Thursday, November 21, 2019

Mastaapiece Ka? Agak Overrated Laa... #2

THE LAST OF US (2013)

Ini game yang menyedarkan aku bahawa critic reviews untuk video game pun tak boleh pakai. Selalunya bersetuju dengan game critics. Tapi ni gaya macam tak habis main, dah terkejar-kejar kasi review.

Game ni PS3-exclusive. Dulu ada Xbox tak dapatlah nak main. Tahun ni baru dapat chance main. Sedeyyh kan...

The Last of Us (TLOU) is a good game, tapi nak katakan ia masterpiece, di situlah kita tidak ngam!


Okay, apa yang bagus?

(1) Story & Narrative
- Cerita...fuuh mantap habis! Gaming feel seperti tonton thriller/horror drama movie.
- Narrative is on another level, antara game dengan narrative terbaik!
*Kalau bandingkan dengan kebanyakan filem genre sama pun, TLOU lebih bagus! So tak difilemkan pun takpa, takut jatuh standard nanti.

(2) Graphic hebat
- Nampak superior dibandingkan dengan game lain di waktu itu.
- Raut wajah karakter, terutama dalam cutscenes, so real!

(3) Good character development
- Hubungan antara kedua karakter utama membuatkan kita terus melekat main.
- Dialog & voice acting sangat bagus! Syok tengok interaksi antara karakter.

(4) Aku suka melee weapons & weapon crafting dalam game ni
- Bila melee weapon hayun kat musuh, semburan da**h & dag**g tu... fuh puas! (lol ter-psiko pulak)


Jadi, apa yang kureng?

(1) Gameplay berulang-ulang
- Sampai satu tempat, cari tangga (stupid puzzle), sembunyi sana sini, cekik musuh sana sini, lepas tu yo jom tembak beramai-ramai!
*PENTING: Repetitive gameplay sebegini membosankan orang yang betul-betul nak main video game!

(2) Last 2 fights (or challenges?)
- Recycled gameplay, cuma tambah bilangan musuh.
- Huwaaa macam tu je last fights. Kecewa. Tak feel klimaks la wei!
- Tiada final boss, boring... Macam ada 1-2 saja sub-boss.

(3) Macam useless pakai Sniper
- Pelik? Musuh selalu tahu bila kita aim pakai sniper. BANG! makanya kita ditembak dulu (ker aku noob?).

(4) No replay value
-  Tak menimbulkan keterujaan untuk ulang main.
- Kalau cuma nak tengok story, buka YouTube ja.


Diakui, TLOU berjaya menyampaikan story & narrative yang sungguh hebat! Most casual players (aku casual jugak, not really regular), lebih tertarik kepada good story-telling & gameplay yang mudah.

Mungkin itu target TLOU developer, nak tarik ramai casuals dan orang yang tak main game untuk cuba main. Dan... diorang sangat berjaya sebab TLOU adalah one of the best selling video games of all time! Terjual 17 juta unit worldwilde!


Tapi janganlah dengan narrative ala-ala Hollywood Oscar movie (urrgh geli la Oscar) semata-mata, terus nak angkat sebagai masterpiece. Gameplay patutnya jadi top priority, itu sebab utama kenapa wujudnya video game in the first place, kan...

TLOU Part II akan release next year, haraplah the gameplay is far better!


PS: Untuk games tahun 2013, aku sebenarnya lebih suka story & narrative BioShock Infinite berbanding The Last of Us. Plot twist dia... fuh kaw-kaw ending dia bagi. Gameplay jangan cakap, stylo!

Tuesday, November 19, 2019

Cowboy Bebop (1998) - Pemecah Rekod Peribadi

Aku dulu sejak zaman darjah boleh la dikatakan minat sangat anime & manga.

Tapi entah kenapa umur menginjak 20, minat tu pudar serta-merta, tak sangka, tiba-tiba.

Hilang keinginan nak layan anime series. Manga Bleach dan Naruto yang aku follow bertahun lamanya terus ditinggalkan (sampai sekarang aku tak tau ending dua-dua). Kesetiaan kekal pada manga One Piece ja.

Tapi kan...

Tahun 2019 ni rekod peribadi dah-tak-tengok-siri-anime tu telah dipecahkan...

oleh...
-jeng jeng jeng-


Walaupun tahu kewujudan Cowboy Bebop (CB) sejak sekolah menengah tapi tak interested. Dulu minat lebih ke arah action-anime. Tetiba baru-baru ni terdetik pulak nak tengok, maka aku download la (jangan tiru aksi ini, sila beli original ok! Hehe).

Fuh silap la tak tengok dari dulu. Okay sekarang saya yakin & percaya CB antara siri anime terbaik pernah dihasilkan. Top 10 anime series (top 5 maybe?) of all-time!

Kenapa?

(1) Cerita
Target audience semestinya bukan kids, dan teenagers mungkin limited, sebab cerita agak matang dan berat terutamanya the main story. Jalan cerita baik wei, ada episod yang santai, ada yang dark, ada yang sedih! Backstory setiap karekter tak diceritakan terus, buat kita tertunggu pendedahan seterusnya.


