je, sebab nanti risau tetiba spontan sebut "s**t!" dengan kuat waktu babak-babak saspen. Haha~




Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434



Salam Maal Hijrah 1434 kepada semua muslimin muslimat sekalian. Sempena tahun baru Islam ni, better kita sama-sama menghayati kembali detik-detik kita di tahun yang sudah. Sejauh mana kita dah melangkah ke depan sebagai umat Islam? 

Sebenarnya susah kita nak ukur tahap kita di mana sebab sebagai manusia, kita sememangnya tak sempurna. So rezeki masa yang Allah berikan, harus dimanfaatkan sebaiknya untuk improve diri kita yang tak seberapa ni.

Selagi ada masa, selagi itulah kita kena berubah ke arah yang lebih baik. Kalau setiap hari ulangi benda yang tak baik, apa gunanya masa yang dah lepas-lepas tu, kan? Sayang kita biarkan masa yang berharga tu berlalu pergi.
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian".


Raihan - Demi Masa


Kekadang kita rasa menyesal, kenapa dari dulu tak buat macam ni, macam tu? Dah kira ok la tu, still ada kesedaran. Tapi nak laksanakan apa yang kita dah sedar tu, itu yang kadang susah. Betulkan? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lagi tepat, di mana ada kemahuan yang berlandaskan iman, di situ ada jalan yang terbaik untuk kita. Btw, jauhilah jalan-jalan yang membawa ke lembah maksiat ok. Huh, nauzubillah, aku pun wajib take note!

Kalau rasa down habis, jangan risau, Allah SWT ada bersama kita. "Allah is always by our side". InsyaAllah kita akan jumpa jalan jika kita berhijrah ke arah kebaikan. Amin~


Maher Zain - InsyaAllah


Hijrah itu perpindahan, hijrah itu juga persaudaraan yang membentuk perpaduan. Tapi bukanlah maksudnya time hijrah ja kita kena berpadu, setiap hari perpaduan itu harus wujud, setuju? Kita perlu tingkatkan perpaduan di kalangan masyarakat kita Malaysia. Tidak perlu bertengkar dan bertikam antara satu sama lain, apatah lagi seangkatan agama Islam.

Hurm, suasana politik di negara kita ni tak berkembang sangat ke arah kebaikan (sorry to say). Even saudara seagama pun mau bercakaran sehingga tak sedar nilai asas Islam pun dah ke tahap zero! Harap semuanya dapat menghayati lagi nilai Islam sebenar untuk yang terbaik buat semua. InsyaAllah~


Al Ajiba - Maal Hijrah


Harus kita hayati gak perjuangan Rasullulah SAW dan umat Islam terdahulu dalam memperjuangkan Islam. Jika dihayati dengan betul, mesti kita sedar betapa pentingnya untuk kita menjaga agama & nilai Islam yang dinaikkan oleh Rasulullah SAW yang kita cintai.

Tahun baru tak bermakna tanpa perubahan, dan tiada perubahan, mungkin boleh dikatakan agak rugi perjalanan kita sebagai manusia yang sepatutnya mencari redha Allah. Mari sama-sama kita renungkan.

Nasihat ni aku nak tujukan kepada diri sendiri jugak yang kekadang memang lalai. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk kita hidup dan memberi peringatan dan nasihat antara satu sama lain.


Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1434 semua!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...