(2) Animasi
Ni anime 21 tahun lepas! Tapi kualiti animasi CB comparable dengan siri anime sekarang! Malah better daripada kebanyakan. Mula-mula ingatkan CB ni released tahun 2004, tengok 1st episode pun dah kagum. Sekali tau CB ni sebenarnya released tahun 1998, lagi aku kagum beribu-ribu lemon! Pergerakan karekter especially in action scenes nampak smooth sangat... Rasanya bajet pun mahal ni.

(3) Arts & Designs
Seni lukisan yang lawa! Space designs & the science behind them pun bagus! Nampak la production team CB banyak buat study & rujuk adaptasi lain (Star Wars salah-satunya kot) dalam pembikinan anime ni.


(4) Karekter-karekter Utama
Disebabkan good animations, emosi karekter tu betul-betul sampai kat aku. Seronok tengok interaksi & dialog antara karekter. Makin cerita ke hadapan, hubungan antara karekter makin menarik. Walaupun pada luaran character designs nampak biasa, tapi how they are portrayed dalam setiap episod membuatkan diorang likeable.

(5) Intro yang stylo! Muzik best!

(6) Humor yang simple tapi mengena tepat di hati! Kadang dialog biasa berjaya buat gelak. Hohoho...


Satu je la drawback bila di alaf 2020 ni baru kau nak tonton anime lama yang berlatarkan masa depan. Dalam CB, tiada satu pun communication device yang ada fungsi touchscreen.

Kemajuan digambarkan lebih kepada teknologi komputer, tu pun lebih ke arah desktop-style. Jadi agak terganggu sikit dengan suara hati luar kawal (lol), "kenapa sistem komunikasi diorang tak cukup maju?"

Eh ni bukan kelemahan (nama pun 1998), cuma rasa kelakar sendiri sebab kita di ambang Millenium 2000 dulu sememangnya tak terfikir akan wujudnya teknologi komunikasi smartphone yang mampu buat segala benda.


Oh noo~ tak boleh move on lagi lepas tengok final episode!


PS: One Piece, Dragon Ball dan Naruto bagi aku adalah antara manga terbaik tapi bukan untuk siri anime. Adaptasi siri anime diorang banyak berlengah-lengah, banyak zoom in zoom out sebelum lawan (macam sinetron), dialog panjang sebijik macam manga. Tu sebab dari dulu aku kurang minat siri anime yang asalnya manga panjang. Pengecualian untuk beberapa termasuklah Fullmetal Alchemist sebab manga & anime terbaik walaupun cerita banyak berbeza (but I like the manga more)!

Monday, November 11, 2019

Mastaapiece Ka? Agak Overrated Laa... #1

JOKER (2019)

Salah satu movie yang menggunakan comic character yang popular untuk buat duit. Katanya original movie untuk Joker, tapi bila aku tengok, apa ni... langsung tak sama macam the Joker, musuh ketat Batman!


Kalau letak tajuk lain atau watak lain tapi kekalkan cerita, boleh la dikategorikan terbaik, tapi dah kau pakai nama Joker kan, kena la tonjolkan karekter Joker yang membuatkan kenapa dia begitu dikenali since dulu-dulu. Yup paham, kalau pakai nama lain, belum tentu box-office kan?

Hmmm....

(1) Joker sebagai musuh Batman popular disebabkan dia mastermind tapi gila (sangat) at the same time. Joker movie ni hanyalah orang yang menghidap tekanan mental, dibuli masyarakat lepas tu jadi jahat & sadis. Identiti bijak tak nampak langsung! Apa beza dengan cerita pembunuh psiko yang lain kan?


(2) Bagi aku tak payah la nak kaitkan Bruce Wayne atau Wayne family dalam origin story. Batman masa ni baru 10 tahun kot, Joker dalam umur 35 kot. So agak-agak bila Bruce Wayne jadi Batman dalam umur 35 camtu, Joker umur 60 la jadi musuh Batman? Not a big issue, tapi saja mention.

(3) Satu yang potong mood aku betul (berlarutan sampai akhir movie), kenapa orang yang dah bunuh 3 orang (kaya & berjaya?) terus disanjung oleh masyarakat kebanyakan? Gotham City dalam Batman universe tak la teruk sampai bunuh pembuli terus dapat sanjungan serta-merta! Bunuh orang tak bersalah secara Live makin dapat sanjungan tinggi! Adoyai... macam plot hole di situ.


Tu aku cakap, pakai nama Joker dan Gotham City tapi tak menggambarkan apa yang kita kenal, membuatkan penonton macam aku ni yang nak tengok identiti Joker sebenar tu rasa kachiiwa!

Lebih baik la asal-usul Joker dibiarkan misteri macam adaptasi media Batman yang lain.

Good movie, but not great. Masterpiece, jauh sekali bah bosku. Beberapa orang hype, terus berjangkit ke ramai orang, maka jadinya semua nak rate tinggi-tinggi.

*semua gambar kredit kepada uncle Google

PS: Beberapa hari sebelum filem Joker ditayangkan, aku ada main balik video game Batman: Arkham Asylum & Batman: Arkham City (keduanya adalah top video games of all time). Joker is the main villain. Jadi aku agak relate dengan karekter Joker waktu tu. Tup tup movie pula karekter totally different. Tch!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...